Ujian sebelum SPM

15 1 2
                                    

Hafizah seorang gadis yang berumur 17 tahun, wajahnya agak hodoh dan mempunyai banyak jerawat. Keluarganya amatlah miskin. Ibunya sudah lama terhampar di atas katil kerana lumpuh akibat kemalangan pada 2 tahun yang lalu. Ayahnya seorang nelayan yang hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Hidup Hafizah sangatlah susah. Walaupun hidup Hafizah susah dan tidak seperti manusia biasa, dia tetap bersyukur atas nikmat yang Tuhan bagi kepadanya.

Memang Hafizah mempunyai wajah yang hodoh tetapi dia mempunyai IQ yang sangat tinggi, kebijaksanaan dia membuat semua cikgu di sekolahnya terpegun dan suka akan Hafizah, boleh kata Hafizah ni ialah murid kegemaran semua cikgu. Hafizah bukan sahaja bijak dalam semua mata pelajaran, dia juga aktif dalam kokurikulum. Keputusan dia dalam PAJSK sangat memuaskan.

Erika seorang gadis yang terlalu benci akan Hafizah akibat terlalu cemburu dengan kehebatan Hafizah. Erika bukan sahaja benci malah dia selalu mengajak sahabat rapatnya Ira, untuk membuli Hafizah.

Pada suatu hari, Erika dan Ira ingin membuli Hafizah di dalam kelas yang tidak diguna lagi. Erika menampar Hafizah dengan sepenuh hatinya, manakala Ira pula menyepak perut Hafizah dengan kuat sekali. Hafizah hanya diam sambil menangis kesakitan, darah mula keluar dari mulut dan hidung Hafizah. Erika mencekik Hafizah dengan kejam sehingga Hafizah pengsan. Erika dan Ira ketawa dengan sepuas hatinya. Erika dan Ira pulang tanpa rasa bersalah dan berperikemanusiaan.

Sehinggalah terbenamnya matahari, Hafizah masih belum pulang. Ayahnya agak risau tentang Hafizah dan menghubungi Guru kelasnya yang bernama Cikgu Suzana, Cikgu Suzana tidak mengetahui apa apa tentang Hafizah, dia terkejut mendengar Hafizah belum pulang lagi. Cikgu Suzana segera menghubungi pak guard di sekolahnya. Pak Guard menghubungi Cikgu Suzana dan memberi tahu bahawa Hafizah telah pengsan didalam kelas yang tidak diguna lagi. Cikgu Suzana terkejut dan menghubungi ambulans dengan segeranya. Ayah Hafizah sangat sedih dan segera pergi ke hospital. Pihak sekolah telah melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

Selepas beberapa minggu, Hafizah masih tidak menyedarkan diri. Ramai pelajar dan guru sedih kerana Hafizah masih tidak menyedarkan diri. Pengetua juga risau kerana SPM sudah dekat, dia risau takut Hafizah tidak sempat mengambil SPM bersama rakan rakannya.

Pihak polis berjaya menangkap pembuli yang membuli Hafizah, Ira menangis dengan teresak esak nya manakala Erika ketawa dengan gembiranya seperti orang gila.
Ibu bapa mereka berdua menangis dan malu mempunyai anak seperti mereka berdua. Memandangkan mereka perempuan dan berumur bawah 18 tahun. Mereka tidak dimasukkan ke dalam penjara tetapi dipindahkan ke sekolah juvana. Semua guru terkejut mendengar berita tersebut.

7 hari sebelum SPM, Hafizah tersedar tetapi dia masih dalam keadaan yang lemah, Hafizah tidak dibenarkan pulang lagi kerana dia masih lemah. Hafizah trauma dan takut dirinya dibuli lagi. Tetapi walaubagaimanapun, Hafizah tetap memaafkan mereka berdua. Hafizah mendoakan agar merek diberi taufiq dan hidayah. Cikgu Suzana melawat Hafizah bersama sama Aina dan Syafiq. Aina sangat gembira melihat kawan baiknya sudah sedar dari koma. Syafiq pula tersenyum manja melihat Hafizah, seakan akan Syafiq ada hati terhadap Hafizah. Hafizah risau akan peperiksaan SPM yang diadakan tidak lama lagi. Mereka bertiga cuba untuk meredakan Hafizah yang dalam kerisauan.

Sehari sebelum SPM, Hafizah dibenarkan keluar dari wad Hospital, Hafizah juga dibenarkan pergi ke sekolah untuk menjalani ujian peperiksaan SPM.

Pada keesokannya, Hafizah bangun pada pukul 3 pagi untuk memohon pertolongan daripada Allah SWT. Memang rutin harian Hafizah untuk bangun pada awal pagi. Hafizah bangun untuk solat tahajud, solat hajat, solat taubat dan solat witir. Hafizah juga mengulang kaji mata pelajaran yang akan dia jalani pada hari tersebut.

Selepas selesai semua kertas, Hafizah merasa lega dan yakin dengan rezeki Allah. Hafizah hanya bertawakal tanpa merasa risau.

Selepas 3 bulan, keputusan peperiksaan SPM sudah keluar, Hafizah yakin bahawa dia akan mendapat keputusan yang baik, Hafizah juga redha jika dia tidak mendapat keputusan yang cemerlang kerana dia sudah berusaha sehabis baik. Pengetua memanggil nama Nur Zahratul Hafizah bin Mohd Tarmizi. Hafizah bangun bersama Ayahnya dengan penuh keredhaan. Hafizah terkejut melihat keputusannya, dia berjaya mendapat 11 A+. Hafizah dan Ayahnya sangat bersyukur atas nikmat yang diberi oleh Allah. Semua orang memberi tepukan kepadanya. Pengetua tersenyum gembira dan mengucapkan tahniah kepadanya.

Hafizah menjadi pelajar terbaik di Malaysia. Ibunya menangis gembira melihat keputusan anaknya yang solehah itu.

Syafiq dan Zulkarnain memberi sejambak bunga kepada Hafizah, Hafizah tidak sangka kerana mukanya hodoh tetapi masih ada jejaka yang ingin memberi bunga, Tetapi Hafizah hanya tersenyum dan tidak menerima bunga itu. Hafizah lebih pentingkan keluarga dan pembelajaran daripada berpasangan.

Semua cikgu bangga akan Hafizah yang pandai menjaga hubungannya dengan Allah dan manusia. YDPA mengurniakan hadiah kepada Hafizah kerana mendapat keputusan yang sangat cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Keadaan Ira di sekolah juvana ialah Ira semakin insaf dan berakhlak, dia sedar akan kesilapan yang dilakukannya. Manakala Erika pula dihantar ke wad Hospital gila kerana mengidap penyakit mental yang sudah lama dipendam, mungkin kerana Erika mempunyai masalah kekurangan kasih sayang daripada keluarganya.

Hafizah sentiasa mendoakan Ira dan Erika serta sahabat baiknya, kini hidup Hafizah semakin baik dan senang. TAMAT

Kesimpulannya, jagalah hubungan kita dengan Allah dan manusia. Berbuat baiklah dengan semua manusia, dan memaafkan orang yang menyakiti kita, Bye.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 13, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Zahratul HafizahWhere stories live. Discover now