BAB 1

1.4K 63 4
                                    

JESSE duduk diam di katil wad dengan badannya menghadap ke tingkap wad yang besar. Dia sedang memandang ke luar tapi fikirannya menerawang jauh.

Sudah satu bulan lamanya Jesse ada di hospital ini kerana keadaannya yang tidak mengizinkan dulu.

Setelah Cris pulang dari menjalankan misinya, dia segera mencari Jessica kerana mendengar gosip yang Jessica akan membunuh diri kerana Vernon.

Saat dia datang, dia terkejut melihat keadaan Jessica yang terbaring lemah di katilnya dalam keadaan pucat. Dengan panik, Cris membawa Jessica ke hospital untuk diberikan rawatan lanjut.

Apa yang Cris tidak tahu, sebelum dia datang ke apartmen Jessica, roh Jessica dan roh Jesse sudah bertukar. Ini bermakna, Jessica yang sebenar sudah meninggal dan Cris terlambat datang untuk menyelamatkan dia.

Jesse ditahan di hospital kerana keadaan dirinya yang sangat teruk.

Sudah hampir dua bulan kejadian itu berlaku dan sekarang Jesse sudah sembuh dan boleh berjalan dan bergerak seperti biasa. Tapi keadaan fizikal Jesse berubah seratus-peratus kerana ulahnya tidak mahu memakan apa-apa.

Badan Jessica yang sebelum ini agak besar dan berisi kini menjadi lebih kurus dan seksi. Cuma otot-otot badannya saja yang hilang kerana sudah dua bulan tidak berlatih.

Ketika Jessica mendera dirinya untuk tidak makan atau tidak minum, keadaan fizikalnya menjadi menurun dan kekuatan badannya tidak lagi sama seperti ini.

Jika dia mahu kekalkan kedudukan dia sebagai Top #5, dia harus berusaha keras selepas ini untuk berlatih. Tapi Jesse tidak peduli pun dengan hal kedudukan-kedudukan seperti ini.

Jesse tidak kisah jika dia dikeluarkan dari kedudukan Top #5 kerana Jesse sebenarnya tidak tahu cara bertarung. Tentu, dia memiliki memori pertarungan yang dimiliki oleh Jessica tapi tidak bermakna Jesse akan terbiasa untuk melakukan semua gerakan itu, terlebih lagi di badan yang baru.

Jadi, Jesse berfikir untuk kali ini saja dia tidak akan mengikuti mana-mana misi lagi.

Sebut tentang misi, Jessica ada di kumpulan yang sama dengan kumpulan Vernon iaitu di kumpulan Beta. Jessica selalu ada di samping Vernon semasa misi untuk melindungi lelaki itu dari diserang dengan Dark Monsters.

Memikirkan hal itu, Jesse mencemuh geram dalam hati. Jessica sudah korbankan banyak hanya untuk Vernon tapi lelaki itu tidak pernah menghargainya. Harap saja Vernon tidak akan datang mencari setelah apa yang dia punya selama ini sudah hilang.

Saat Jesse dalam lamunan panjang, dia tidak sedar ada orang masuk ke dalam wad itu. Cris bersama dengan seorang lagi lelaki dan seorang perempuan masuk ke dalam.

"Jess, kau sudah sedia untuk keluar dari sini?" tanya Cris.

Jesse segera menoleh ke arah Cris setelah dia mendengar suara Cris. Serentak dengan itu, Jesse terus turun dari katil dan berlari untuk memeluk Cris.

"Cris!" teriak Jesse dengan wajah ceria.

Sahabat Cris, Stephen hanya berdiri di tepi dan memandang perlakuan Jesse dengan wajah tidak senang. Meskipun Stephen ialah sahabat Cris, dia tidak pernah menyukai Jessica kerana merasa gadis itu selalu menyusahkan Cris.

Stephen melihat bagaimana Jessica tidak berhenti mengejar Vernon dan selalu mengabaikan Cris. Sedangkan semua masalah yang dilakukan oleh Jessica akan dibersihkan oleh Cris.

Perempuan yang bersama dengan mereka tadi ialah April. April di sini bukanlah kawan biasa atau sahabat Jessica melainkan mangsa buli Jessica untuk menunaikan hasratnya.

Jessica tidaklah membuli April sampai nak belasah begitu tapi Jessica selalu menyuruh April untuk membuat kerja tidak kira kerja itu baik atau buruk. Paling teruk adalah menyuruh April membuat perkara yang berkaitan dengan Vernon.

2. Season 1 : This Is My FateWhere stories live. Discover now