RAYYAN tersenyum lebar. Duit cash yang terhidang di depan mata dia ambil lalu dihidu.
Wangi!
"Berapa ada dalam ni?" Soal Rayyan. Duit yang berada di dalam sampul coklat itu dia lihat. Banyak! Terlalu banyak sehinggakan dia tak mampu anggar berapa jumlah kesemuanya sekali!
"250K." Ujar individu di hadapan Rayyan dingin. Wajah Rayyan dia tatap dengan tatapan yang tajam.
"Hutang kau sebanyak 500K aku dah langsaikan. Duit yang ada dalam sampul tu kau guna untuk tanggung hidup kau dengan Raihana. Aku tak nak kau ganggu lagi isteri aku lepasni."
Rayyan mencebik. Wajah beku bekas abang tirinya itu dia pandang.
"Baik juga kau kan? Sayang bini sanggup buat macam-macam. Apa orang kata? Lautan api sanggup ku redah?" Rayyan tergelak sinis.
Aiden memandang wajah Rayyan dengan wajah yang berkerut. Lelaki itu tidak ubah seperti terkena serangan otak.
Tidak siuman!
"Kau tak pernah dibesarkan dalam kalangan orang yang sayang kau. Kau tak pernah rasa disayangi Rayyan. Sebab itulah kau tak tahu apa itu erti kasih sayang." Ujar Aiden tidak berperasaan. Anak mata lelaki itu hanya merenung wajah Rayyan yang semakin cekung.
Sah! Lelaki itu mengambil barang yang terlarang.
"Persetankan semua itu. Aku lebih rela orang sekeliling tidak mengambil pusing tentang hal aku. My life my matters. Mereka semua tak berhak nak masuk campur urusan aku." Aiden tersenyum sinis.
"Your matters? Then why kau pergi jumpa isteri aku seolah-olah isteri aku akan dapat tolong selesaikan urusan kau? Hanya pengecut yang bertindak seperti kau Rayyan. Why her? Kenapa bukan aku yang kau jumpa at the first place?"
Rayyan terdiam.
"My last warning Rayyan. Berhenti. Ganggu. Isteri. Aku. Or else, laut yang tenang tu akan dapat makan badan tanpa kepala milik kau."
Aiden menjeling wajah Rayyan. Dia bangun daripada duduk lalu berlalu pergi dari situ.
"Sialan." Tutur Rayyan perlahan. Habis hilang mood baiknya tadi. Ini semua angkara Aiden!
Sampul tebal yang berisikan duit itu dia ambil lalu dia berlalu dari situ.
"Sharing is caring brotha." Ujar Rayyan dalam keadaan separa berbisik. Figura Aiden yang memeluk pinggang ramping milik Adeena itu dia perhati dari jauh.
"Beautiful wife. Tak baik tamak Aiden. Kita kena kongsi." Rayyan tergelak sendiri.
AIDEN tersenyum sendiri melihat Adeena yang sedang melahap segala jenis makanan manis yang ada di hadapan mata. Patutlah badan dah jadi macam doraemon! Makan tak ingat dunia.
"Sayang?" Adeena menggumam. Kaca mata yang melorot sampai mahu jatuh itu dia pakai semula dengan elok. Dia tak rabun tau! Tapi dia mengidam nak pakai kaca mata! Nampak macam comel je.