Joshua pandang lama tubuh kecil yang sedang lena tidur. Usai makan, terus Amira tidur terus dan setia jugak perempuan itu mengajaknya teman tidur. Tumpah rasa kasihan Joshua pada perempuan ini. Tak pernah dia rasa kasihan dekat orang dan perempuan ini yang pertama.
" Kau dari mana sebenarnya Mira? Kenapa family kau buang kau?" gumam Joshua sendiri.
Tubuh kecil yang meringkuk sejuk di atas lantai itu diangkat baring di atas katilnya. Hanya disebabkan takut kena marah dengannya Amira tidur atas lantai. Budak ni la...
" Aku nak keluar. Kau duduk diam-diam dalam rumah aku. Kalau aku tengok kau takde lepas aku balik. Aku makan kau!" Hidung Amira ditarik manja. Rengekan Amira buat Joshua tertawa sinis.
Joshua bersiap. Hoodie disarung pada tubuhnya. Sesekali anak mata itu mengerling Amira. Risau nak tinggalkan perempuan ini sendiri.
" Ah! Pergi jelah!"
Joshua menutup kepalanya. Tubuhnya keluar dari hutan itu dengan berani sekali. Sunyi sepi hutan itu tapi sedikitpun tidak menakutkan Joshua. Telefonnya dicapai dalam poket.
" Jack ambik aku."
Tak sempat Jack nak cakap apa-apa, Joshua sudah mematikan telefonnya. Jam tangannya dikerling. Joshua menunggu di tepi jalan. Macam biasa. Tak sampai sejam, Jack sudah sampai betul-betul di depannya.
" Awal sampai." sinis Joshua berkata usai masuk ke dalam kereta.
" Aku tak nak kena tumbuk."
Joshua tertawa sinis. Joshua merendahkan tempat duduknya. Dipejam seketika matanya. Automatik muka cantik Amira menganggunya. Joshua mendecit geram. Aduh! Apa yang kau buat dekat aku ni Mira?
" Kau okay tak?" soal Jack sambil memandu kereta keluar dari hutan tebal itu.
" Okay." Hanya sepatah Joshua menjawab.
Matanya memanah tepat pada jalan raya. Walaupun saat ini dia tengok jalan tapi otaknya sudah ke lain. Memikirkan apa yang Amira buat saat ini. Aduh! Kenapalah aku fikir dekat kau!
" Hey aku tanya kau ni, dengar tak?"
" Huh?" Muka blur Joshua ditatap geram.
" Aku nak tanya, kau memang dah tak nak balik ke? Terperap je dalam rumah hutan kau tu. Tak rindu rumah besar kau?"
" Malas aku."
Joshua buat muka. Tak suka dengan topik yang dibicarakan. Dah sayang dari dulu dengan rumah hutannya dibandingkan dengan rumah besarnya. Nak buat macam mana kan?
" Apa yang malasnya. Bukannya rumah hutan tu rumah sebenar kau."
" Entah. Aku suka duduk dekat rumah hutan aku lagi."
Jack berhentikan keretanya. Enjin dimatikan. Dua lelaki itu keluar dari kereta masuk ke dalam sebuah tempat di mana berlakunya perlawanan gusti. Lelaki yang menjaga pintu menunduk pada Joshua sebelum mempersilakan lelaki itu masuk.
Joshua tutup kepalanya dengan hoodie. Bising semua lelaki yang berlawan antara satu sama lain. Pastinya belum mula lagi perlawanan, andai tidak pasti sudah riuh dengan sorakan.
" Kau berlawan tak harini?"
" Not sure..."
Joshua campak begitu saja hoodie yang dipakainya. Membiarkan singlet melekat pada tubuhnya. Laju kaki itu melangkah ke arah punchbag miliknya.
Dihayun penumbuk bertalu-talu. Bersedia untuk perlawanan yang akan mendatang. Kalau ikut memang dia nak berlawan hari ini tapi entah kenapa dia tak dapat fokus sangat, kerana itu dia tak join.
YOU ARE READING
JOSHUA ( COMPLETE )✔️
Action🄹🄾🅂🄷🅄🄰 🄰🄽🄳 🄰🄼🄸🅁🄰 " Don't go..." " No... Sampai masa saya akan pergi dari sini." " Please don't go..." Joshua menangis teresak-esak di dada Amira. Airmata lelaki itu sudah membasahi tuala yang dipakainya. Tangan lelaki itu juga makin...