━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
"Mingyu sunbae !" panggil seseorang manja dari belakang.
Aku berpaling malas.
Kelihatan seorang gadis comel berlari-lari anak mengejar kami dari pintu pagar sekolah. Wajahnya memerah hambar seraya hidungnya kembang kempis menghirup oksigen setelah penat berlari.
Keningku diangkat. Jeonhwa ? Dah kenapa dia kejar aku ?
"Min-mingyu sunbae. Saya- saya nak bagi ni !!" jeritnya mengejut sambil menunduk 90 darjah. Aku mengundur terkejut memandang bungkusan merah hati yang dihulurkannya.
Seungkwan dan Hoshi di sebelah aku kerling. Mereka masing - masing sedang menyorokkan senyuman nakal yang tersulam. Ah, sudah ! Mula lagi benda ini.
Mingyu. Kim Mingyu nama aku. Umur ? Pelajar senior sekolah menengah. Dua orang malaun tak guna sebelah aku ni kawan rapat aku. Rapat sampai makanan favourite anjing aku pun mereka tahu.
Jeonhwa ni pulak adik Jeonghan sunbae. Pasal dia tu nantilah aku cerita. Panjang pulak penerangan nanti. Dia bukan watak utama pun.
Ah, ya ! Bungkusan merah hati. Tak cakap pun aku dah tahu isinya adalah coklat. Ustaz Joshua selalu berpesan jangan riak tapi benda ini bukan kira riak. Sudah dikira fakta. Hampir setiap hari, selepas waktu sekolah aku akan dapat hadiah coklat dari pelajar perempuan sekolah ini. Tak kiralah dari secret admirer ataupun mereka bagi secara berhadapan. Senang cerita aku ni famous seperti Han Seojun dalam cerita True Beauty. Fuh, boleh tahan berlagak jugak aku ni.
Tapi semua hadiah yang aku dapat aku tolak. Sebab apa ? Sebab janji. Janji aku pada seseorang.
"Ah, mian. Sunbae anggap awak macam adik sunbae je. Tak lebih dari tu" ucapku serba- salah.
Jeonhwa yang masih memandang jalan tar tersentak. Jarinya menggenggam hujung skirt menahan rasa malu. Aku menunduk sedikit cuba untuk mendapatkan perhatian gadis tersebut. Perlahan - lahan barulah dia mendongak. Huluran tadi ditarik kembali lalu dipeluk ke dada.
Aku menggigit bibir. Aduh, dia menangis. Kalut aku memandang Hoshi dan Seungkwan meminta bantuan. Tetapi kedua- dua mereka mengangkat tangan tanda menyerah diri. Tak guna punya member.
Rambut hitam pekat milik gadis tersebut diusap kekok. Aku cuba mengukirkan senyuman yang paling manis untuk memujuk.
"Sunbae minta maaf. Jangan menangis ya ?" pujukku.
Bibir miliknya menggeletar seraya air mata melorot jatuh menuruni pipi. "Tak- apa" ucapnya pendek lalu berlari pecut meninggalkan kami bertiga. Kedengaran raungan kuat dari gadis itu mendayu-dayu di cuping telinga hinggalah dia pergi menjauh.
Seungkwan dan Hoshi terburai ketawa berdekah melihatkan aku yang masih lagi terpinga - pinga. Salah ke aku cakap tadi ?
"Jangan menangis ya ?" ejek Seungkwan sambil mengusap rambut Hoshi serupa seperti apa yang aku lakukan pada Jeonhwa sebentar tadi.
Hoshi menjuihkan bibir. "Humph ! Tanak kawan sunbae" dia menggoncang bahu gedik.
Mereka berdua ketawa berdekah lagi serentak aku berpeluk tubuh geram.
"Tch, dahlah korang. Malas aku nak melayan" terus aku mengorak langkah pergi meninggalkan mereka.
Kedengaran tapak kaki dua orang lelaki itu mengejar aku dari belakang.
"Weyh, kitorang gurau je. Alah kau ni merajuk mengalahkan perempuan" tegur Seungkwan.
Jelingan tajamku membuatkan dia terdiam. Hoshi menumbuk gurau bahu kananku. "Kitorang melawak jelah" ujarnya.
Aku melepaskan sebuah keluhan.
"Hish, macam mana aku nak menghadap muka Jeonghan sunbae nanti !" wajahku diraup kesal.
Jeonghan sunbae. Sunbae yang sangat aku sanjungi. Kata - katanya sentiasa tersusun dan dia seorang yang sangat teliti. Setiap kali aku ada masalah, dialah tepat aku meluahkan perasaan. Bagi yang lain dia hanyalah sunbae, tapi bagi aku dia bagaikan abang kandung.
Semua tentang aku, semuanya dia tahu.
"Alah, kau ingat Jeonghan sunbae tak tahu ke yang adik dia sukakan kau ?" sampuk Seungkwan di sebelah. Aku berhenti berjalan memandang Hoshi yang mengangguk mengiyakan.
"Dia tahu ke ?"
Hoshi mengangkat kening. "Kau ingat selama ni dia berbaik dengan kau sebab dia suka kau ke ? Dia berbaik sebab Jeonhwa tu tergila - gilakan kaulah" Seungkwan mencuit lelaki itu memberi signal yang dia sudah terlepas cakap. Hoshi menampar mulut lembut.
Tapi dah terlambat. Aku meraup wajah buat kali kedua. Lagi serba - salah aku jadinya. Seungkwan dan Hoshi menepuk bahuku lembut memberi ketenangan. Tapi lagi serabut adalah.
"Relakslah. Aku rasa dia faham tu. Lagipun bukan adik dia sorang je kau reject. Ramai lagi perempuan yang kau reject" ujar Seungkwan.
"Haah. Kau kan tunggu jodoh janji kau tu" sambung Hoshi. Dengar saja perkataan jodoh janji itu aku tersentak. Ah, ya ! Dia pulang hari ini. Gadis itu akan tinggal sebumbung denganku kerana emak dan ayahnya ke luar negara. Aku harus pulang.
Bahu Hoshi dan Seungkwan ditepuk lembut. "Weyh aku kena balik dulu. Ada tetamu dekat rumah"
Laju kaki ini mahu berlari. Baru saja aku membuka langkah, tangan kiri dan kananku dipaut erat oleh mereka berdua. Aku berpaling melihat mereka menyeringai nakal.
"Kau nak pergi mana ? Cakap nak belanja kitorang pergi PC Bang. Yang lain pun dah tunggu dah dekat sana. Kau jangan nak mengelat eh" Hoshi mengangkat - angkat kening. Sebuah keluhan kecil dilepaskan.
Aku membawa keluar beg dompet lalu menghulurkan beberapa keping not hijau kepada mereka. "Korang pergilah. Eomma aku suruh balik awal hari ni. Anak kawan dia datang" tipuku.
Seungkwan pantas mengambil kepingan wang itu masuk ke dalam poket seluarnya. Tetapi seperti diduga dia masih belum melepaskan tanganku. Begitu juga dengan Hoshi.
"Kau ni dah kenapa ? Anak kawan mak kau je pun. Alah, lain kali boleh jumpa. Jomlah pergi PC Bang dengan kitorang. Bosanlah kalau kau takda"
"Entah. Kau sengaja balik awal sebab takut kalah eh ?" Hoshi mengangkat - angkat kening.
"Sorry weyh. Aku serius memang kena balik jumpa dia. Nanti dia kata apa pulak aku tak sambut dia datang duduk rumah aku" Tangan mereka cuba ditepis lembut.
"Ah, takda. Kau kena ikut kitorang. Dia tu malam nanti pun boleh jumpa. Kecohlah kau ni" bebel Seungkwan sambil menarik tangan kananku. Hoshi mengangguk lalu mengangkat beg sekolah seperti lanun sedang menawan mangsa. Aku menepuk dahi. Masalah betullah budak - budak ni.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
sksksk baperk ah hensem dia nih.. bias sapa taktau
YOU ARE READING
𝘀𝘂𝗻𝗯𝗮𝗲 𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 | 𝗄𝗂𝗆 𝗆𝗂𝗇𝗀𝗒𝗎 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfiction" Macam mana kalau tiba - tiba kau jatuh cinta dengan sunbae angkat kau tu ? " Choi Hayoon yang mula hidup berpindah randah atas dasar pekerjaan kedua orang tuanya sebagai pengembara. Gadis itu akhirnya berkeputusan untuk menamatkan zaman persekolah...