Bab 4

1.3K 111 36
                                    

Forgiveness is taking the knife out you own back and not using it to hurt anyone else. No matter how they hurt you.

Ayra letakkan mangkuk tingkat di atas meja. Sedia untuk di bawa ke tempat kerja. Aip! Bukan untuk dia sebaliknya untuk Encik Khalid. Ya, itu lah rutinnya sejak meningkat remaja. Selepas sahaja perpisahan menjadi pilihan kedua orang tuanya dia membesar dengan Encik Khalid. Ibunya, sudah membawa diri ke negara orang. Juga sudah selamat bertemu dengan pasangan hidup yang baru. Tipu lah kalau Ayra tak rindukan susuk tua itu. Bahkan dia pernah demam kerana rindukan wanita itu. Namun, dia mengerti bahawa keputusan yang di ambil itu adalah yang terbaik. Untuk keluarga mereka.

"Wanginya. Ayra masak apa?"

"Good morning, ayah! Ayra masak nasi lemak. Ni untuk ayah." Ayra hulur mangkuk tingkat di tangannya.

"Tak sabar ayah nak rasa."

"Ni, Ayra dah hidang. Ayah makan lah dulu. Ayra nak naik atas sekejap. Nak bersiap."

"Tak apa. Rasanya tak sempat ni?"

"Tak sempat?" Ayra kerutkan kening. Tak sempat? Maksudnya? Bukan kah mereka bekerja di tempat yang sama? Ya, Ayra mewarisi perniagaan ayahnya. Sekadar cafe yang terletak tak jauh dari kawasan perumahan mereka. Encik Khalid pula sering kali turun padang, sekadar memantau perkembangan hasil kerja Ayra.

"Ayah kena jumpa dengan Taufik."

Ayra mengangguk. Tak hairan kerana Encik Khalid sememangnya sering bertemu dengan Taufik. Berkongsi sedikit sebanyak strategi dalam meluaskan perniagaan mereka. Itu juga lah yang menemukan Ayra dan Taufik.

"Ayra, tak kisah kan?"

Ayra menggeleng dengan senyuman. Langsung tidak. Dia sudah cukup matang untuk tidak mencampur aduk kan hal peribadi dengan pekerjaan.

"Syukur lah. Ni, ayah pergi dulu. Kamu tu hati hati bawa kereta. Jangan terkejar kejar sangat. Ayah tak akan potong gaji anak ayah ni lah." Kepala Ayra di gosok lembut.

"Baik, patik yang menurut perintah." Ayra tabik hormat buatkan Encik Khalid tergelak.

"Ayra..." 

"Ya, ayah." Ayra pandang anak mata tua itu. dia pasti pasti ada sesuatu yang hendak disampaikan.

"Janji dekat ayah boleh?"

"Janji? Janji apa?" Berkerut kening Ayra. janji apa pula ni?

"Janji yang Ayra tak akan terluka lagi. Janji yang Ayra tak akan tutup hati Ayra untuk mana mana lelaki yang datang lepas ni. Janji yang Ayra akan cari bahagia Ayra pula lepas ni."

"Ayah ni.... Banyak pula Ayra kena janji." Ayra tergelak lucu. Banyak sungguh janji yang hendak ditunaikan. hakikatnya dia sekadar hendak bersembunyi dari perasaan sendiri.

"Ayra..." Encik Khalid capai jemari Ayra. Mati tawa Ayra bila Encik Khalid mula memasang riak serius.

"Ayra tahu kan kenapa ibu Taufik pilih untuk kahwin kan dia dengan calon pilihan dia?"

Ayra hulur senyum tawar. Ya, dia tahu. Bah kan dia sedar sedikit sebanyak dia lah yang menjadi punca kehancuran hubungan mereka.

"Ayra buatkan Taufik menanti jawapan yang tak pasti. Buatkan dia mati akal untuk tunggu Ayra. Hanya disebabkan Ayra tak nak ayah hidup sorang, Ayra sanggup ketepikan perasaan Ayra sendiri. Tangguhkan segalanya. Minta keluarga Taufik tunggu sehingga Ayra bersedia. Tapi hujungnya, mereka dah mati rasa. Tak sanggup menanti dan terus kahwin kan Taufik dengan orang lain." Bergetar suara tua Encik Khalid. Dia tahu mengapa selama ini Ayra terus terusan menolak untuk melangkah ke alam perkahwinan walaupun hubungannya dengan Taufik sudah menginjak lima tahun.

"Ke Ayra nak ayah pejam mata dulu. Mungkin kalau ayah dah pejam mata, Ayra tak akan rasa bersalah untuk dapatkan kebahagiaan Ayra sendiri."

"Ayah!" Laju Ayra dakap tubuh tua itu. Dia sudah tak sanggup menelan kata kata yang pada akhirnya merobek hatinya.

"Tak! Jangan cakap macam ni! Ayah tak pernah jadi batu penghalang Ayra untuk bahagia. Bahagia Ayra adalah dengan ayah. Ayra tak perlukan mana mana lelaki untuk ganti tempat ayah. Cukup ayah. Hanya ayah. Ayra tak puas lagi bermanja dengan ayah. Tolong... Tolong jangan tinggalkan Ayra." Teresak hebat Ayra di bahu Encik Khalid. Sumpah dia belum bersedia untuk berpisah dengan lelaki itu. Sesak dadanya memikirkan sebarang kemungkinan.

"Jadi tolong janji, Ayra. Tolong cari bahagia Ayra. Ayra perlukan seorang lelaki yang boleh pimpin, usap air mata, pujuk, dan imamkan Ayra. Ayra perlukan seseorang untuk gantikan tempat ayah. Sekurang kurangnya sebelum ayah pejam mata, ayah tahu akan ada seseorang yang boleh jaga anak manja ayah ni." Encik Khalid balas pelukan anaknya. Menyalurkan kehangatan kasih nya yang tulus.

"Ayra..."

"Janji, Ayra."

"Ayra... Ayra janji, ayah."

"Better not to hide your feelings. Better be true to yourself and others. If they won't accept your feelings then you will know them more. You will choose to let them father or closer. Be you. It's you life. Be yourself. No reason to hide. People don't relu youbut you. you rule you." Belakang tubuh Ayra di usap lembut.

Janji akhirnya termeterai. Sungguh, Ayra takut akan kehilangan. Dia mungkin sudah lali namun dia tak pula kebal. 

Kerana CintaWhere stories live. Discover now