Permulaan

9 1 0
                                    

Aina Adriana merupakan anak kepada seorang penerbit filem dan drama yang terkenal. Kehidupan Aina lengkap dengan kemewahan dan kasih sayang. Namun kehidupannya sekelip mata berubah apabila Papa Aina, Dato' Marzuki membuat keputusan untuk membina masjid yang kecil buat kali kedua dengan pilihan hatinya iatu Puan Husna.
Dato' Marzuki telah berkahwin bersama Datin Aishah hampir 20 tahun dan hanya diberikan cahaya mata yang bernama Aina Adriana. Aina anak tunggal, jadi tidak hairan jika Aina ditatang bagai minyak yang penuh, disebabkan itu Aina rapat dengan Papa dan Mamanya yang membuat dia mempunyai sikap manja bersama kedua ibu bapanya. Namun Hati Aina hancur berkecai apabila Dato' Marzuki memberitahu bahawa dia ingin berkahwin. Kini sudah hampir 3 tahun Dato' Marzuki berkahwin dengan Puan Husna dan Datin Aishah menerima nasibnya yang harus bermadu.

Dia Imam Kiriman TuhanWhere stories live. Discover now