Chapter 34

833 38 10
                                    




Bam!!

Kuakan kasar pada pintu pejabat Adam Alexander menyentakkannya. Terpampang beberapa orang anak buahnya. Berdiri menghadap sang ketua dengan riak muka yang tidak dapat ditafsirkan.

Adam mengerutkan dahi melihat wajah-wajah itu. Mereka adalah anak buahnya yang ditugaskan untuk selalu memerhatikan pergerakan musuh.

"Ada apa datang sini" soalnya sambil tangannya sibuk menaip pada komputer ribanya.

"Dia sudah kembali bos" kata salah seorang anak buahnya. Automatik jari Adam yang sedang menaip itu terhenti.

"Bila?"

"Semalam""

Bam!!

Terhinjut bahu anak buah Adam. Mata helang Adam memandang tajam pada anak buahnya.

"Kenapa baru sekarang datang jumpa aku. Bukan dari semalam lagi"

"Kami baru tahu tadi bos" jawab salah seorang anak buahnya.

Adam kembali duduk di kerusi pejabatnya. Dia beristifar dalam hati. Menenangkan jiwa.

"Aku mahu korang perhatikan Xandra. Dengan cara apa sekali pun. Aku tak mahu dia kemana-mana sendirian. Kalau boleh jaga dia 24 jam. Aku Amanah kamu berlima jadi bodyguard rasmi Xandra"

"Menurut perintah bos"

"Dah keluar" anak buahnya menunduk hormat sebelum berlalu keluar dari pejabat Adam.

Adam meraup wajahnya dengan kasar.

"YaAllah, apa lagi ujian yang bakal kami hadapi YaAllah" doanya dalam hati.

Adam mencapai telefonnya di meja kerja seraya mendail nombor seseorang

"Assalamualaikum?" Ucap seseorang gadis di hujung talian. Mendengar sahaja suara lembut itu, Adam tersenyum nipis. Dapat juga dia menghilangkan tekanan dengan mendengar suara gadis itu.

"Waalaikumsalam, Aisha dekat mana?"

"Saya dekat rumah. Baru balik"

"Dah makan?"

"Belum , lapar" ujar Aisha dengam manja. Adam tersenyum mendengarnya.

"Ok. Aisha siap-siap kita lunch dekat luar. Nanti saya suruh orang jemput Aisha"

"Baik bos" Aisha terus sahaja mematikan panggilan. Adam Alexander tergeleng. Ada-ada saja telatah adik kesayangannya itu.

****

Ting tong..

Aisha Umairah berlari anak ingin melihat gerangan yang akan menjemputnya. Terbuka saja pintu. Aisha terkaku tidak bergerak. Lima orang lelaki berbaju suit hitam, berbadan tegap berdiri di hadapan pintu. Muka mereka dingin saja.

"Cik Aisha mari ikut kami" kata seseorang lelaki itu. Hensem tapi dingin.

"Er.." Aisha berasa ragu-ragu.

"Jangan risau cik. Kami bukan orang jahat. Kami diamanahkan oleh Tuan Adam untuk jemput cik" Aisha memandang bergilir lima jejaka itu. Boleh percaya ke?

"Kalau cik tak percaya cik boleh call Tuan Adam" kata seorang lagi anak buah Adam. Aisha menoleh kearah gerangan itu. Wow. Mat salleh ke ni? Tapi pandai cakap melayu.

"tak pe la. Saya percaya. Jom la, kita dah lambat" kelima-lima jejaka itu mengangguk seraya tersenyum. Pandai pula senyum. Tadi bukan main dingin. Apolah.

"Silakan cik" niat Aisha yang ingin membuka pintu kereta terbantut selepas salah seorang anak buah Adam membantu Aisha membuka pintu. Aisha tersenyum kelat. Dia tak hingin pun dibukakan pintu. Dia bukan tak ada tangan.

Mr Mafia Stalker (Slow Update)Where stories live. Discover now