𝐶ℎ𝑎𝑝𝑡𝑒𝑟 2

16 3 0
                                    


> ʙʟᴏᴏᴅ <

.

.

.

ʜᴀᴘᴘʏ ʀᴇᴀᴅɪɴɢ

"Dimana appa?" tanya Mark pada pembantu rumah mereka apabila tidak melihat kelibat sang ayah yang selalunya ada pada waktu makan pagi.

"Tuan berada di Jepun untuk beberapa hari" balas pembantu tersebut.

"Baguslah dia tiada di sini, menyakitkan hati saja.." balas namja berambut biru tersebut sambil menyuapi hidangan sarapannya.

"Jeno-ah dia masih appa kita" peringat Mark pada Jeno.
 

"Hyung masih memanggilnya appa? Jen sudah tiada appa sejak eomma tiada.." tanpa Jeno sedar aura disekitarnya berubah.

"Jeno!" marah Mark lalu menarik nafas bagi menenangkan fikirannya.

"Bangun kita ke sekolah sekarang.." kata Mark lalu bangun dan menuju luar rumah.

Jeno hanya diam tanpa bergerak, dirinya tahu telah membuat hyungnya itu marah.

Jeno kenapa kau bodoh sangat..

> ʙʟᴏᴏᴅ <

Sepanjang perjalanan sehingga mereka tiba ke sekolah tiada satu percakapan diantara mereka berdua hanya bunyi yang datang daripada
luar sahaja kedengaran.


"Hyung.."

"Pergi kelas jangan ponteng" kata Mark singkat lalu meninggalkan Jeno bersendirian di tempat letak kereta tanpa sempat dirinya mengatakan sesuatu.

Jeno menghela nafas panjang lalu mula melangkahkan kakinya ke kelasnya yang terdapat di bangunan B.

> ʙʟᴏᴏᴅ >

"Jeno aku tengok kau dari awal kelas lagi pelik semacam"

"Betul ke kau ni Jung Jeno!"

Pang!

"Habistu kau ingat dia hantu ke Haechan-ah?" tanya Jaemin setelah mendaratkan tangannya dengan selamat ke atas kepala namja tersebut yang kini memayunkan bibirnya.

"Tak de lah selalunya time macam ni dah lesap dah tak pun tidur tulah aku tanya betul ke dia ni Jeno" sengeh Haechan setelah mendapat deathglare daripada 2 namja didepannya.

"Kau dah kenapa nono?" tanya Jaemin setelah menarik kerusi di depan Jeno untuk didudukinya. Nono adalah panggilan Jaemin pada Jeno.

"Aku okay je.." balas Jeno tanpa melihat terus ke arah si namja pencinta Americano 8 shoot itu. Fuh boleh korang bayang bertapa pahitnya air tu?

"Aku kenal kau dah lama nono, Lee Jeno dan okayy tak pernah berpisah" kata Jaemin malas.

"Masalah dengan appa kau lagi ke?" Tanya Haechan. Ya, mereka mengetahui tentang ayah nya Jeno.

"Bukan..tapi Mark hyung" balas Jeno lalu menenggelamkan kepalanya pada kedua dua tangannya yang terlipat di atas meja.

Jaemin dan Haechan mengerutkan dahi mereka dan saling memandang.

•ʙʟᴏᴏᴅ - &lt; 𝐍𝐂𝐓 &gt;Where stories live. Discover now