First day aku tarik rambut ni, aku teringat sebab aku saje buat. Sebab dulu, aku tarik rambut rasa sakit. Time aku saje try tu rasa macam okay je. So dari situ benda tu berterusan sampailah sekarang aku dah tingkatan 3 "). 6 tahun aku alami Trikotilomania.
Makin lama, tarik rambut ni dah jadi habit aku. Kalau aku tak tarik, aku rasa tak puas, badmood, and macam kena kongkong. Aku adalah seorang anak tunggal dalam family aku. Aku tak suka bila aku cakap aku anak tunggal and reaction orang macam..
"Ohh anak mak lah ni".
"Mesti dapat semua benda kau mintak".
"Ni mesti Intan payung ni hahaha".Hakikatnya, semua expectation orang kat aku salah. Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang strict dan agak bermasalah. Aku tak nak cerita semua pasal family aku tapi maybe korang yang baca ni pun ada masalah yang sama. Family aku strict sampai aku lebih appreciate kawan aku daripada family aku. Aku cemburu tengok parents kawan-kawan aku. Sporting, boleh layan problem anak-anak diaorang. Boleh tegur anak-anak diaorang elok-elok, suka buat lawak. Aku mengharapkan yang parents aku akan cakap diaorang bangga dengan aku. Tapi tak pernah. Last aku hanya dengar ayah aku pernah cakap...
"Good girll".
Dan tak silap aku, itu last aku dengar dan waktu tu aku darjah 2. Aku tak sure sama ada aku ni depressed, lonely atau maybe aku okay je kot.
Aku kebiasaannya ditengking. Kena marah teruk sebab benda yang aku tak buat. Selalu kena mengaku salah yang aku tak buat. Ditengking untuk suruh aku buat apa-apa. Aku tak tahu macam mana aku nak start cerita benda ni, tapi aku cuba.
Aku sangat desperate untuk dapatkan keputusan cemerlang dalam exam. Sebab aku rasa parents aku anggap aku anak tak guna jadi bagi aku dengan cara ni je boleh buat diaorang bangga dengan aku. So aku study hard untuk supaya tak turun kelas, sentiasa dapat top 10 dan tak ada subjek yang gagal.
Kadang-kadang orang anggap hidup aku ni boring. Sikit-sikit belajar. Dulu aku pun pernah terfikir, kenapa aku buat ni sungguh-sungguh untuk parents aku. Tapi itu semua bisikan syaitan ya . Aku abaikan. Aku dah terbiasa dengan kehidupan belajar, belajar dan belajar.
Aku seorang yang tak tahu apa yang aku alami sekarang ni. Aku baca Google dan kebanyakannya suggest untuk aku jumpa psychiatrist. Tapi, tak semudah itu. Hanya yang ada strict parents sahaja yang faham maksud aku. Aku suka bila jumpa kawan-kawan aku. Kalau dekat public, aku suka gelak, buat lawak and ceria. Aku rasa macam tu diri sebenar aku. Tapi bila balik rumah, aku tak rasa vibes yang sama. Aku rasa aku macam jadi orang lain yang introvert.
Kalau aku kat public tanpa parents aku, aku seorang yang friendly. tapi kalau aku kat public dengan parents aku, aku jadi introvert. Aku tak faham apa masalah aku. Aku cuba jadi extrovert macam mana diri aku tapi, tak boleh. Aku rasa macam terancam.
Kepada pesakit Trikotilomania yang hadapi family problems macam aku, korang kena baca cerita ni sampai habis!
CHAPTER 2 || TOMORROW !
YOU ARE READING
Trikotilomania
Ficção AdolescenteAda yang kat sini alami benda sama macam saya? Sifat gemar tarik rambut dalam keadaan sedar dan tidak sedar. Kalau ada, saya alu-alukan awak baca buku ni. Kisah sebenar saya. Dan isi hati pesakit trikotilomania :) You're not alone. Sebagai pesakit T...