AIDEN menyandarkan tubuh sasanya ke sofa. Iphone miliknya masih lagi setia di tangan jejaka itu. Sesekali berkerut dahi licin miliknya. Pelik-pelik betul ya zaman sekarang ni? Lelaki pun bukan main gelek sana-sini.
Aiden menggelengkan kepalanya. Aih, dia dulu bukan main kasar. Pistol kepunyaan Tengku Adriel bagaikan mainan hariannya. Boleh dikatakan setiap hari dia dan Quinn Ariana menjamah pistol yang berpeluru!
"Bah!" Lelaki itu tersentak. Dadanya di urut berulang kali. Mahunya tercabut jantung dia kalau kena macam ni hari-hari! Ish.
"Adel!" Jerkah Aiden. Ni kalau dia ada penyakit jantung dah lama lepak underground sekali dengan bekas adik tirinya. Sia-sia!
Wanita itu tergelak kuat. Bawah perutnya dia pegang. Senak!
"Lawak la muka abang Aid! Please!" Adel tersengih bila tawanya tidak disambut baik oleh Aiden. Dia berdehem sebelum melabuhkan duduk di tepi abangnya.
"Abang Aid okay?" Aiden mengangguk. Iphonenya dia letakkan ke atas meja.
"How was your life? Happy?" Adel tersenyum. Perutnya yang mula menampakkan bentuk itu dia usap sayang.
"Happy sangat! William jaga Adel dengan baik. Like you're taking care of me. Thanks to you, sebelum Adel kahwin you always stay by my side. Adel selalu sakitkan hati abang Aid. But you never hate me. Thanks a lot."
Aiden tersenyum nipis. Tubuh kecil adiknya dia bawa ke dalam pelukan. Sekarang mereka semua berada di rumah Tengku Adriel. Bapanya itu ada buat makan-makan. Saja mahu kumpulkan ahli keluarga berada di satu tempat.
Selalunya semua orang sibuk dengan kehidupan dan kerjaya sehingga jarang pulang ke rumah agam Tengku Adriel. Bila ada masa yang terluang seperti sekarang lelaki itu ambil kesempatan untuk membuat sedikit jamuan. Bukannya selalu!
"Dah. Jangan nangis, even Adel dah jadi isteri orang. I still hate your tears." Aiden tersenyum nipis. Rambut adiknya dia usap sayang.
Adel ketawa kecil. Pinggang abangnya dia peluk kuat. Dah lama tak dapat peluk Aiden, dapat dia rasakan makin berketak abdomen lelaki itu! Ops!
"Daddy to be dah makin gagah." Aiden menunjal dahi adiknya. Tubuh wanita itu dia tolak menjauh. Suka hati sahaja tangan wanita itu mengusap abdomen miliknya! Ni milik Adeena sahaja tahu!?
"Weird." Aiden menggeleng. Dia bangun daripada duduk.
"Dah jom. Kesian isteri Aiden Nathaniel kena tinggal dengan suami sendiri dekat luar." Adel mengekek ketawa. Dia turut melangkah untuk ke halaman rumah.
Di luar sana terdapat semua sanak saudara dia dari jauh! Meriah betul!
Adel menelan liurnya bila bauan daging bakar mencucuk hidung. Dia segera mencari kelibat suaminya.
Aiden menggeleng setelah melihat telatah Adel yang mahu tersadung bila wanita itu berlari ke arah suaminya. Nasib baik tak jatuh!
Aiden melangkah merapati isterinya yang sedang duduk seorang diri di atas buaian. Wanita itu leka melihat bintang dan bulan yang berada di dada langit. Kehadiran dirinya di situ juga wanita itu tidak perasan.