(SMT Cyberraya)
(Jam 6.50 pagi)Alicia berdiri disebelah pagar sekolah.Matanya melilau menunggu seorang insan yang bernama Ali.
"Mana dia ni?.."Alicia bergumam.
"Alicia!"Ali menjerit dari jauh sambip melambaikan tangannya.
Alicia tersenyum.
'Sampai pun kau.Buah hati memang selalu lambat ke ?'-Getus hati Alicia.
"Huh..pukul berapa sekarang?"Soal Ali.
Alicia merenung jam ditangan untuk beberapa saat.Pandangannya dihalakan semula ke arah Ali.
"Jam 6.55.Yeay!Ali datang awal!"Alicia berbisik ditelinga Ali sambil menepuk-nepuk tangan.
"Untuk kau,jam 5 pun aku boleh datang."Ali membalas bisikan Alicia tetapi lebih dekat.
Alicia blush.Namun,senyuman lebarnya tidak disembunyikan.
"Haa,budak comel dah senyum.Baik aku masuk kelas..nanti cair susah."Ali mengusik Alicia.
"Ye ye,masuk kelas dulu..aku nak tutup pagar.syuh-syuh."Alicia menolak Ali menjauhi pagar.
"Alolo main tolak-tolak pulak awak ni.Geram je tengok,cubit pipi tu nanti!"Ali cuba mencubit pipi Alicia namun pipi Ali yang terlebih dahulu dicubit.
"Aduh!Okay,Alicia..sakit-sak-"Alicia memintas kata-katanya.
"Mengada-ngada Ali ni.Aku baru pegang dah sakit,ish ish."Alicia meletakkan tangannya didahi.
"Alah,dengan kau sorang je.Bukan dengan orang lain pun kan?"Ujar Ali sambil menjungkitkan keningnya.
Bunyi pintu pagar ditutup tidak kedengaran.Almaklumlah,pagar moden mestilah jarang karat.
"Dah,jom masuk kelas."Alicia mengajak Ali masuk ke kelas.Mereka berjalan bersama dari pagar sekolah hingga ke dalam kelas.
Setelah beberapa minit mereka masuk kedalam kelas,Puan Munah masih tidak kelihatan.Mereka menunggu sehingga setengah jam.
"Ali,kau rasa kan..Puan Munah pergi mana?"Alicia yang berada dihadapan Ali bertanya.
"Tak tau,sebab selalunya dia sampai sebelum aku."Ali berkata sambil tergelak.
"Macam ada yang tak kena kan harini?"Alicia membuka cerita.
"Kenapa?Aku pun ada perasan juga,tapi mungkin benda biasa kot."Ujar Ali.
Tanpa mereka sedar,pelajar-pelajar kelas itu mula mengerumuni mereka berdua.
"Tadi,masa aku dalam perjalanan nak pergi sekolah.Kereta-kereta sepanjang jalan yang aku lalu tu,semuanya macam 'glitching'.Tau?"Ujar Alicia.
"Glitches,you mean?"Ujar Ali.Riak wajahnya agak terkejut.
Tiba-tiba,pengumuman dibuat oleh Cikgu Bidin.
"Perhatian kepada semua pelajar.Seorang guru yang dipercayai dari SMT Cyberraya iaitu Puan Munah telah dilaporkan hilang sejak semalam.Keadaan situasi masih belum dapat dipastikan pihak berkuasa.Jadi,saya mahu kamu semua berhati-hati semasa pulang dari sekolah.Elakkan mendengar panggilan orang yang tak dikenali.Kes Puan Munah masih diklasifikasikan sebagai kes hilang selagi bukti kukuh yang mampu membawa kepada punca lain ditemui."Ujar Cikgu Bidin.
Kesemua pelajar mendengar dengan tekun kecuali seorang lelaki.Viktor.Hanya dia yang tersenyum.
"Aiyaa,kenapa mau serious.Mungkin dia pergi vacation?"Ujar Viktor.Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.
YOU ARE READING
"BERSATUNYA DUA DUNIA"[Hiatus]
FanfictionSebuah kejadian pelik melanda bandar Cyberraya.Sebuah bandar yang pesat membangun mengukir nama gah dimata dunia.Namun,gahnya bandar itu tidak bertahan lama apabila tular seorang lelaki yang mampu mencipta 'Pintu Masuk' ke dunia lain. "Kau orang aka...