1.31 // cheek

1.5K 251 40
                                    

Pagi itu, Taeri bangun awal selepas Jieun selesai mandi. Jieun mahu keluar untuk joging di sekitar kawasan sebelum sarapan. Oleh kerana Jia belum bangun jadi Taeri mahu mengikutinya.

Mereka berdua berjoging sambil berbual kosong dan kemudian berhenti di sebuah kafe. Taeri dan Jieun membeli beberapa bungkus roti dan minuman untuk yang lain.

Semasa jalan pulang Taeri menyoal Jieun, “ macam mana awak kenal Jay? ”

“ Macam mana ya? Awak boleh simpan rahsia? ” balas Jieun dan Taeri mengangguk sambil mengukir senyuman nipis.

Jika Jieun mampu menutup mulutnya tentang hubungan Jake dan Taeri. Mengapa tidak Taeri? Dia bukan jenis yang mencari publisiti murahan untuk merendahkan orang lain.

Jieun menarik nafas, dia tidak patut bocorkan rahsia dia dan Jay tetapi dia mempercayai Taeri. Gadis itu nampak baik di matanya.

“ Sebenarnya, saya ada terpecah kan satu tingkap dekat bangunan seni. Saya fikir tak ada orang tapi rupanya ada Jay. Dia ugut saya dan bagi saya pilihan sama ada dia beritahu cikgu atau dia simpan rahsia tu. Tapi— ”

“ Tapi? ”

“ Saya kena ikut cakap dia. Termasuklah ikut dia bercuti sekarang ni. Saya tak ada pilihan. ” tambah Jieun lagi. Bibirnya melepaskan sebuah keluhan.

Kemudian mereka meneruskan perjalanan pulang ke vila tanpa sebarang perbualan. Taeri juga tidak mahu menyoal lagi. Mungkin Jieun sedikit tertekan dengan soalannya.

Tiba sahaja di vila dua gadis itu di sapa oleh Heeseung dan Sunghoon yang sedang duduk di sofa.

“ Yo, pergi mana huh? ” soal Sunghoon.

“ Joging sekali belikan roti dan air untuk yang lain. ” mendengar balasan dari Jieun wajah dua lelaki itu terus berubah lebih segar.

Heeseung segera mengambil plastik dari tangan Taeri dan Jieun sebelum melangkah ke dapur. Sunghoon bangun dan menuju ke dapur tetapi dia berpusing semula memandang dua gadis itu.

Senyuman mengejek muncul di bibirnya, “ dua romeo dekat atas tu belum bangun lagi, uhuk! ”

Sempat dia mengenyit mata sebelum menuju ke dapur. Jieun berpeluk tubuh sambil menggeleng perlahan manakala Taeri hanya senyum kekok. Sunghoon sering mengejeknya tentang Jake.

“ Saya kejutkan Jay, pergilah jumpa suami awak tu. ” ujar Jieun bersama nada mengejek dan berlari sebelum Taeri mengejarnya semula.

¦

“ Jake? Awak dah bangun? ” panggil Taeri dari luar bilik. Dia tidak mahu menerjah bilik itu sesuka hati dan jika Jay nampak habislah rahsia mereka.

Mendengar tiada balasan membuat Taeri memulas tombol pintu itu. Perlahan kakinya memijak lantai kayu itu takut menghasilkan bunyi. Dia melihat comforter yang tidak berkemas dan tiada Jake di katilnya. 

“ Jake? ” panggilnya lagi.

“ Kau buat apa dalam ni? Nak sangat Jay nampak? ”

Mendengar suara itu Taeri segera menoleh tetapi pemandangan di hadapannya membuatkan dia menjerit kecil dan menapak selangkah ke belakang.

Tindakan Taeri itu membuatkan dirinya hampir hilang imbangan.

Jake segera merangkul pinggang Taeri dan menekup mulutnya. Nafas Taeri tidak teratur kerana Jake berada sangat dekat dengannya. Dapat Taeri rasakan aura dingin kerana Jake baru selesai mandi.

Dan alasan Taeri menjerit ialah...

“ Jangan jeritlah! Kau buat apa dalam ni? ” soal Jake selepas mengalihkan tangan kanannya dari mulut Taeri. Tangan kirinya masih lagi merangkul pinggang Taeri.

“ Saya nak kejutkan awak dan kenapa awak tak pakai baju? ” balas Taeri dengan nada kurang selesa.

Biarpun hubungan perkahwinan mereka hampir cecah 3 bulan, tidak pernah lagi Taeri melihat Jake seperti itu. Baru selesai mandi kelihatan segar dan menggoda.

Sangat tidak sihat untuk jantungnya.

Excuse you, kau tak nampak ke tuala ni? ” soal Jake lagi dan Taeri hanya menggigit bibirnya. Dia tidak tahu mahu menjawab apa untuk soalan Jake itu.

Taeri mengelak dari memandang ke dalam mata Jake. Dia yakin wajahnya sudah merah.

Bibir Jake mengukir senyuman sinis. Dia suka melihat reaksi Taeri itu, kelmarin gadis itu hanya melekat dengan Jieun. Jika Jake lupa tentang rahsia mereka pasti dia sudah mengusik Taeri habis - habisan.

Anyway, body aku boleh tahan kan? Atau kau nak tengok lebih? ” soal Jake selamba sambil menaikkan keningnya.

“ Huh—awak tanya a-apa? ”

Jari Jake memegang dagu Taeri lembut supaya matanya bertemu dengan mata bundar itu lalu turun ke bibir merah semula jadi itu. Jake mahu merasainya dan memagut lembut bibir itu.

Menyedari hal itu Taeri segera bersuara.

“ Sa-saya keluar dulu. Heeseung sunbae— ” tidak sempat ayatnya habis bibir Jake hinggap di pipinya. Matanya membulat kerana tindakan Jake itu.

I'm serious when i say i will kiss your lips if you talk about Heeseung—

—but it's not the time yet and you're lucky, dear.










+ ada yang tunggu the real kiss scene?

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now