Ha! Ada yang masih tunggu tak?hehe
Sorry kalau buat anda menunggu🤭
So, here we go for the next chapter😁👏
Enjoyy!!
SAMPAI sahaja di tangga terakhir, dia cuba untuk mengatur nafasnya semula yang masih termegah-megah itu. Tangan masih menggeletar. Tubuh disandarkan pada dinding di tepi pintu.
Cuba menenangkan dirinya yang masih dilanda perasaan takut dan risau terhadap apa yang telah dia lakukan sebentar tadi. Bag sandang yang terlondeh dari bahunya dibawa ke dada. Dipeluk erat bag itu. Bagai ada berlian yang amat penting di dalamnya.
Perlahan tubuh jatuh melorot ke bawah. Dia takut. Sangat takut sekarang ini. Tidak tahu apa yang hendak dilakukan pada hari yang mendatang. Dia menggelengkan kepala lalu melepaskan keluhan lemah.
Dia perlu menenangkan dirinya terlebih dahulu.
Apabila perasaan takutnya sudah berkurangan dia mula bangkit. Bangkit dari duduknya selepas hampir lima belas minit terduduk di atas lantai sejuk itu.
Tombol pintu dipulas. Dia melangkah keluar. Pakaian masih belum ditukar. Sekarang sudah pukul 4.20 minit petang. Dia sudah lewat, langkah mula diatur berjalan ke arah lif dengan laju tanpa memandang kiri kanan.
Seketika terasa bag sandangnya berlaga dengan sesuatu. Dia menoleh sekilas.
"Eh, maaf...maaf sangat. Saya tak sengaja saya kena cepat. Saya minta diri dulu ye. Maaf."
Alisha Dahlia segera memohon maaf. Tidak menunggu lama, dia terus menyambung langkahnya apabila sudah memohon maaf. Tanpa sempat orang itu bersuara terlebih dahulu.
Tidak kisah lagi jika dia dilabel sebagai biadab. Begitu mudah menuturkan kata maaf apabila sudah melakukan kesalahan. Yang penting sekarang ini, dia perlu cepat berkumpul dengan Zara dan Melinda untuk bertugas bersama.
Ting!
Dia melangkah masuk ke dalam lif. Belum sempat lif tertutup, satu tangan kekar menahan dengan pantas. Dia mendongak.
Automatik dada berdegup kencang. Mata membulat besar. Kaki terus sahaja berundur ke belakang.
'Apa dia buat kat sini. Macam mana dia ada kat sini. Kenapa dia naik lif ni?' Soalnya bertubi di dalam hati.
Orang itu melangkah masuk dengan riak wajah kosong. Dia memandang Alisha Dahlia atas bawah. Senyuman sinis terukir dalam diam. Mesti gadis itu terkejut dengan kehadirannya di situ.
Pintu lif tertutup. Alisha Dahlia semakin menggigil takut apabila hanya ada dia dan lelaki itu sahaja di dalam lif tersebut.
Alisha Dahlia yang melihat lelaki itu melangkah rapat ke arahnya semakin mendekatkan dirinya kepada dinding lif di belakangnya. Takut.
Takut lelaki itu mengapa-apakannya.
'Adui, Lif cepatlah sampai! Cepatlah sampai!' Doanya di dalam hati.
Mata dipejam rapat apabila lelaki yang sudah berdiri begitu rapat di hadapannya mula meletakkan kedua-dua tangannya ke dinding tepat di tepi kepalanya. Menjadikan dirinya terperangkap tika ini.
"Hye, we meet again bella(beautiful)" ujar lelaki itu dengan nada menggodanya. Bibir tersenyum sinis melihat wajah cuak gadis kecil di hadapannya itu.
Tidak tahu mengapa, hatinya berasa senang apabila berada dekat dengan gadis anggun di hadapannya sekarang ini.
Bagai ada satu tarikan pada gadis itu.
YOU ARE READING
The Real Self
ActionOn Going . . ALISHA DAHLIA sebaris nama yang mampu menggetarkan jiwa kaum Adam hanya kerana memiliki rupa paras yang anggun dan sikap rendah diri yang dimilik. Namun kehidupan gadis yang baru berusia 17 tahun itu tidaklah seperti remaja lain. Hidup...