⌗ 𝗂𝗇𝗍𝗋𝗈𝖽𝗎𝖼𝗍𝗂𝗈𝗇

46 10 6
                                    

☾︎ 4𝐓𝐄𝐄𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐄𝐍𝐓 𝐘𝐎𝐔 ☽︎



• 𝗟𝗶𝘁𝘁𝗹𝗲 𝗧𝗲𝗲𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗦𝘁𝗼𝗿𝘆 •

+++

Pertemuan itu tidak semestinya berakhir dengan kegembiraan . Sebaliknya , ada yang berakhir dengan kesedihan . Tidak semua manusia dilahirkan dengan kebahagiaan .

Di sebalik tabir dunia yang nista ini , terlalu banyak rahsia yang disembunyikan . Bahkan , ramai yang tertipu , teraniaya , terpedaya dengan segala nikmat yang diperoleh . Ada juga yang menyalahgunakan sumber itu .

Bukan itu sahaja , rahsia dimana golongan miskin ditindas dan dijadikan hamba oleh golongan atasan . Malah , perkara yang paling menyedihkan iaitu golongan bayi , kanak-kanak dan remaja juga ditindas , didera , dipukul , dianiaya , disakiti dan dipaksa untuk melakukan hal di luar kemampuan mereka .

Mengapa mereka diperlakukan begitu ? Huh ! Terlalu banyak sebab yang tidak munasabah diberikan . Contohnya sebab yang popular ialah keluarga tidak mempunyai wang dan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali memaksa anak-anak mereka untuk mencari sumber kewangan untuk mereka .

Apa yang lebih menyakitkan hati ialah apabila kita mengetahui bahawa ibubapa mereka sebenarnya sihat dan masih mampu untuk bekerja tetapi menganiaya anak-anak untuk menyara kehidupan mereka .

Ada lagi yang perit bila didapati bahawa kedua orang tua mereka itu melakukan hal-hal yang menjatuhkan maruah keluarga . Mereka gunakan sumber atau hasil yang diperoleh itu untuk sesuatu yang tidak berfaedah dan haram .

Akhirnya , paling menyakitkan ialah jika kedua insan yang disayangi itu mempunyai sikap baran dan tidak memperoleh apa yang dimahukan , maka anak-anak yang menjadi tempias untuk melampiaskan nafsu , meluahkan segala api kemarahan dengan memukul , mendera dan menodai . Sungguh tidak berperikemanusiaan !

Sudahlah ditindas dengan golongan berkuasa di luar akibat miskin , tiada wang dan tiada kuasa , kemudian disakiti oleh makhluk satu pertalian darah . Sungguh dikatakan bahawa , rahsia kehidupan di dunia ini penuh dengan segala dusta , kekejian dan kekejaman .

Jika tidak diterokai segala muslihat di bumi nyata ini , maka kehidupan yang dilalui semua hanyalah palsu semata-mata .

Alkisahnya , dunia ini tidaklah seindah seperti yang disangkakan . Jika mahu dibandingkan dengan kisah 13 insan yang mempunyai kisah silam yang hitam tidak berwarna ini , sungguh perit untuk diingati bagi mereka .

Kehidupan mereka yang sebelum ini tidak mempunyai warna memberi kesan yang besar setelah bertemu antara satu sama lain . Pelbagai memori dicipta sejak pertama kali bertemu . Memori titik permulaan di mana mereka bertemu di alam siber sehinggalah ke alam nyata . Indah diluar , perit di dalam .

Terlalu banyak hendak diceritakan tentang kisah 13 sekawan ini . Penuh dengan pembohongan dan kekejaman di permulaan tetapi penuh dengan kebahagiaan di akhirnya . Bak kata pepatah , bersusah-susah dahulu , bersenang-senang kemudian .

Walaupun peribahasa itu tidaklah terlalu masuk dengan cerita ini 😂 , janganlah anda terlalu memikirkannya . HAHAHAHA .

+++

end of prologue

+++

cast of the story

mimialieya

bermudaiyen978-

yam_yummy

dntrwldn

svtinspire

-KWANRA

ryeoshua_

peachy_hnaa

sofeyyyh_

-meegyu

WIDCSTLE

@/dolly

bbaekkihyun

▪▪▪

bahasa agak baku tapi tak berapa baku , tapi tak mengapa . saya gembira menaip HAHAHAHAHA .

baiklah , mungkin cerita ni tidaklah seindah cerita-cerita popular diluar sana . tapi , sekurang-kurangnya , saya mencuba . ehek .

jadi , saya cuma nak bagitahu yang , segala jalan cerita , idea , ilustrasi dan semua lah yang ada dalam cerita ini , hanyalah dari otak saya dan dan rakan-rakan serta kami tidak menciplak mana-mana cerita ya .

dan juga , kisah yang diceritakan dalam buku ni 40% benar dan 60% hanyalah rekaan semata-mata . hehehe .

⌗𝐋.𝐢𝐭𝐭𝐥𝐞 𝐓𝐞𝐞𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 [𝖮𝖦]Where stories live. Discover now