REMUK! Itu yang sedang hatinya rasai ketika ini. Selama hidupnya, tak pernah sekalipun dia terfikir akan terjebak dalam hal yang satu ini. Malah, dalam setiap doanya tak pernah putus dia berharap agar dijauhkan daripada perkara begini. Tapi, mungkin Allah punya perancangan yang lebih baik untuknya. Sebab itu dia diuji dengan ujian ini.
"Sya, say something please?" Rayu lelaki di sebelahnya.
Namun Syasya masih dengan muka mononya. Apa yang lelaki ini harapkan lagi daripada dia? Ucapan memaafkan? Perkataan itu terlalu mahal untuk kesalahan yang lelaki ini lakukan. Hendak mereka sambung kembali hubungan yang telah berakhir? Tidak sama sekali.
"I sayangkan you, Sya. Sekarang dah tak ada apa-apa yang akan menghalang kita lagi. I dah tinggalkan Hani. I choose you!" Rayu Kamal lagi.
Kali ini, Syasya sudah ketawa besar. I choose you? Kenapa dia perlu menjadi salah satu daripada pilihan lelaki ini? Dan Kamal fikir apa sebenarnya ya? Adakah Kamal ingat semua ini akan memadamkan segala perkara buruk yang telah berlaku?
"I tak pernah minta you pilih I." Mendatar tidak berperasaan Syasya bersuara.
"I juga tak nak bina bahagia atas kesengsaraan orang lain." Tinggalkan isteri sendiri demi untuk bersama dia? Bukan itu yang dia mahukan. Mana mungkin dia tegar bersama lelaki ini bila dia tahu, ada hati yang sedang terluka.
"I'm sorry your marriage to Hani ended up like this. I rasa berdosa pada isteri you tu. Sudahlah Kamal, lupakan sajalah semua ni. Hubungan kita dah lama berakhir. I dah buang you dari hati I saat I dapat tahu you tipu I. Please... jangan cari I lagi." Syasya bangun, mencapai beg tangannya.
"Syasya, please darling. I love you so much." Tidak berputus asa Kamal merayu.
Syasya menggeleng sambil tersenyum nipis. Cinta Kamal terlalu murah untuk gadis sepertinya. Dipandang lelaki yang sedang merenungnya dengan pandangan penuh berharap. Satu masa dulu, mata kuyu itu pernah berjaya buat jantungnya berdetak lain dari tempo yang normal. Kamal pernah buat dia rasa diri sedang berada di awang-awangan ketika mereka bersama. Tak ada kurangnya layanan Kamal. Bahkan, dia rasa bagai dilayan bagaikan puteri.
Namun... semua itu hilang tatkala dia mendapat tahu, lelaki yang dipuja selama ini adalah milik orang. Dia, adalah orang ketiga dalam hidup Kamal dan isterinya!
Cukuplah! Sekali terkena, sudah cukup membuatkan dia serik. Sekalipun kini Kamal sudah bebas untuk dimiliki, namun untuk dia kembali menerima lelaki ini, memang tak mungkin. Dia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik daripada ini.
"Sorry, Kamal. I deserve better. Goodbye."
******
Promo. Second print for Love will be available soon. Kindly WhatsApp 0175383722 for more infon.
YOU ARE READING
Love
RomanceHidup seorang Syasya serba-serbi lengkap. Ada keluarga yang penyayang ✅ BFF yang awesome ✅ Kerjaya yang bagus... ✅ Pendek kata tak ada yang kurang. Cuma apabila melibatkan cinta, kisahnya tak berapa indah. Dia mahu mencari the ONE, namun tak tahu di...