6-♥︎

57 6 0
                                    

" Err.. Kau suka aku? " soal Seulbi. Yeonjun hanya menggaru kepalanya. Tiba-tiba, telefon pintar Yeonjun berdering. Yeonjun mengeluarkan telefon pintarnya. Seulbi mengeluh kesal seraya menongkat dagu.

" Yeobusaeyo? "

"..."

" Balik ni? Oh, okay. "

"..."

" Bawak Seulbi sekali ke? "

"..."

" Haah, Yeonjun dengan dia. "

"..."

" Okay, okay. "

Panggilan dimatikan.

" Siapa? " soal Seulbi.

" Omma suruh kita pergi dewan perkahwinan lepas ni. " Seulbi hanya mengangguk faham.

" Pasal- "

" Pesanan kamu berdua dah siap. " pelayan itu meletakkan set yang mereka pesan tadi. Yeonjun yang perasan akan pelayan itu lantas berterima kasih. Pelayan itu tersenyum dan berlalu pergi.

" Pasal apa? " soal Yeonjun. Seulbi hanya menggeleng seraya mencebik protes kerana percakapannya terus dipotong. Yeonjun mengangguk lalu menyedut air pepsi yang tersedia didalam cup tersebut. Yeonjun melihat Seulbi yang hanya duduk diam itu.

" Kenapa tak makan? Nak aku suapkan ke? " soal Yeonjun lalu tersenyum senget.

" E-eh, tak payah. " ujar Seulbi gugup lalu mengambil kentang goreng dan disuapkan kemulutnya. Yeonjun hanya tergelak kecil melihat kelakuan Seulbi yang comel itu.

" Oh, pasal projek reka bentuk tu, kita bincang nanti jelah. Sebab sekarang tengah sibuk pasal majlis tu nanti. " ujar Yeonjun dan hanya dibalas anggukan oleh Seulbi.

•____♥︎____•

Mereka berdua akhirnya sampai ke dewan perkahwinan tersebut. Disana kelihatan sungguh sibuk.

Seulbi dan Yeonjun masuk kedalam dewan itu. Yeonjun memanggil ibunya yang sedang sibuk menetapkan meja untuk diletakkan dimana nanti. Puan Choi menoleh.

" Oh, dah sampai. Sini! Sini! " panggil Puan Choi. Mereka berdua berjalan mendekati Puan Choi yang berdiri tidak jauh dari mereka.

" Omo, omo.. menantu omma dah datang! Aigoo.. rindunya! " Puan Choi lantas memeluk Seulbi sebaik sahaja Seulbi tiba disebelahnya. Yeonjun hanya hanya memasang muka mengjengkelkan lalu menggeleng perlahan.

" Omma.. "

" Hm? "

" Appa mana? Dia tak ikut omma? " soal Yeonjun seraya matanya sibuk melihat sekeliling, mencari kelibat ayahnya.

" Tak, dia jumpa kawan dia. " Yeonjun hanya mengangguk paham.

" Eh, nanti majlis jemputlah kawan-kawan korang. " terkejut Seulbi dibuatnya.

" J-jemput kawan? " soal Seulbi gugup. Puan Choi hanya mengangguk.

" Taknaklah omma. Jun rasa nak rahsiakan dululah hubungan kitorang ni. " ujar Yeonjun.

" Ish, tak meriahlah nanti. Atleast, jemputlah kawan baik korang. Pleaseee.. " pujuk Puan Choi. Seulbi dan Yeonjun hanya mengangguk sambil tersenyum lembut melihat tingkah wanita yang digelar 'omma' oleh Yeonjun itu.

UNEXPECTED LOVE | CHOI YEONJUNWhere stories live. Discover now