DUA PULUH ENAM

4.7K 60 5
                                    

ROY

Pertama kali sebenarnya aku memandu ke Melaka dengan mengambil masa sejam dua puluh minit. Dari tol Ayer Keroh ke rumah Sabrina pula mengambil masa dalam lima belas minit. Bila dah tiba je di exit Ayer Keroh tu lega perasaan aku. Satu beban yang terpikul di bahu hilang sikit.

Setibanya aku di perkarangan rumah Sabrina, aku lihat kereta Lily terparkir di situ. Baru nampak kereta Lily aku dah senyum sampai ke telinga belum lagi nampak tuannya. Nasiblah Sabrina bagitahu aku mana Lily berada semasa aku hubungi dia semalam untuk menceritakan kebodohan aku kepada Lily.

"Sab, sorry aku kacau kau. Sebab aku dah buntu tak tahu mana lagi aku nak mengadu pasal Lily"

"Kau cari dia kenapa?" Suara Sabrina kedengaran tegang

"Aku dah buat salah besar pada dia. Aku sedar semua salah aku. Tapi aku dan dia mangsa kesalahan mak ayah kami. Aku betul-betul menyesal buat dia. Aku sayang dia sangat, Sabrina"

Dalam pada aku meluah pada Sabrina, air mata jantan aku berderai. Sungguh aku rasa aku menyesal. Dua hari aku separuh mati cari dia di mana. Aku rindukan Lily.

"Eloklah kalau kau sedar apa kau buat. Betul kau sayang dia?" Soal Sabrina tegas

"Sumpah aku sayang dia sangat. Aku tak nak hilang dia. Aku dah banyak dosa pada dia."

"Okay lah kalau kau dah menyesal. Dia pun dah macam hilang akal tu sedih sebab kau. Aku harap kau tak sia-siakan dia lagi"

"I will. Kau tahu ke dia ada mana?"

"Dia ada di rumah aku."

"Melaka?"

"Yelah. Aku ada sini sekarang kan dah habis foundation aku."

"Esok aku gerak sana"

"Okay baik. Dah tak payah nak nangis sangat. Aku gerenti si Lily maafkan kau."

Tok Tok Tok

Tingkap kereta aku di ketuk dari luar.

"Kau tunggu apa lagi dalam kereta ni? Masuklah" Kata Sabrina. Macam mak nenek lagaknya.

"Nervous, beb" aku balas jujur.

Sabrina terus ketawa berdekah. Apa yang lawak pun aku tak tahu.

"Macam baru first date pulak kau nak nerbess bagai" Dia sambung ketawa.

Aku menggarukan kepala aku yang tak gatal. Perlahan aku keluar dari perut kereta mengikuti langkah Sabrina ke dalam rumahnya.

"Mak ayah kau tak ada ke?"

"Kalau dorang ada tak de le aku angkut kau masuk rumah"

"Tak balik?"

Sabrina menggeleng laju. Aku ikut dia naik tangga. Mungkin Lily ada di dalam bilik di atas.

"Ok lah, dia ada dalam bilik tu. Mama papa aku memang tak balik dua hari ni so memang rumah aku clear. Aku nak keluar dengan Ameer kejap, kau pujuk lah Lily baik-baik ya" Kata Sabrina lalu menepuk bahu aku lembut.

"Thanks Sab" Ucap aku ikhlas.

"Takde hal. Aku sayang korang juga"

Aku mengangguk perlahan. Terharu. Entah kenapa dua tiga hari ni aku jadi jantan yang cepat nau nak keluarkan air mata.

"Kalau Lily okay kejap lagi kalau kau bosan ke dia bosan ke datang lah kat Mix Club. Aku dengan Ameer lepak sana malamni"

Aku angguk perlahan. Sabrina terus turun tangga. Perlahan aku masuk ke dalam bilik itu. Kelihatan batang tubuh Lily berbalut selimut. Aku mendekatinya. Jelas kelihatan wajahnya yang sedang kemerahan walaupun sedang tidur. Entah apalah yang dia tengah mimpi. Nak kejutkan dia aku rasa tak sampai hati.

Perlahan aku mencium kedua pipinya dan dahinya. Ciuman di dahi aku biarkan lama. Air mata aku tumpah. Gadis ini lah yang ada dengan aku sejak kecil, yang berkali-kali mengucapkan kata sayang pada aku. Tapi aku jadi lelaki yang ego, yang bodoh. Aku tak tahu bagaimana nak serius dengan dia.

Setiap kali aku sentuh dia, aku bukan sahaja sentuh dia dengan nafsu jantan aku sahaja. Aku sentuh dia dengan kasih sayang. Aku sayang dia lebih dari aku sayang semuanya. Cuma kesalahan ayah dan mama membuatkan aku tak boleh terima. Bodohnya aku buat Lily terluka.

Tiba-tiba badan Lily mengeliat kecil. Aku mengangkat kepala dan memandangnya. Matanya dibuka kecil. Lama dia memandang aku dengan pandangan mata yang sunggul. Lily menggosok matanya berkali-kali.

"Hye sayang. Roy ni" aku bersuara. Mungkin Lily rasa dia mimpi.

Terus mata Lily terbuka luas. Perlahan dia cuba bangun. Aku memberikan sedikit ruang untuk dia membetulkan kedudukannya.

"Roy??" Bergetar suaranya memanggil nama aku.

Aku mengangguk laju. Terus aku menarik dia ke pelukan aku. Dia membalas pelukan itu erat. Aku dengar suaranya mula menahan tangis. Belakang badan aku dicengkam ketat.

"Roy minta maaf sayang. Roy salah. Roy sayang Lily" Ucap aku ikhlas di belakang telinganya.

Makin kuat tangisan Lily. Aku mencium dahinya berkali-kali.

"Bagi Roy peluang untuk jadi pelindung Lily. Roy nak selalu bersama Lily"

"Lily sayang Roy. Lily tak nak hilang Roy lagi."

"Ye sayang, Roy janji tak akan tinggalkan Lily. Kita jadi mangsa mereka. Kita lari dari mereka semua jom sayang. Kita mulakan hidup baru, tak apalah kalau kita susah pun, kita mula semuanya baru"

"Maksud Roy?"

"Kita nikah. Kita minta papa Lily walikan kita. Lepastu kita boleh nikah dan lari dari mama, ayah dan ibu"

"Kenapa dengan ibu?"

"Dia pun sama! Dia gunakan ayah untuk jadi pak sanggup."

"Maksud Roy?"

"Ayah bukan ayah sebenar Roy. Ayah sebenar Roy adalah arwah Uncle Johan, Lily."

Lily terkedu mendengar cerita aku. Makin kuat tangisan dia selepas itu. Benar kami mangsa kesalahan dan dosa mereka. Sebab itu juga aku tak nak lagi biarkan aku dan Lily tanpa ikatan sebab aku tak nak perkara yang sama berlaku pada kami.

"Gila!" Kata Lily sambil memincit lembut kepalanya

"Pedulikan mereka, sayang. Kita bincang dengan papa untuk nikahkan kita, ya?" Pujuk aku.

"Lily rasa kita kena bersemuka dengan mereka semua dan lepas tu kita boleh beritahu mereka tentang kita"

"Roy tak nak jumpa mereka lagi!"

"Please Roy, demi Lily." pujuk Lily

Aku mengeluh berat. Nak tak nak aku terpaksa setuju.

"Esok kita balik ya Roy? Kita selesaikan dengan mereka semua. Roy whatsapp mereka suruh berkumpul jam 8 malam, petang esok kita balik ke sana" Tambah Lily.

Aku mengangguk perlahan. Demi Lily, dan aku tahu dia tahu apa yang dia akan lakukan. Yang penting aku dapat nikah dengan Lily dan mulakan hidup baru kami.

My Girl (Best) Friend Forever -MGBFF- Where stories live. Discover now