SEPASANG mata hazelnya sedari tadi memerhati setiap gerak-geri si isteri. Sejak dia pulang daripada rumah Adam,Muhammad telah berfikir sebaik-baiknya tentang hubungan dia dengan Puteri.Sejauh mana lagi hubungan ini mampu bertahan jikalau kedua-duanya tak pandai bertolak-ansur. Dia perlu lakukan sesuatu sebagai seorang suami.
Sambil Puteri mencalit lip tint di bibir mungilnya,dia perasan renungan mata suaminya melekat di wajahnya melalui pantulan cermin.Seraya dia menghayunkan dagunya ke depan sebagai soalan kepada renungan mata itu. Sebaik sahaja selesai melapiskan lip tint di bibirnya,dia memusingkan badannya.
Mata saling bertemu.
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" soal Puteri,senada.
"Pandang macam mana?" Muhammad menjongket kening kananya. Sengaja menduga.
"Pandang macam tu la.Macam nak telan saya hidup-hidup."
Terukir senyuman nipis di bibir Muhammad.Puteri sedikit tersentak.Entah mengapa senyuman Muhammad pada kali ini tampak ikhlas ,bukan seperti kebiasaan.Senyuman penuh sinis.
Jantung Puteri sedikit berdebar-debar.
"Memang saya nak telan awak.Sebab,awak makanan saya."Sambung Muhammad dengan renungan matanya yang kekal misteri.
Puteri menelan air liur sekali."Awak kenapa,Muhammad?"
Selajur itu Muhammad berdiri.Tegak badannya.Langkah dibuka kecil menghampiri tubuh si isteri.
"Saya nak keluar.Nak jumpa kawan." Ada sedikit getaran dari nada suara itu.
"Saya tak benarkan awak keluar.Kita ada sesuatu perlu dibincangkan." Kuasa veto Muhammad sebagai seorang suami mula dikuatkuasakan ke atas Puteri. Dia dapat menangkap wajah Puteri yang sedikit tidak berpuas hati namun, dia tidak hiraukan.
"Tapi...Tapi..."
"Tak ada alasan,Puteri. Saya ni suami awak.Seorang isteri yang baik kena dengar cakap suaminya.Patuh. Nak keluar apa waktu maghrib macam ni?Awak bukannya anak dara lagi,boleh keluar dari rumah sesuka hati. Awak ada tanggungjawab...Tanggungjawab awak kepada suami awak. Jaga keperluan saya.Selama tiga tahun kita kahwin...Ada awak galas tanggungjawab awak sebagai seorang isteri selayaknya? Ada,Puteri?"
Dada Puteri naik turun. "Kenapa awak nak mengungkit pula ni?"
"Puteri..."
"Awak nak cakap saya ni...Seorang isteri yang teruk? Macam tu?" Puteri mara ke hadapan.Jari telunjuknya menunjal kuat dada Muhammad.Beberapa kali.
"Awak tu suami yang baik sangat ke,Muhammad? Walaupun dah tiga tahun kita bernikah... Awak masih ada perasaan cinta dekat perempuan tu! Setiap masa...Di dalam ingatan awak,hanya ada perempuan itu sahaja! Saya tak tahu la...Apa hebatnya dia tu?Sehinggakan sekarang awak cintakan dia!"
Kali ini,Muhammad tidak cepat melatah,Dikawal rasa amarahnya kerana tiada guna kalau dia simbah lagi minyak ke dalam api yang sedia marak itu.Dia perlu jadi air untuk buat masa sekarang.Sesungguhnya, seorang Puteri memang sukar untuk ditanggani dengan perangainya.Dia tekad untuk baiki hubungan mereka yang sudah lama retak ini.
Tuan Muhammad akan mencuba untuk mencintai Puteri Aisya seikhlas hatinya.
"Puteri sayang..." seruan lembut Muhammad itu meningkah kata-kata Puteri.
Hati wanita Puteri sedikit terusik saat panggilan itu menerkam gegendang telinganya.
'Puteri sayang...Dia panggil aku sayang?'
"Awak sayang perkahwinan kita?" Mata hazel itu menikam mata hitam seorang Puteri Aisya.
"Awak masih sayangkan perkahwinan kita?Kalau awak masih sayangkan saya...Sayangkan perkahwinan kita. Buang ego awak...Buang semua dendam awak! Kerana...Saya masih sayangkan perkahwinan kita. Percaya dekat saya...Yang saya boleh cintakan awak seikhlas hati saya..."
YOU ARE READING
KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]
Romance𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 1 "𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂..." "Saya lapar... Ada makanan tak?" Itu merupakan titik perkenalan di antara Hawa dan Muhammad. Masing-masing bagaikan ada daya tarikan yang membuatkan mereka s...