Joshua menghidangkan makanan. Duduknya dilabuh di atas kerusi. Nasi goreng yang dimasaknya diceduk. Baru saja tangannya mahu menyuap nasi tiba-tiba Amira sudah duduk di sebelahnya dengan sengihan menampakkan barisan gigi putihnya.
" Awak..."
" Apa?!"
Terangkat bahu Amira kerana terkejut. Dia punya suara memang tak boleh perlahan ke? Boleh sakit jantung kalau setiap hari Amira kena jerkah macam ni.
" Saya lapar..." Amira mengusap lembut perutnya.
Joshua buat tak tahu saja. Malas nak ambil peduli tapi makin rapat pulak si Amira dengannya. Joshua menarik nafas panjang. Disuap nasi begitu saja dalam mulut Amira. Habis comot muka Amira. Tak bersedia bila lelaki itu tiba-tiba menyuapnya.
" Awak ni... Suaplah elok-elok." bebel Amira geram.
Joshua angkat kedua keningnya. Masih disuap nasi ke dalam mulutnya dan setia juga Amira pandang bibirnya yang sejak tadi bergerak. Lapar sangat tu. Joshua senyum sinis. Pinggan diambil dan diletak di depan perempuan itu.
" Nah nasi."
Sebutir nasi diberi pada Amira. Amira buat muncung panjang. Kalau sebutir nak hilang lapar macam mana? Ada jugak manusia jenis macam ni eh?
" Awak memang kejam kan?"
" Makan jelah. Aku bagi makan dah kira baik tau."
Amira menghela nafas berat. Kecewa bila tak boleh makan. Perutnya dah lapar sejak tadi tapi lelaki itu hanya memberikannya makan dengan sebutir nasi saja. Sadis hidup!
" Buatkan aku air, aku nak air merah."
" Kalau saya buat air, awak bagi saya makan nasi goreng?"
Joshua mengangguk sambil mengunyah. Senyuman sinis meniti di bibir bila Amira sudah buat air untuknya. Naifnya perempuan ini buat hatinya digeletek gembira.
" Nah awak."
Amira tersenyum manis. Punggungnya dilabuh duduk di sebelah Joshua semula. Pinggan dicapai dan disenduk. Tak tunggu lama, nasi goreng buatan lelaki itu dimakannya.
" Kau buat air apa ni?" soal Joshua aneh.
Tak tahu kenapa, rasa macam lain macam warna merah air buatan si Amira ini. Was-was Joshua nak minum. Ada baiknya dia tanya dulu sebelum minum. Amira tak boleh kira sangat.
" Air merahlah."
" Tapi kenapa lain macam aku tengok air merah kau?" Joshua menilik air yang ada di dalam gelas.
" Memanglah lain. Saya guna darah dekat jari saya ni."
Selamba badak Amira tunjuk jarinya pada Joshua. Jari yang sudah dihiris dengan pisau. Tebuntang mata Joshua akan perbuatan Amira. Budak ni...
" Yang kau hiris jari kau kenapa?"
" Saya hiris sebab nak letak darah dalam air awak. Awak cakap nak air merah. Merahlah tu."
Tersandar ke belakang Joshua jadinya. Kepalanya diurut perlahan. Sakitnya kepala main dengan lurus pembaris si Amira ini.
" Kau ni biar betul Mira..."
Amira enak makan tanpa apa-apa gangguan. Tak kesah langsung dengan Joshua yang sudah pandang tajam ke arahnya. Lapar kan? Nak layan main mata dengan Joshua? Malaslah... Lagipun perut dia tak diisi lagi. Ada baiknya Amira fikir pasal perut dia aje.
" Meh sini kau."
Joshua memberi isyarat agar Amira mendekat. Amira yang tak tahu apa-apa ikutkan saja. Didekatkan muka mereka berdua dan...
YOU ARE READING
JOSHUA ( COMPLETE )✔️
Action🄹🄾🅂🄷🅄🄰 🄰🄽🄳 🄰🄼🄸🅁🄰 " Don't go..." " No... Sampai masa saya akan pergi dari sini." " Please don't go..." Joshua menangis teresak-esak di dada Amira. Airmata lelaki itu sudah membasahi tuala yang dipakainya. Tangan lelaki itu juga makin...