XXXII

52 6 6
                                    

pov hakan.

selepas davina tak dapat jumpa dengan aiden di luar biliknya dia kembali masuk.
aku melihat sahaja perempuan chubby itu sambil menghembuskan nafas lega.

" kenapa kau harap kan aiden datang? bukan kau marah dia? " tanya hakan berhati hati.

" huh? siapa kata aku nak dia datang? " dalih davina.

" davina kau-" kata hakan terpotong.

" kenapa kebelakangan nih, aku perasan kau tak guna bahasa formal dengan aku? ada aku bagi kau panggil aku davina? " davina tiba tiba serius.

"  tapi, aiden panggil kau davina boleh je. kenapa aku tak boleh? kenapa aiden? " tanya hakan tiba tiba.

" bukan masalah boleh ke tak boleh, aku tak bagi keiizinan pada kau untuk panggil aku davina. panggil aku macam orang lain . panggil aku dengan gelaran aku yang terhormat davina." kata davina.

" apa? bukan kita dah rapat ke? bukan kita kawan? " hakan terasa hati.

" rapat ? kawan? sejak bila? bukan kau ikut aku cuma sebagai pengikut ? aku perlu rapat dengan kau ke? aku perlu jadi rakan kau ke? " tanya davina kembali.

" ak-aku... tapi aiden! " hakan berkeras.

" Aiden lain! " bentak davina.

" la-lain? " hakan tersentak.

" ya dia lain dari kau... jadi sebab tuh kau tak boleh panggil aku davina. aiden je boleh. " kata davina.

" kenapa? ouh! sebab kau suka aiden, sebab tuh kau biar dia panggil kau dengan nama davina kan! " bentak hakan.

pak! satu tamparan menyinggah pipi kanan hakan. hakan terkejut.

" kau dah kenapa! kenapa tiba tiba jadi macam nih? kenapa kau nak sangat sebut nama aku? " tanya davina tak faham.

" aku nak gantikan aiden. " kata hakan perlahan .

" apa?! apa maksud kau ?" tanya davina . muka nya jelas keliru apa yang di katakan oleh hakan.

" davina, aiden tak suka kau pon. sebab tuh dia tak pernah bagitahu kau asal usul dia . sebab dia memang rasakan dia tak perlu bagitahu sejak dari awal. masa aku jumpa dia kat negara beta aku dah minta dia supaya terangkan semuanya pada kau.

tapi dia tak nak buat. bila aku kata aku akan tolong dia bagitahu, dia ugut aku. nampak tak sebenarnya dia tak pernah nak kau tahu pasal diri dia yang sebenar . dia tak suka kau tahu pasal dia.

dan kau tengok nanti esok pon dia tak akan datang sebab dia memang tak kesah pasal kau sebenarnanya. dia sekarang di kerajaan dia, jadi dia tak perlukan kau lagi untuk selamatkan identiti dia dari disyaki . jadi kau faham tak? " jelas hakan.

" tak! dia bukan macam tuh! kau penipu! " kata davina lantang.

" terpulang pada kau tak nak percaya. tapi, kalau. esok dia tak datang sampai ke petang dia tak datang. masa tuh kau akan sedar, apa yang aku cakap nih betul. yang aiden sebenarnanya tak kesah sikit pon pada kau. dan aku sebenarnanya yang kesah pada kau. " kata hakan.

tiba tiba dia terbangun.

" pergh... nasib mimpi. serius betul mimpi aku nih... " kata hakan terkejut dari tidurnya.
kemudian dia menggeleng perlahan.

🌼🌻🌼

keesokan harinya. davina bangun awal dari kebiasaannya lepas sarapan di biliknya dengan tenang dia mengambil buku dan dibaca buku tersebut.

hakan membuka sedikit celah pintu bilik davina dan menangkap davina yang melihat cahaya matahari dan bersilih ganti memandang pintu .

" HAKAN! " panggil davina.

hakan segera masuk sebaik di panggil oleh davina.

" ya.. ada apa? " tanya hakan.

" tidak ada berita dari aiden?  " kata davina .

" maaf yang terhormat davina, tapi tiada sebarang maklumat dari raja aiden datang menjumpai anda." kata hakan.

" kau bahasa formal? " tanya davina pelik

" ha? ouh... ye ke tak perasan. tak apa kan aku cakap tak formal dan panggil kau davina? " kata hakan.

" hmm? dah kenapa kau nih? selama nih ada aku marah kau panggil aku davina ke? lagipun aku rasa gelaran tuh tak penting lah.. aku pon nak dibanding dengan kau , kau tuh putra raja aku nih manusia biasa je. aku patutnya bahasa formal dengan kau "  balas davina

" jadi, aku boleh panggil kau davina? bukan aiden je? " tanya hakan lagi.

" iyalah. aku lagi selasa panggil nama aku . kau kan orang rapat dengan aku. pernah selamatkan aku pulak. " kata davina tak kesah.

" fuhh.. nasib baik... " kata hakan.

" dah kenapa? ada apa apa terjadi yang aku tak tahu ke? " tanya davina.

" err... tak de apa . hahahah... " balas hakan lega. 

' lega, asal aku rasa mimpi aku real doh ! nasib tak ' bisik hati hakan.

" davina , aku ada satu pertanyaan nak tanya kau " kata hakan

"pertanyaan?" davina pelik.

" ya, pertanyaan saya mengenai rasa cinta yang terhormat davina dengan raja aiden. apakah ada diantara anda berdua? " kata hakan dengan suara mengusik.

" kenapa kau nak tahu sangat? " tanya davina dengan malu.

" tak adalah, mana tahu aku boleh tolong , sebelum tuh . kau kena lah jelaskan dulu. " kata hakan.

" hmmm... cinta? aku rasa macam tak. tapi mungkin suka? " kata davina yang berlapang dada berkongsi dengan hakan.

" suka? suka yang macam mana tuh? " tanya hakan balik.

" emm... aku suka dia ada kat sisi aku, aku suka dia ambil berat pasal aku, suka dia lindungi dan pertahankan aku . hmmm.. macam tuh lah lebih kurang. dan kalau dia tak ada aku rasa kosong. mungkin sebab aku selalu dengan dia kot . lama lama hilang kot rasa tuh " kata davina sambil matanya memandang buku di hadapannya.

" itu bukan tahap suka, tuh tahap jatuh cinta. kalau kau suka tak akan lah kau sampai rasa macam tuh. " kata hakan.

" aku dengan aiden ? cinta? .ishh! tak masuk akal lah!.merepek je kau nih. "

" yup! tak syak lagi, kau suka dan jatuh cinta dengan dia serius! percaya lah aku expert dalam bab bab nih. davina , kau sebenarnanya cintakan aiden. you love aiden . no kidding !" kata hakan yang....
err teruja? dengan cinta yang baru mekar?

suasana sunyi seketika sehingga bunyi ketukan pintu memecah kesunyian.

tok tok...

bunyi ketukan pintu membuatkan jawapan davina tergendala.

" masuk " arah davina.

kemudian seorang maid masuk.

" yang terhormat davina, puteri arran menyuruh saya untuk memberi tahu yang terhormat supaya mengikuti makan malam bersama keluarga diraja seketika nanti " kata maid itu.

" makan malam? bersama? raja aiden akan turut serta? " tanya davina.

hakan pandang davina sebaik sahaja wanita  itu mengeluarkan soalan tersebut.

" err..  maaf yang terhormat saya kurang tahu mengenai hal itu. saya cuma sampaikan apa yang putri arran hendak katakan kepada yang terhormat. " kata maid tersebut.

" ouh... okey baik terima kasih... " kata davina.

' aiden... tak sangka kau jenis menurut jugak. hahaha . nasiblah davina ' bisik hati hakan kemudian dia tergelak kecil. aduhai aiden.

* actually bab nih aku nak buat hakan betray aiden tapi.... saya tak sanggup.😖😖. i must keep hakan a sincer and pure person. i dont want him to become talam dua muka . hahaha emo jap .okey . jom ke bab seterusnya. 😉

THE LAST LEADER OF WEREWOLF✔️Where stories live. Discover now