✎ 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 03

1K 149 17
                                    

"hai yoshi." aku menyapanya sebaik sahaja aku duduk di sebelahnya.

dia masih lagi tak menyahut sapaan aku.

eh dia ni. sampai bila dia nak diamkan diri je ni?

"ish kenapalah aku dapat tablemate pendiam macam dia ni." omel aku perlahan.

pada masa yang sama, ssaem koo melangkah masuk ke kelas sambil membawa kertas yang banyak.

"wah, kertas apa tu, ssaem koo? kita ada buat apa-apa ke hari ni?" tanya salah satu murid kelas aku yang tengah kebingungan.

"awak semua tak ingat ke hari ni hari apa?"

"hari ni ada apa-apa ke? siapa ingat?" aera.

"hari ni saya nak buat projek untuk ujian bulanan kamu semua."

"tarikh ujian tak ingat tapi kenapa tarikh lahir member treasure ingat?" usik ssaem koo.

"dah dah, saya nak bahagikan kumpulan."

-

pada akhirnya aku, yoshi, aera dan junkyu berada dalam satu kumpulan. waktu perjumpaan pula, masing-masing diam dan lansung tak bercakap apa-apa.

dari diam seribu bahasa, lebih baik aku ceriakan suasana, right?

"so.. kita nak start bincang dari mana ni?"

"kita pilih tajuk flora dan fauna je lah. okay tak? ke nak tukar?"

masing-masing diam kecuali junkyu. tapi nampak gayanya junkyu pun dah naik geram sebab hanya dia sorang sahaja yang bersuara.

"come on ah, kenapalah korang diam je ni." sambungnya lagi.

"kalau macam tu, aku cadangkan kita berempat pergi ke hutan di pulau jeju hujung minggu ni. okay tak?" aera ajukan cadangannya untuk projek ni.

"asalkan bukan dekat rumah aku, aku okay je."

please, jangan rumah saya.

"tak kan lah aku nak pergi rumah kau. rumah kau hutan ke wahai lee boram?" aera menepuk bahu aku tanpa rasa kasihan.

"tapi kan.. nasib baik korang ada." junkyu bersuara.

"eh? kenapa pula?"

kenapa pula dengan aku? aku ada bawa apa-apa tuah ke sampai dia cakap macam tu?

"yelah, sepatutnya hujung minggu ni aku ada kelas tambahan tapi aku tak nak pergi. tak apa, aku gunakan korang sebagai alasan!"

junkyu gembira bila dapat mengelat daripada datang ke kelas tambahan.

"kau, yoshi? kau ada kelas tambahan juga ke? kalau ada kitorang bertiga boleh pergi tanpa kau." kata aera untuk memastikan keadaan semua ahli kumpulannya.

yoshi hanya menggelengkan kepalanya dan bermaksud dia akan pergi lah kan?

"okay hujung minggu ni semua berkumpul dekat sekolah dan ayah aku akan hantarkan kita semua. aku rasa kita tidur dekat sana 1 malam. siapa yang tak datang, memang aku datang ke dalam mimpi korang ye."

× yoshinori ×
memang dah menjadi kebiasaan kalau balik ke rumah suasananya akan sunyi dan tidak sesiapa yang akan menyapa aku bila aku pulang ke rumah.

sejak ayah dan mak bercerai, aku belajar untuk tinggal bersendirian.

aku baru balik dari sekolah dan nampak rumah aku seperti ada orang berada di dalam.

aku bergegas masuk ke dalam rumah dengan rasa yang agak cemas.

"ayah?"

ayah tengah duduk di sofa sambil menikmati air kopinya dengan diiringi oleh en.yoon, manager ayah.

𝐌𝐄𝐋𝐓 || 요시Where stories live. Discover now