PROLOG

10.2K 334 39
                                    

Masa Kini – Satu Lokasi di Sicily, Itali

KHAYRA Alana melempar kasar segala pakaian dan barangan peribadi miliknya ke dalam bagasi. Sakit hati dan kelam-kabut di dalam diri yang sedang membuak-buak usah diungkap. Betapa dia kini sedang kesuntukan masa!

Hanya tinggal empat jam sahaja penerbangan dari Sicily, Itali ke Malaysia bakal berlepas... dan tiga orang sahabat baiknya sudah pun berada di lapangan terbang! Sampainya hati mereka meninggalkannya di sini! Dengan alasan... Khayra Alana tidur mati! Sudah puas sahabat baiknya mengejutkan beliau tetapi tiada tanda-tanda mahu bangkit daripada lena. Oh! Itu bukan sifat Khayra Alana yang sejenis tidur mati. Waima sebatang jarum halus jatuh ke lantai semasa dia lena pun boleh senang terjaga. Inikan pula apabila suara memetir tiga sahabat baiknya bergabung mengejutkan beliau!

"Ciao (Hello). I need a taxi heading to Catania Fontanarossa International Airport. Grazie (thank you)." Sebaik sahaja Khayra Alana mematikan talian di telefon pintar miliknya. Pantas dia menarik bagasi dan melangkah keluar dari kamar.

**

"Kakak! Kakak! Nak kakak! Nak kakak!"

"Aduhlah dia ni pun!!" Membuntang mata Khayra Alana melihat kelibat si Lollipop sado yang sudah nampak kelibat figuranya yang sedang berdiri di hadapan lif rumah agam... dan semakin membuntang mata Khayra Alana apabila si Lollipop sado sudah pun berlari-lari ke arahnya! Tanpa menunggu lama, Khayra Alana pantas berlari menuju ke arah tangga rumah agam dan mula berlari ke bawah. Sampaikan tertunggang-terbalik bagasi yang ditariknya melantun-lantun mengikut alunan lekuk anak tangga! Ah! Khayra Alana tidak pedulikan semua itu. Dia harus segera beredar dari sini. Mahu mengejar flight penerbangan ke bumi Malaysia.

"Kakak! Kakak tak boleh tinggalkan Qarl! Kakak kena duduk sini! Kakak tak boleh pergi mana-mana pun!" Terjerit-jerit lantang si Lollipop sado.

"Qarl. Please. Kakak kena balik rumah kakak di Malaysia. Janganlah kejar kakak. Bagi kakak balik ya. Di sini ramai boleh jaga Qarl. Abang Marco dan Abang Stefano kan ada!" Khayra Alana juga sama lantang menjerit sambil berlari menuruni tangga tanpa menoleh sedikit pun ke belakang. Dia tahu si Lollipop sado yang dikenali sebagai Qarl juga berlari mengejar beliau dari belakang.

BANG!

Terhenti serta-merta larian Khayra Alana apabila dia mendengar bunyi satu das tembakan dilepaskan!

"Khayra Alana! You are not allowed to get out from my mansion... piccola mia!" (my baby)

Terlepas pegangan bagasi di tangan Khayra Alana sebaik sahaja beliau memalingkan tubuhnya.

Terkedu Khayra Alana apabila dia kini berhadapan dengan seseorang!


Mellbie ISR

Actual Published: 26/1/2021

Republished cum editing: 2/10/2022

THAT "AUTISTIC" MAFIA BOSS !Where stories live. Discover now