Pagi ini aku memutuskan membawa Namjoon untuk menemani aku melawat Hanjir di hospital. Hanjir masih belum dibolehkan pulang, doktor yang merawatnya kata... badannya agak lemah dan banyak bahagian yang seperti dipukul sebelum dia dirogol.
Pintu wad yang ditempati Hanjir, aku tolak perlahan tidak mahu membuat dirinya terkejut. Sayu aku melihat dirinya, rasa sebak dan bersalah selalu menghantui aku setiap kali menatap wajah suci itu.
Langsung aku tidak sangka, hal terkutuk seperti ini terjadi pada anak sebaik Hanjir. Lagi aku sedih sejak kejadian jahat itu terjadi padanya, dia jarang membuka mulut, selalu termenung dan kadang-kadang akan menangis seorang diri.
"Hanjir ah. Appa datang, buah yang kamu minta semalam appa dah bawa!"
Hanjir menoleh melihat aku, senyum manis walaupun tidak kelihatan mana terbit di wajah pucat miliknya. Tapi setelah perasan akan kehadiran Namjoon di sebelah aku...
Wajah yang sudah pucat bertambah pucat, dia juga menggeleng keras seperti dirasuk sesuatu.
"Ja... jangan dekat!"
tbc
YOU ARE READING
ChaZe • Hero || 𝙠𝙨𝙟 ✓
Short Storysambungan Hero! first collaboration between mochibaebi and pottaetto . " You're my hero . " start , end : : 03/02/21 [ Kim Seokjin Bts Short Story | 2021 ]