SEPERTI yang dirancangkan oleh mereka sekeluarga iaitu meluangkan waktu hujung minggu dengan aktiviti bersama. Hanya disebabkan,satu panggilan telefon daripada setiausaha Adam iaitu Tania. Memaklumkan ada perkara mustahak yang terjadi, memaksa Adam untuk menghadirkan diri ke suatu mesyuarat tergempar melibatkan semua kakitangan TUAH GROUP.Mahu tak mahu, Adam terpaksa mendahulukan hal kerjanya walaupun hatinya dipagut rasa bersalah kerana telah memungkiri janji kepada isteri dan anak tercintanya. Bukan selalu keluarga kecil mereka dapat keluar bersama, meluangkan masa dengan aktiviti-aktiviti beriadah seperti keluarga normal lain.
Bagi tidak menghampakan permintaan si anak kecil bernama Ian itu, Adam berjanji untuk menghantarkan seseorang untuk menjadi penggantinya pada hari ini. Secara tidak langsung 'seseorang' itu menjadi peneman Hawa dan Ian yang merancang untuk pergi ke Sunway Lagoon.
"Umi... Umi! Abi dah datang!" jeritan riang anak kecil bernama Ian itu memenuhi segenap ruang rumah itu.
Saat suara kecil Ian yang datang dari tingkat bawah itu menerkam gegendang telinga Hawa, sejenak dia bungkam. Dahi turut berkerut menimbulkan beberapa lapisan. Cuba dicerna sehabis baik bait-bait kata Ian beberapa saat yang lalu.
Abi? Abi mana pula ni? Ian ada ayah lain ke selain Adam?
Hawa melapiskan kembali lip balm di bibir mungilnya. Dia sememangnya tidak suka mengenakan solekan yang tebal di wajahnya, biarlah tipis sahaja asalkan muka tak nampak macam mayat hidup. Kemudian, diperbaiki sedikit selendang putih yang melekap di atas kepalanya agar tampak lebih kemas.
Cermin meja solek dilihat bagai nak tembus. Mencari apa-apa kekurangan yang ada. Pakaian yang dikenakan pada hari ini seperti biasa sopan. Blouse berwarna biru muda dan seluar palazzo.
Sejak dia menghawini Adam tiga tahun yang lalu, sejak itu juga Hawa perlahan-lahan memperbaiki dirinya dari segi pemakaian. Tak dapat disangkal lagi semasa zaman 'jahiliahnya' dahulu... Dia langsung tidak mengambil berat soal aurat.
Meskipun, Adam tidak pernah memaksanya dahulu untuk memakai tudung, Hawa tahu bahawa Adam mahu dia belajar menutup aurat dari hati sendiri. Ikhlas. Bukan daripada paksaan orang lain. Sejak bergelar isteri kepada seorang Tuan Muhammad Adam Ferhad, banyak yang Hawa pelajari.
Mereka sama-sama berubah untuk ke jalan Allah. Pendosa yang ingin ke syurga.
"Umi! Cepatlah..." Suara Ian mengembalikan Hawa ke alam nyata. Sedikit tersentak dia apabila menyedari suara Ian kian mendekat.
Dengan tergesa-gesa Hawa mencapai tas tangannya, lalu disangkutkan di bahu kanan. Sepintas lalu, dia membawa beg Hello Kitty milik Ian yang mengandungi pakaian anaknya untuk disalin kelak.
Makin kakinya menghampiri muka pintu, debaran kian terasa di dada. Membuak-buak perasaannya ingin tahu siapakah orang yang dihantar oleh Adam untuk menemaninya dan Ian hari ini ke Sunway Lagoon.
Sejujurnya Hawa kurang bersetuju dengan tindakan Adam untuk menghantar seseorang yang kononnya dirahsiakan oleh Adam untuk menjadi pengganti kerana ada perkara mustahak perlu dilakukan di TUAH GROUP melibatkan masa depan syarikat itu sendiri. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.
Saat permukaan tangannya menyentuh tombol pintu, badannya terus mengeras sendiri. Kemudian, ditarik kembali tangannya segera seolah-olah terkena renjatan elektrik lagaknya.
"Umi...Abi dah tunggu kita dekat bawah," beritahu Ian sedikit mendesak dari nada suara. Sebatang tubuh Ian betul-betul berdiri tegak di hadapan muka pintu bilik tidur Adam dan Hawa. Membuat keputusan untuk menunggu uminya.
"Iya Iya... Umi dah siap pun sayang." Sejurus itu daun pintu dikuak dari dalam dan Hawa terus menggendong anaknya. Pipi tembam Ian dikucup bertalu-talu. Geram la umi dengan Ian ni!
YOU ARE READING
KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]
Romance𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 1 "𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂..." "Saya lapar... Ada makanan tak?" Itu merupakan titik perkenalan di antara Hawa dan Muhammad. Masing-masing bagaikan ada daya tarikan yang membuatkan mereka s...