Pejam celik pejam celik, sudah tiba hari perkahwinannya. Amira tersenyum melihat kelibatan Joshua yang sudah masuk ke dalam rumahnya.
Begitu kacak memakai Baju Melayu yang sama warna dengannya. Tenang langkah lelaki itu maju ke arah tok kadi. Tak nampak sedikitpun nervous atau perasaan lain.
Joshua melabuhkan duduk duduk betul-betul di depan tok kadi. Nafasnya ditarik panjang dan hembus lembut. Bersedia mahu memikul tanggungjawab sebagai seorang suami selepas akad dilafaz. Joshua berdehem kecil. Tangannya berjabat dengan tangan tok kadi.
‘’ Joshua Abraham Bin Josh Graham, aku nikahkan akan dikau dengan Amira Qaisara Ameliana Binti Datuk Zamran berwakil walikan hakim dengan mas kahwinnya tiga ribu ringgit, tunai.’’
‘’Aku terima nikahnya, Amira Qaisara Ameliana Binti Datuk Zamran berwakil walikan hakim, dengan mas kahwinnya tiga ribu ringgit, tunai.’’ Lancar. Tok kadi memandang kiri dan kanan.
‘’Sah?’’
‘’Sah!’’ jawapan oleh saksi diberi dengan yakin. Tangan diangkat dan doa dibaca. Sambil membaca doa Joshua memejam mata meminta pada Allah agar meredhai perkahwinannya ini. Sudah banyak dosanya yang lalu dan Joshua masih merasa berdosa akan itu. Paling berdosa bila dia pernah menyentuh Amira. Selepas berdoa, Joshua solat sunat terlebih dahulu. Sejurus selesai, barulah dirapati Amira. Tangannya dilentok di atas kepala Amira. Surah tertentu dibacanya.
Amira tersenyum. Disalami tangan sang suami. Terkutik senyuman menggoda di bibir Joshua. Tak sabar nak menjalani hidup bersama Amira. Tangan Amira dipimpin ke meja makan. Amira sudah terasa lain dengan tubuhnya. Lain macam kakinya lemah bila berjalan. Tak ada tenaga.
" Nak makan?"
Amira menggeleng. Seleranya hilang entah kenapa. Kepalanya jugak sudah pening secara tiba-tiba. Joshua memaut pinggang sang isteri yang hampir rebah. Risau raut wajah tampan Joshua bila Amira tiba-tiba sakit.
" Are you okay cutie?"
Amira menggeleng. Peningnya makin terasa. Mahu muntah saja saat ini. Loyar tekak. Gatal mahu hambur makanan yang dia makan. Amira tahan dirinya daripada muntah.
Joshua sudah naik risau, dicempung tubuh Amira ke tingkat atas. Makin teruk kalau dibiar Amira duduk di tingkat bawah.
Pintu dibuka dan dibaringkan tubuh Amira di atas katil. Amira sudah tak tahan, tiba-tiba rasa nak muntah dan Amira sudah mahu menangis apabila muntahnya kena pada Baju Melayu milik Joshua.
" What the hell are you doing cutie?" rengek Joshua tidak puas hati.
Habis Baju Melayu kena muntah Amira. Nak basuh dan pakai balik ada baiknya tak payah. Membazir masa saja.
" Baby... Sorry tak sengaja." Amira sudah menggeletar takut. Takut kena marah. Berkaca mata Amira tengok mata Joshua.
Joshua mengeluh halus. Baju kotornya dimasukkan ke dalam bakul. Dibiarkan tubuh sasanya yang berotot menjadi pandangan Amira. Baju t-shirt di sarung ke tubuh. Muntah yang kena sedikit pada tilam dibasuh sebaiknya. Amira hanya memerhati sejak tadi.
" Rehatlah dulu." Amira mengangguk. Bantal dibawa ke kepala.
Badannya direhatkan. Mahu muntah sekali lagi tapi kali ini tidak kena pada sesiapa. Betul-betul masuk di dalam baldi apabila Joshua bertindak segera membawa baldi rapat padanya. Joshua setia menggosok belakang Amira.
" Okay tak ni?" risau suara Joshua bertanya.
Amira menggeleng lemah. Manik-manik halus kini menuruni ceruk pipi Amira. Sakit tekaknya bila dia muntah dari tadi. Nasib baik biliknya kalis bunyi. Andai tidak, pasti Mama dan Papa akan menyerbu ke biliknya. Pelik bila anak perempuannya muntah.
" Shhh... Don't cry baby." Joshua kini sudah naik memanjat di atas katil. Baldi bekas muntah Amira diletak di tepi katil dulu.
Tubuh Amira dipeluk erat. Dilentok kepala Amira pada dadanya.
" Baby... Cutie sakit ke?" soal Amira sebak. Takut kalau ada sakit teruk.
" I don't know. Kita pergi klinik ya?" Rambut Amira disebak ke belakang. Dahi Amira dicium sayang.
Amira mengangguk setuju. Terpejam rapat mata Amira bila kepalanya dicium bertalu-talu oleh sang suami. Matanya ditutup perlahan-lahan. Rasa mengantuk bila dekat sebegini dengan Joshua.
" Cutie..."
" Hmm?"
Joshua tertawa kecil. Sahutan dari Amira kedengaran comel di halwa telinganya. Badannya dibaring di atas katil bersama dengan sang isteri.
Mata Amira sudah terpejam rapat. Hidungnya dilaga dengan hidung milik sang isteri. Automatik mata yang terpejam tadi sudah tercelik sedikit.
" Baby nak apa?"
" I want you..."
Amira tersenyum. Kepalanya digeleng. Tak nak bagi Joshua sentuh dia hari ini lagipula, dia tak gagah sangat nak bergerak walaupun sedikit. Nak bergerak pun rasa malas aje.
" Cutie tak bermaya sangatlah hari ini. Baby mintak esok je eh?"
Joshua tersenyum senget. Mata Amira terpejam sekali lagi. Bukti yang Amira memang tak ada tenaga untuk hari ini.
" Thanks sebab sudi jadi isteri baby. Baby hargai setiap kenangan manis kita berdua. Cutie..."
Bibir Amira dipagutnya. Bila Amira menolak barulah tautan itu dileraikan. Dahi Amira berkerut seribu. Kacau betullah suaminya ini. Baru saja dia nak tidur. Tak menyempat!
" No. No. No. Jangan cium Mira. Mira nak tidur. Okay?" Bibir Joshua. Dipukul lembut. Geram!
Joshua pandang lama isterinya yang sudah lena diulit mimpi. Dengkuran halus kedengaran menandakan Amira sudah tidur. Joshua bangun dari baring. Kakinya dihayun turun ke tingkat bawah. Nak tengok kalau masih ada tetamu yang datang.
" Mana Mira?" tanya Datuk Zamran.
" Mira tak sihat Pa. Berehat dalam bilik."
Datuk Zamran mengangguk. Setiap barang sudah tidak diguna lagi sudah diangkut oleh orang upahan Joshua. Tetamu juga sudah tidak ramai. Kehilangan Joshua dan Mira di tingkat atas menjadi tanda tanya tapi Datuk Zamran berkata baik yang Mira tidak sihat. Tak nak orang mengata.
" Nak Joshua tolong apa-apa tak?"
Datuk Zamran menggeleng.
" Tak perlu. Orang upahan yang Joshua hantar dah siapkan semuanya. Anyway Joshua... Kenapa pakai baju t-shirt. Cepatnya tukar baju."
" Mira muntah tadi kena Baju Melayu Joshua. Mungkin tersalah makan."
" Ada baiknya Joshua jaga Mira atau lagi Joshua bawak Mira ke klinik. Mana tahu Mira sakit apa-apa teruk."
Mendengarkan itu buat Joshua laju mendaki tangga naik ke tingkat atas. Tubuh Amira dicempung turun dan dimasukkan ke dalam kereta mewahnya. Menderum laju keretanya menuju ke klinik. Biarlah Amira tidur dulu. Sampai klinik nanti dia kejutkan.
YOU ARE READING
JOSHUA ( COMPLETE )✔️
Action🄹🄾🅂🄷🅄🄰 🄰🄽🄳 🄰🄼🄸🅁🄰 " Don't go..." " No... Sampai masa saya akan pergi dari sini." " Please don't go..." Joshua menangis teresak-esak di dada Amira. Airmata lelaki itu sudah membasahi tuala yang dipakainya. Tangan lelaki itu juga makin...