BAB 2

4.7K 274 33
                                    


Masa Kini – Kuala Lumpur, Malaysia

TERATAK KHIDIR-KARTINI

AGAK lama Khayra Alana berteleku di dalam kereta. Di antara mahu keluar memandu semula dari parkir halaman luar rumah papa dan mama ataupun melangkah masuk ke dalam rumah seperti biasa.

Khayra Alana mula merengus kasar dalam menunjukkan rasa protes! Sejak kebelakangan ini mamanya... Puan Kartini semakin agresif mencari calon-calon suami untuknya! Boleh dikatakan hampir setiap malam ada sahaja tetamu yang berkunjung ke rumah. Tapi... ini semua mungkin salahnya juga. Mengeluarkan satu kenyataan yang dikira cukup angkuh iaitu tidak mahu berkahwin sampai bila-bila dan mahu hidup sendiri.... Dan semenjak daripada itu, inilah yang terjadi! Betapa paniknya mama jikalau anak dara tunggal kesayangan bakal memegang status andartu! (anak dara tua)

Bukan Khayra Alana tidak mahu berkahwin. Tetapi dia merasakan tiada lelaki yang hebat... yang cukup layak berdamping dengannya! Bagi Khayra Alana, dia memiliki segalanya dan dia mampu menjaga dirinya sendiri dan merasakan kredibiliti yang dibawanya kini setanding dengan para lelaki di luar sana. Jadinya... mengapa dia perlukan kehadiran seorang lelaki untuk dijadikan pelengkap hidupnya?! Buat menyemak kepala sahaja!

'Huh! Masuk sajalah! Lagipun sudah nak habis waktu Maghrib. Badan pun sudah letih yang amat!'

Hari ini sahaja berapa lama dia terpaksa 'bertapa' di dalam bilik Tuan CEO syarikat Zhirmin Group dalam memastikan sentuhan terkahir kali interior rekaan dalaman dalam keadaan yang sempurna oleh para pekerja yang diupah. Bukan main cerewet lagi wanita yang bernama Puan Sri Alisa itu. Mahukan yang terbaik untuk anaknya yang dikenali sebagai Qash.

*

"HA... sudah balik pun anak mama. Come sayang. Mama kenalkan dengan kawan mama..." Puan Kartini tersenyum lebar sebaik sahaja melihat figura anak perempuan tunggal kesayangannya.

"Mama.... Kay baru balik ni dan Kay belum solat lagi. Izinkan Kay naik ke bilik dulu ya..." Khayra Alana berbisik perlahan di celahan telinga Puan Kartini.

"Kay..." Puan Kartini merenung dalam-dalam anak mata Khayra Alana sambil mengusap rambut beralun panjang milik anaknya itu. Hanya untuk memastikan sekiranya anak perempuan beliau ini sebetulnya sedang mencuba mahu berbohong sekaligus mengelak. Tetapi Khayra Alana hanya membalas renungan mamanya dengan reaksi bersahaja namun tampak penuh yakin!

"Uncle, auntie and you... yang I tak kenal. Izinkan Khayra naik ke bilik dulu. Nanti dalam masa sejam Khayra turun balik... then bolehlah kita beramah mesra. Demi memenuhi kehendak mama Khayra yang kemaruk sangat nak bermenantu ni... auch! Sakitlah mama!" Perit lengan Khayra Alana terkena penangan cubitan berbisa Puan Kartini.

"Kay ni memang macam ni. Kalau sudah balik dari tempat kerja... otak dia memang kepenatan. Itu yang merapu-rapu bila bercakap. Kay pergi naik ke bilik, solat dan bersihkan diri dulu ya sayang. Kikis lidah tu sekali dengan berus gigi. Bagi molek sikit bahasa tu!"

Khayra Alana hanya menjeling sinis ke arah Puan Kartini yang mempamerkan senyuman 'plastik' penuh kegeraman ke arahnya. Encik Khidir. Papanya. Hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja.

**

PUAN Kartini menjeling penuh geram sambil mengurut dada. Dia tahu yang Khayra Alana sengaja berbuat perangai sebegitu rupa!

Khayra Alana menjamu selera di meja makan sambil mengangkat sebelah kaki ke atas kerusi dan bukan itu sahaja... dengan sengaja mengunyah makanan dengan mengeluarkan bunyi yang sangat tidak senonoh di hadapan para tetamu!

THAT "AUTISTIC" MAFIA BOSS !Where stories live. Discover now