Bab 3

547 66 186
                                    

MELIHAT anak-anak muridnya yang sedang bermain bola keranjang membuatkan Medina tersenyum sendiri. Tiba-tiba dia rindu zaman mudanya yang dulunya sering bermain bola keranjang dengan rakan-rakan lelakinya.

Jika dulu setiap kali musim cuti semester pasti dia akan mengajak rakan-rakan sekolahnya bermain bola keranjang di taman tidak jauh dari rumahnya. Tetapi, kini berbeza. Masing-masing sudah ada kehidupan masing-masing, termasuk dirinya.

Melihat Medina yang ralit memerhatikan mereka bermain bola keranjang. Tangan Hazwan yang tadi ingin melontarkan bola ke dalam jaring serta-merta terhenti. "Cikgu Medina... nak join kami main ke?" seraya bola di tangan dilantonkan ke arah Medina.

"Boleh ke? Cikgu ni bukan hebat sangat main bola keranjang. Takut kau orang rasa bosan pulak." Medina merendah diri.

"Alahh... kita orang main pun bukan nak ke peringkat dunia pun. Buat suka-suka aje," celah Mazwar yang sudah melambai-lambai.

"Okeylah kalau kamu semua dah cakap macam tu. Tapi jangan menyesal." Medina yang duduk di tangga lantas bangun dan masuk ke dalam gelanggang.

"Kita dua lawan dua. So, siapa nak sama team dengan cikgu?"

Semua mata saling berpandangan antara satu sama lain. Berfikir siapa yang akan satu kumpulan dengan Cikgu Medina. Melihat mereka saling teragak-agak membuatkan Medina tersenyum kecil.

"Mazwar, awak satu team dengan saya," tutur Medina yang sudah membuat keputusan sendiri.

"Saya ke?" soal Mazwar terkejut.

Medina mengangguk. "Ya, tak nak ke?"

'Er... boleh-boleh cikgu."

Melihat Mazwar yang jelas tidak mahu satu kumpulan dengannya membuat Medina tersenyum kecil dan menggeleng. 'Aduhai! Comel benar.'

Kasut sarung berwarna hitam yang dipakai dibuka. Hanya stokin berwarna coklat itu sahaja dibiarkan tersarung.

"Cikgu Medina tak apa ke buka kasut ni?" soal Darus yang melihat Medina yang berkaki ayam. Risau pula pada cikgu perempuan itu hanya berkaki ayam.

"Tak apa, lagi pun tak akan saya nak main bola keranjang dengan kasut macam tu. Susah." Lengan baju kerja dilipat kemas dan memudahkan pergerakan untuk bermain bola keranjang. Selendang yang dipinkan diikat ke belakang dengan ketat.

"Kalau cikgu dah cakap macam tu, okeylah."

Hazwan yang melihat Medina mengikat juntaian selendang ke belakang mula mengangkat kening sebelah ke atas. "Cikgu janganlah ikat selendang macam tu?" tegur Hazwan.

"Asal pulak tak boleh?"

"Seram..."

Berkedip-kedip mata Medina mendengar kata anak muridnya yang seorang itu. "Seram?"

"Jika cikgu ikat shawl macam tu cikgu nampak serius sangat." Darus mencelah pula.

Tergelak Medina dibuatnya mendengar jawapan dari anak muridnya itu. 'Ada-ada saja.'

"Okay boys! Let's start."

Mata Medina cekap membaca gerak-geri tubuh Hazwan yang laju menghantar bola kepada Darus. Sebaik sahaja ruang Darus terbuka, lincah tangan Medina mula merampas bola dari tangan Darus dan membalingkan ke arah jaring.

"Yes..." Medina melompat kegembiraan.

Melongo mulut Mazwar melihat kebolehan Medina yang mampu menjaringkan sejauh itu. Tidak menyangka cikgunya yang bertubuh kecil itu hebat dalam bermain bola keranjang.

🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔Where stories live. Discover now