Bab 8

428 58 70
                                    

BAJU blouse berwarna biru gelap dipadankan dengan long pleated skirt heavy crepe yang menampakkan lagi aura femininnya. Tubuhnya dipusingkan di hadapan cermin solek. "Okey, cantik." Tas tangan di dalam almari beg dicapai sebelum melangkah keluar dari bilik.

"Nak ayah hantar ke?" soal Mariam melihat anaknya yang sudah bersiap cantik. Ismail yang sedang membaca surat khabar terhenti dan menoleh ke arah anak bongsunya.

"Tak apa, adik boleh pergi naik grab aje ibu, ayah." Medina menolak cadangan ibunya. Jujur dia bukan tidak tahu memandu tetapi kedua ibu bapanya masih trauma kerana dia pernah kemalangan sehingga kereta terbalik ketika memandu setahun yang lalu. Disebabkan itu, sehingga kini mereka tidak membenarkannya memandu jika tanpa salah seorang dari mereka di sisi.

"Betul ni?" soal Ismail pula.

"Betul... atau nak adik drive kereta sendiri?" Medina tersenyum meleret. Sengaja mencuba nasib. Mana tahu bernasib baik.

"Tak payah!" Tutur Ismail dan Mariam serentak.

'Nampak tak orang yang memandu tak trauma mana pun. Tetapi, ibu bapanya yang terlebih trauma. Jadi pilihan mudah dia tidak lagi memandu. Ye, tak?' Jika dia memandu sekalipun ayahnya mesti berada di sebelah. Tak boleh bersendirian. Adeh!

"Adik gerak dulu, grab dah sampai tu," ujar Medina sebaik sahaja melihat kereta saga berwarna putih tiba di hadapan rumahnya.

"Cuba berkawan tau." Sempat Mariam berpesan sekali lagi.

"Insya-Allah," ucap Medina syria mencium tangan milik Mariam dan Ismail sebelum melangkah keluar.

Nafas hela Mariam lepaskan. Anak matanya tidak lepas menghantar anaknya sehingga masuk ke dalam kereta saga berwarna putih. Risau hati ibunya melihat tingkah anaknya itu.

Sebaik sahaja kereta saga berwarna putih itu betul-betul memberhentikan kenderaannya di hadapan kafe yang dijanjikan, Medina mendongakkan kepalanya sambil memandang signboard kafe itu lama. Kakinya masih berat untuk melangkah masuk menemui lelaki yang dikenenkan itu. Nafas ditarik sebelum dihembuskan semula.

"Bismillahirrahmanirrahim...Medina you can do it!" perlahan kakinya melangkah masuk ke dalam kafe itu.

"Assalamualaikum, lama tunggu." sapa Medina sopan sebaik sahaja lelaki yang duduk di penjuru kafe itu dikenal pasti.

"Waalaikumussalam, tak adalah. Saya pun baru sampai. Silakan duduk," ucap lelaki itu dengan menyuakan tangan mengarah duduk dengan sopan.

"Saya kenalkan diri lagi walaupun pasti ibu awak dah beritahu. Saya Amzar, berumur 30 tahun."

"Saya Medina," balas Medina ringkas dengan wajah manis dipamerkan.

"Terima kasih Medina kerana sudi keluar temu janji dengan saya kali ini."

"Sama-sama," balas Medina sopan.

Liur beberapa kali diteguk. 'Aduh! Aku nak sembang apa dengan mamat ni? Aku bukan jenis reti sembang sangat. Lagi-lagi dengan penuh tata tertib macam ni.'

"Oder?" buku menu dihulurkan.

"Terima kasih." Buku menu diselak perlahan dengan memerhati setiap isi menu.

"Chocolate Nutella cake dengan Ice latte satu." Laju Medina memesan makanan yang sudah siap dipilih kepada pelayan kafe itu.

"Saya pula nak hot capucino dan banana waffles with brown sugar caramel syrup."

"Ada nak tambah lain?" soal pelayan itu.

"Awak?" Medina memandang ke arah Amzar.

Amzar sekadar menggeleng dan tersenyum ringkas.

🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔Where stories live. Discover now