ᴅɪᴍᴘʟᴇʙᴏʏ, ɪ sᴀʀᴀɴɢ ʏᴏᴜ!
________"Awak."
Chan menoleh. Keningnya terangkat.
"Yes?"
" Nak sentuh dimple awak boleh?"
"Pftt---"
"Sorry?"
"Saya nak sentuh dimple awak boleh? Saya tak pernah pegang dimple orang. Boleh?"
"Err, maybe no?"
"Why no?" Jae mencebik.
"Sebab kita tak kenal each other pun. Takkan I nak selamba je bagi dimple mahal I ni disentuh oleh stranger?"
Jae membulatkan mata. Dikatanya aku ni stranger sedangkan mereka sudah dua tahun berada di universiti yang sama. Itupun setelah dikorek rahsia daripada rakan-rakan universiti yang lain.
"Sekali je. Pleaseeee...." rengek Jae.
Chan mengerutkan dahi. Dah kenapa perempuan ni sibuk sangat nak sentuh dimple dia?
"Tell me why you nak sentuh dimple I. Dan apa yang I akan dapat kalau I bagi you sentuh?" tanya Chan.
Jae berfikir sebentar. Haah ek? Nak bagi apa?
"Awak dapat hati saya. Amacam?" Jae mengangkat kening berkali-kali.
"HA HA HA are you kidding me baby girl?" Gelak Chan sarkastik.
Jae tarik muka. Apa yang lawaknya?
"Hurm nevermind! Saya pergi dululah." Ujar Jae sedikit hampa.
Chan berhenti ketawa. Lekas-lekas dia tarik tangan perempuan pendek itu menghadap dia semula.
"Ok, you boleh sentuh dimple I."
Jae membulatkan mata sepetnya. Biar kebenaran yini?!
"Betul ke ni?! Boleh saya sentuh sekarang?" Jae cepat-cepat menjengket untuk menyentuh dimple Chan sebelum ditahan dengan tangan lelaki itu.
"Aip, I tak habis cakap lagi. You nak sentuh sekali jekan? Kalau sekali je takpe."
"Bila saya cakap saya nak sentuh sekali je? Saya nak sentuh hari-harilah!"
Chan tersedak. Masya Allah perempuan ni kang ada yang Chan babap kang. ( ͡° ͜ʖ ͡°)
"Ok. You boleh sentuh dimple I hari-hari tapi dengan satu syarat."
"Apa dia?"
"Sentuh dimple I je. Tapi jangan sentuh hati I. Deal?"
Jae mengetap bibir. Alah takkan punyalah.
"Deal!"
"Lagi satu, I bagi tempoh 30 hari je tau. Lepas 30 hari you dah tak boleh sentuh dimple I. Dah tak valid dah."
Jae tersengih. Isyarat '👌' ditunjuk.
317 words
YOU ARE READING
[ √ ] Dimpleboy | BANGCHAN
Romance❝ Adakah kau keadaan kecemasan? Kerana kalenjar adrenal aku sering merembeskan hormon adrenalina setiap kali memandang kau. ❞ ━━━ : 𝐛𝐚𝐧𝐠𝐜𝐡𝐚𝐧 𝐟𝐚𝐧𝐟𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 ➁ ° 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 𝟐𝟏.𝟎𝟐.𝟏𝟐 ©𝐞𝐯𝐞𝐫𝐢𝐲𝐧𝟐𝟎𝟐𝟏