"QAYRA, kau kenapa?," soal Timah semasa dia hampir sampai di rumah. Air matanya yang mengalir sedari tadi dilap kasar.
"Tak ada apa. Aku masuk rumah dulu."
Timah menahan lengan Qayra. Sejak keluar dari hospital, mereka jarang berbual. Jumpa depan rumah pun tak disebabkan jadual sekolah mereka yang berlainan.
"Lepak jom? Aku belanja aiskrim," Timah cuba sogok Qayra dengan aiskrim.
Serta-merta mata Qayra kelihatan bersinar. "Kalau milo aku on."
"Ye aku belanja kau aiskrim milo. Dah, jom," Timah menarik lengan Qayra dalam penuh paksaan.
"Sabar dulu gila. Bagi aku letak beg dulu," kata Qayra. Dengan larian penuh tenaga sebab nak cepat makan aiskrim milo, pintu rumah dibuka dan beg sekolahnya terus dicampak masuk ke dalam rumah.
Dia berlari semula ke arah Timah dan kemudian menayangkan bahagian dalam dompetnya yang kosong. Tanda Timah perlu belanja dia walau apa pun yang terjadi.
"Aku tau cik Qayra. Cepat jalan sebelum aku tukar fikiran," ugut Timah.
"Baik kaklong," Qayra sengih. Mereka berjalan bersama-sama menuju ke kedai runcit yang berdekatan.
Peti ais yang tersimpan banyak aiskrim itu dibuka. Plastik berwarna hijau dengan tulisan MILO itu dicapai dan diletakkan di atas kaunter. Sebuah senyuman paling manis dihadiahkan kepada Timah yang sedang memberi pandangan jijik kepadanya.
Sistem barter zaman moden berlaku. Wang kertas dan plastik berisi aiskrim bertukar milik.
Selesai membuat pembayaran, mereka berdua keluar dari situ. Aiskrim diambil dari dalam plastik merah yang dipegang Timah dan plastik luarnya dibuka. Aiskrimnya mereka dihisap dan digigit sedikit demi sedikit.
"Kau kenapa tadi?," soal Timah memulakan perbualan.
"Aku dah break."
"Hah? Sejak bila kau couple? Tak cakap ďengan aku pun?," tiga soalan terus ditanyakan kepada Qayra. Dua keningnya hampir bercantum.
"Baru tiga hari. Sejak keluar hospital haritu."
"Dan kau tak bagitau aku pun. Aku ingat kita kawan baik?," nada suara Timah menjadi perlahan. Dia rasa sedikit kecewa dengan Qayra.
"Sorry. Benda tu jadi secara tak sengaja. Aku dare dia jadi boyfriend aku untuk seminggu masa tu sebab dia tak nak keluar dari bilik tu. Aku tak sangka dia setuju.."
"Seminggu? Tapi baru tiga hari dah break."
"Heh, dia suka orang lain. Punyalah cakap dia suka aku dah lama last-last, tipu je semua tu," balas Qayra. Aiskrim milonya sudah habis dihisap. Matanya berair.
"Serius? Mamat mana jadi boyfriend kau ni? Bagi aku ajar dia," Timah mengenggam tangan kirinya kuat.
"Tak payah. Lebam muka dia nanti," halang Qayra. Lebih baik dia cegah sebelum Aatiq koma lima tahun disebabkan tumbukan Timah. Lagipun, mereka sepupu. Dia tak naklah rosakkan hubungan kekeluargaan antara mereka.
"Ish kau ni. So siapa lelaki tu?"
"Rahsia," jari telunjuk Qayra dibawa ke bibir.
"Eh kau ni," sebuah pukulan padu diberikan kepada belakang badan Qayra menyebabkan dia bergerak sedikit ke hadapan.
Tanpa sengaja, dia terlanggar seseorang. Ketinggiannya yang rendah tapi tak terlalu rendah menyebabkan dia terlanggar betul-betul pada perut orang tersebut.
Terus kepalanya dijauhkan. "Ma- maaf!" Kepalanya ditundukkan 90 darjah kerana malu.
"Qayra?," soal orang tersebut. Kening Qayra berkerut. Terus kepalanya diangkat.
YOU ARE READING
MAKE YOU MINE [ discontinued ]
Ficção Adolescente- sad to say, it's all a lie [ discontinue ] Ini cerita tentang Qayra Amalin, seorang gadis biasa yang dibenci emaknya. Dia hidup berdua di dalam satu rumah bersama abangnya. Hadirnya Aatiq Zafran, si pengawas biasa yang menerima cabaran Qayra untuk...