sebelas

1.2K 185 13
                                    

"Duduk diam dalam bilik tu, aku panggil kau makan nanti. Kau keluar kau siap", Taeyong menjeling gadis itu sekilas sebelum berura ura untuk meninggalkan dia. "Taeyong..", Tanganya direntap lembut oleh lelaki itu sebelum memandang Taeyong dengan mata bundarnya.

"Baju aku? M-maksud aku takkan pakai baju yang sama? Lagi satu takkan aku tak boleh keluar pergi mana mana? telofon aku terti-"

"Aku bilang duduk diam diam dalam bilik tu sahaja kan? Kau takpayah gatal nak jalan sana sini, lagi satu kau ingat aku ni miskin sangat ke tak mampu beli baju untuk kau? Aku bukan macam kau. Dahlah miskin. Hodoh lagi", Hanseul berdecit perlahan sebelum memasuki bilik itu. Dia duduk di birai katil sebelum matanya meliar di disekitar bilik itu.

Sejujurnya dia kagum melihat keadaan bilik itu yang kemas, tambahan lagi warna cat bilik itu memang warna kegemaranya, biru muda.

"Jakun kan kau ni?", Soal Taeyong tiba tuba memasuki bilik itu membuatkan Hanseul terkejut. "Kau buat apa di sini?", Soalnya lalu bangkit dari duduk. "Kau lupa? ni rumah aku bilik aku. Semua yang ada di sini milik aku..

"Termasuk kau, Hanseul".

Hanseul memalingkan wajahnya kearah berlainan, bawah bibirnya diketap menahan geram. Kenapa dengan lelaki ini sebenarnya? kenapa dia terlalu susah untuk difahami?

"Kalau ada orang datang sini, kau jangan berani berani buka pintu. Bilik aku jangan pernah masuk, atau lebih senang lagi kau boleh masuk bilik ini sahaja faham Hanseul?", Soal Taeyong sebelum berjalan mendekati Hanseul. Gadis itu mengangguk kecil sebelum tuala berwarna pink dilemparkan kepadanya.

"Mandilah kau, aku tak suka orang tak bersih ni". Hanseul mengangguk perlahan sebelum tersenyum kecil, dalam diam dia sudah tahu salah satu daripada sifat lelaki itu,

1. pengemas dan pembersih

"Apa yang kau fikirkan lagi? Pergilah mandi!", Suara lelaki itu mulai meninggi sebelum dia menatap gadis itu tajam. Hanseul menjeling lelaki itu sekilas. "Kau ni sabar lah", marahnya sebelum tanganya naik membuka cermin mata bulat itu ke tepi meja.

Rambutnya yang diikat sanggul tinggi itu dibuka perlahan, Hanseul membetulkan rambutnya sebelum dia memandang lelaki dihadapanya itu. "Kau kenapa? Keluarlah aku nak mandi. Kau yang suruh kan?", Tempik Hanseul kasar.

Taeyong menelan liur perit sebelum memalingkan wajahnya.

"K-kau mandilah, kejap lagi aku keluar".

FuckboyWhere stories live. Discover now