NAMA:👉Nama sebenar Ali bin abi Talib adalah Haydar bin abi Talib. Yang bermaksud 'singa dari keluarga abi Talib'.
👉Namun Rasulullah S.A.W tidak menyukai nama tersebut dan memanggil beliau dengan nama Ali yang bermaksud, 'Yang tinggi derajatnya di sisi Allah'.
👉Dari keturunan Bani Hasyim.
👉Lahir tahun ke-10 sebelum Nabi S.A.W diangkat menjadi Rasul iaitu pada 601 M di dalam Kaabah di Mekah al-Mukarramah.
👉Menjadi Khalifah ke-4 daripada Khalifah ar-Rasyidin pada tahun 35 Hijrah bersamaan 655 M selama 4 tahun.
👉Wafat pada 17 ramadan tahun 41 Hijrah 661 M.
👉Dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljim di Bandar Kufah.
👉Mendapat gelaran Abu Hasan/ Abu Turab.
👉Beliau adalah sepupu , sahabat juga menantu kepada Rasulullah S.A.W.
👉Berkahwin dengan puteri Baginda S.A.W, iaitu Sayyidatina Fatimah r.ha dan memiliki lima orang cahaya mata iaitu,
👉Sayyidina Hasan, Sayyidina Husin, Muhsin (meninggal sewaktu masih kecil), Zainab al-Kubra dan Ummu Kalthum.
👉Merupakan orang kedua yang memeluk Islam selepas Sayyidatina Khadijah r.ha dan kanak-kanak lelaki pertama yang memeluk Islam.
👉Beliau memeluk Islam ketika berumur 10 tahun.
👉Sejak kecil tinggal bersama dan dididik oleh Rasulullah S.A.W.
👉Banyak mewarisi keperibadian dan akhlak baginda S.A.W.
👉Sangat mencintai dan menyayangi Rasulullah S.A.W.
👉Tidak pernah menyembah berhala.
👉Tidak pernah dikotori keburukan Jahiliyah.
👉Salah seorang 10 sahabat yang dijamin syurga.
👉Digelar 'Karamallahu wajhah' yang bermaksud, 'Semoga Allah memuliakan wajahnya'.(wallahua'lam).
👉Terkenal dengan ilmu perlbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti sastera, Ilmu hisab dan kehakiman sehingga digelar 'gedung ilmu'.
👉Menggunakan pedangnya bernama 'Zulfakar' dan menyertai hampir semua peperangan menentang musyrikin kecuali peperangan tabuk.
👉Semasa peperangan khandak telah dicabar berlawan satu sama satu dengan pahlawan Quraisy bernama Amru bin Wahid dan berjaya menewaskannya walaupun Amru lebih berpengalaman.
SUMBANGAN
👉Dilantik oleh Rasulullah S.A.W menjadi hakim di Yeman.
👉Seorang hakim yang adil dan pentadbir yang kreatif serta tabah.
👉Melengkapkan angkatan tentera berkuda Islam
👉Menubuhkan pasukan polis diberi nama 'As-Syurtah'.
👉Menubuhkan tentera berjalan kaki dan badan perisik yang belum ditubuhkan oleh khalifah sebelumnya.
👉Jurutulis perjanjian Hudaibiah.
👉Mengetuai misi dakwah di Hamadan (Iraq).
👉Penasihat dalam bidang kehakiman kepada ketiga-tiga khalifah ar-Rasyidin.
YOU ARE READING
MUTIARA KATA SAYYIDINA ALI BIN ABI TALIB
SpiritualBismillahirrahmanirrahim Mengandungi Himpunan kata-kata bijak dan penuh motivasi Sayyidina Ali r.a. (Gambar hanya hiasan).