KEESOKAN hari, seperti yang dijanjikan Jesse dan April pergi ke pusat latihan untuk berlatih.
Pusat latihan yang mereka masuk ini merupakan sebuah pusat latihan untuk berlatih menembak. Kelihatan ruang latihan umum itu sudah penuh dengan tentera-tentera yang ingin berlatih.
Jesse memandang sekeliling dengan wajah resah. Dia merasa resah saat ini bukan kerana dia takut berjumpa dengan kumpulan Vernon tapi dia merasa takut jika dia berlatih, dia tidak akan sehebat Jessica.
Di kehidupan sebelum ini, Jesse bukanlah seorang tentera seperti Jessica dan tidak pernah belajar menggunakan senjata apalagi ingin menyentuh senjata.
Jesse risau jika orang lain akan sedar yang roh yang tinggal di dalam badan ini ialah bukan roh Jessica yang sebenar.
Jesse menatap ke arah April yang sedang berjalan di sebelahnya. April hanya memandang sekeliling dengan wajah yang selamba, langsung tidak sedar jika Jesse sedang mengalami keresahan di sebelahnya.
"April..."
"Hmm?" April segera menoleh ke arah Jesse apabila mendengar namanya dipanggil oleh Jesse. "Ada apa, Jess?"
"Boleh tak kita pindah ke tempat lain? Saya tidak yakinlah yang saya boleh menembak lagi. Dua bulan di hospital buat saya lupa dengan latihan saya sebelum ini..."
April terkaku mendengar luahan Jesse itu.
Jesse semakin cemas melihat wajah kaku April. "April, kau boleh tolong saya tak? Saya tidak mahu ada orang lain tahu kalau saya tidak boleh menggunakan senjata untuk saat ini..."
'Lagipun, saya kena simpan maruah saya juga. Walaupun Jessica sudah jatuhkan maruah dia di depan Vernon dan kawan-kawan dia, saya tidak akan biarkan maruah saya diperlekehkan oleh orang lain hanya kerana saya tidak tahu menembak...'
Dalam keadaan termangu-mangu, April segera mengangguk. "Ah... Ya, ya... Ada, ada... Di sebelah sini..."
April membawa Jesse jauh dari kawasan latihan umum itu dan membawa dia ke sebuah ruangan kecil yang digunakan sebagai ruangan latihan persendirian.
Jesse segera menarik nafas lega saat dia sudah masuk ke ruangan itu. Dia memandang ke arah April dengan wajah gembira. "Thanks, April..."
April hanya tergelak kecil tapi terdengar kekok pula. "Of course..." Dia masih tidak biasa dengan Jesse yang lemah-lembut ini...
Jesse menumpukan perhatian dia ke arah kawasan latihan persendirian ini. Mulutnya terlopong besar melihat kelengkapan di dalam ruangan ini.
Sama seperti di bahagian luar bilik ini, bilik ini dipasang dengan hologram dengan teknologi tertinggi yang menyerupai Dark Monsters.
Di sebelah sisi bilik itu, di mana tempat Jesse dan April sedang berdiri, terdapat beberapa buah kaunter kecil berbentuk meja. Di atas setiap meja itu terletaknya sebuah senapang yang dibina dengan teknologi tinggi.
Jesse tidak pernah pergi ke mana-mana kawasan latihan tentera semasa dia masih hidup di dunianya sebelum datang ke sini tapi dia tahu jika senapang yang ada di dunia ini lebih canggih dari senapang di dunia lamanya.
Jesse mendekati meja kaunter itu perlahan-lahan. Tangan kanan diangkat, serasa ingin menyentuh senapang yang ada di meja itu.
April yang berdiri di belakang Jesse hanya memandang Jesse dengan wajah yang sukar untuk dimengerti. Dia faham yang Jesse masih ragu-ragu untuk memegang senjata kerana sudah lama dia tidak berlatih menggunakan senjata.
"Woah, what are you ladies doing here?"
Suara yang menegur mereka itu membuatkan Jesse berhenti dan dia segera menoleh ke pintu.
YOU ARE READING
2. Season 1 : This Is My Fate
Pertualangan(SEASON 1 : The New Beginning) Roh Jesse masuk ke dalam badan seorang wanita cantik dan kuat yang bernama Jessica. Jessica meninggal kerana dia membiarkan dirinya berlapar selama dua minggu, tanpa makan dan tanpa minum. Jesse merasa perbuatan Je...