BAB 1

6K 294 22
                                    


Masa Kini – Kuala Lumpur, Malaysia

KHAYRA'S PLANNER

BEGITU kuat Khayra Alana mengenggam pen di tangan. Tetapi masih lagi mampu mempamerkan reaksi seraut wajah bersahaja tanpa sebarang bentuk senyuman yang terukir.

'Kalau aku tak fikir yang kau tu di antara ahli korporat terkenal di Malaysia... sudah lama aku kerat-kerat 'anu' kau!' Menyumpah penuh meluat Khayra Alana di dalam hati.

Khayra Alana sedaya bersahaja dalam memberi tumpuan sepenuhnya kepada bakal pengantin perempuan yang begitu bersemangat menzahirkan dekorasi impian untuk majlis perkahwinan gilang-gemilang yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Bersama-sama dengan bakal pasangannya yang kini berada di hadapan Khayra Alana. Mempamerkan seraut wajah dan renungan penuh romantis kepada pasangannya. Tetapi kaki lelaki itu galak meraba betisnya di balik meja!

"Bie.... Baby nak jawab call sekejap ya. Miss Khayra. Sekejap lagi kita sambung semula perbincangan kita. I need to take this call." Segaris senyuman diberikan oleh Khayra Alana kepada si bakal pengantin perempuan.

"Miss Khayra dear. You ni cantik sangat walaupun tak senyum. I tergoda...." Si bakal pengantin lelaki sudah mula menunjukkan perangai miang-miang keladi sebaik sahaja kelibat bakal isterinya menghilangkan diri sebentar.

"Aduh! Auch! Arghhh!"

Khayra Alana hanya tersenyum sinis. Melihat si bakal pengantin lelaki yang sudah meringkuk di atas lantai dalam menahan senak. Dek penangan sepakan kasut bertumit tinggi runcing miliknya menendang padu 'aset' kelakian milik lelaki itu.

Dasar lelaki tua tak sedar diri! Bini sudah ada tiga orang! Tambah lagi satu! Sudah nak berlangsung majlis dengan yang ke-4... menyempat lagi tu menggatal! This is Khayra Alana la! Don't play-play ha! Hendakkan lagi melibatkan kaum yang bernama L.E.L.A.K.I!

"Bie! OMG! Kenapa ni?!"

"Dato' Amar dan Cik Linda. I mahu batalkan kontrak urusan majlis. Deposit I akan pulangkan sekarang!" Khayra Alana sudah mula bangkit daripada kerusi lantas terus melemparkan sekeping cek ke arah pasangan yang tidak mahu berapa nak sejoli itu! Umpama seperti buah pinang dibelah dua dengan gergaji!

"Miss Khayra! Ini ke rude attitude yang you tunjukkan pada customer you! I akan pastikan reputasi syarikat you jatuh menjunam! I akan hebohkan pada media sosial! That Khayra's Planner yang popular sangat ni... service is so bad and the owner of this company are very rude! Plus you cuba goda I!" Dato' Amar sudah mula mengugut.

Khayra Alana mula mencerlung tajam memandang ke arah Dato' Amar.

"Try me Dato'! I percaya you will lose the case! I ada voice CCTV yang merakam segala percakapan dan perlakuan Dato' yang cuba goda dan meraba I!" Bersinggung senyuman sinis di bibir Khayra Alana sebaik sahaja melihat perubahan raut wajah Dato' Amar... dan juga wajah membengis terkejut yang dilemparkan oleh Cik Linda kepada bakal suami tua kerepotnya!

"So... Dato' Amar. I give you two options. Ambil cek deposit tu dan berambus daripada sini. Ataupun reputasi Dato' sebagai seorang ahli korporat yang berjaya musnah dalam sekelip mata dengan cara... I akan sebarkan my company voice CCTV to social media! Dato' pilih." Dato' Amar dengan sepantas kilat beredar daripada situ. Meninggalkan bakal isteri yang berlari-lari mengejarnya dari belakang.

"Orang tua tu memang melampau! Sendiri yang buat onar... menyempat lagi pecahkan pintu entrance kaca ofis! Miss Kay mahu saya telefon polis? Biar Dato' Amar tu masuk lokap!" Naziha. Penyambut tetamu di syarikat Khayra's Planner sudah mengeluarkan telefon pintar miliknya. Mahu menghubungi polis.

THAT "AUTISTIC" MAFIA BOSS !Where stories live. Discover now