QAYRA memandang mejanya dengan penuh simpati. Penuh dengan kesan coteng makian dan perkataan yang tak sedap didengar. Dia memandang Klara dan rakannya yang berada di penjuru kelas. Mereka senyum sinis kepadanya.
Rakan kelasnya yang lain hanya memandang Qayra dengan rasa kesian. Namun, mereka tak boleh nak buat apa-apa sebab tak nak jadi mangsa Klara yang seterusnya. Semua dah masak dengan perangai dia yang tak betul tu.
"Datang pun kau- dah tak payah kisahkan perempuan tu. Meh sini tolong aku lap meja ni," kata Cylia sambil mengelap meja Qayra yang contengannya sudah sedikit sebanyak hilang. Dia tau, ni semua kerja Klara. Dia sendiri tau yang Klara tak suka Qayra, lagi-lagi lepas nampak Qayra bawa Hayato dengan Izumi pusing satu sekolah waktu rehat semalam. Entah kenapa entah dengki sangat.
Kain buruk yang diminta dari cleaner sekolah dicampak dan disambut dengan baik oleh Qayra. Mereka mengelap meja bersama-sama sehingga kesan contengan marker itu habis dipadam. Nasib baiklah orang yang conteng ni bijak pandai guna marker whiteboard. Kalau parmenant? Memang tak hilanglah sampai bila-bila.
Sejujurnya Qayra tak terkesan langsung dengan apa yang ditulis di mejanya itu. Setakat kena conteng meja, apalah sangat. Dia pernah kena lagi teruk dari ni.
"Akhirnya, selesai," Cylia hembus nafas lega. Dia kembali duduk di kerusinya.
"Thanks Cylia."
"No problem. Asal kau datang lambat sangat? Kalau tak meja kau mesti tak sempat diorang nak conteng," marah Cylia. Geram dia tak habis lagi.
"Ada masalah tadi," Qayra sengih. Dia duduk di tempatnya.
"Masalah apa?," Cylia nampak berminat nak tau. Kerusinya digerakkan supaya kedudukan mereka berdekatan.
"Aku tolong keluarkan anak kucing termasuk dalam longkang. Lepastu aku mandikan dia sekejap dekat satu kedai ni."
"Mandikan? Tak kena cakar?"
"Ni," lengan baju sekolahnya disinsing sedikit. Nampaklah ada beberapa kesan merah di pergelangan tangan.
"Sakit lagi tak?"
"Dah okay," balas Qayra.
"Good. Lepastu mana kucingnya?"
"Jap," zip beg dibuka. Qayra mengeluarkan sesuatu dan wallah, seekor anak kucing comel berwarna oren yang sudah bersih diletakkan di atas riba.
"Kau... masukkan dalam beg? Kau gila ke Qayra?," dahi Qayra dijentik kuat. Ini makannya pergi simpan kucing dalam beg. Nasib baik tak mati lemas tahu?
"Sakit perempuan. Rileklah. Aku tak zip habis beg ni. Aku tak cukup bengap lagi nak halang udara masuk," balas Qayra sambil tangan kirinya menggosok tempat dahi dijentik. Cylia dijeling tajam.
"Ouh hehe," Cylia sengih. Anak kucing tersebut diambil Cylia.
"Kau nak jaga dia ke?"
"Haah. Weh bagi nama comel comel sikit untuk dia."
"Cylia. Comfirm co-"
"Pergi mati. Mati hidup balik nama kucing aku tak akan ada nama kau."
"Yelah nek. How about Hoku? Maksudnya bintang," cadang Cylia. Anak kucing ditangannya diangkat-angkat.
"Hoku? Bahasa apa tu?"
"Hawaiian."
"Kau belajar bahasa hawaii? Biar betul?," Qayra tayang muka tak percaya. Cylia? Belajar bahasa lain?
"Googlelah cik kak," balasnya. Dia dalam kelas pun geng tidur Qayra, dalam mimpilah nak belajar bahasa asing.
"Baru ingat nak flip meja tadi."
Cylia menjelir lidah. Over betul minah ni.
Kemudian, dia teringat. Kepalanya berpusing kekiri ke kanan bagi memastikan sesuatu. Keadaan kelas senyap sunyi.
"Kau kenapa?," soal Qayra pelik.
"Kita memang tak nak pergi perhimpunan ke?," serentak itu, jam tangan ditangan kiri Qayra dikerling.
7.10 pagi.
Udara dihembus dan dilepaskan dengan perlahan. Dengan tenang Qayra menjawab sambil memberi senyuman penuh redha. "Tak apa kita ponteng je. Bukan selalu.
"Aip no ponteng. Kita pergi sama-sama," balas Hayato yang muncul secara tiba-tiba. Terkejut Qayra dengan Cylia dibuatnya.
"Kau tak pergi lagi?," soal Qayra. Apa mamat jepun ni buat kat sini?
"Haah. Aku dengan Izumi dari tadi aku tunggu korang gerak."
"Kenapa nak tunggu?," soal Qayra lagi. Cylia didepannya sudah menahan senyum.
Hayato sengih. Izumi yang sedang membenamkan kepala pada meja menjawab. "Kitorang lupa jalan nak pergi perhimpunan."
Cylia tersenyum sambil memandang sayu kucing ditangannya. "Baru ingat nak ponteng."
SESI persekolahan untuk hari itu sudah pun tamat. Qayra dan Cylia berpisah mengikut haluan masing-masing. Kali ini, perjalanan Qayra pulang ke rumah agak sunyi. Kalau sebelum ni ada yang teman, sekarang dia hanya seorang diri.
Bayang Aatiq pun dia dah tak nampak. Entah apa yang lelaki tu buat pun dia tak tau. Ikutkan hati, nak sahaja dia cari Aatiq dikelasnya. Tapi, tak apalah. Buat malu nanti.
Jujur, hati dia sakit. Dia masih ingat senyuman yang Aatiq beri tempoh hari sebelum Aatiq ditinggalkan ditepi jalan. Senyuman yang dia agak.. bahagia? Mungkin.
Yelah, mana tak bahagia,kan? Dia dah boleh ngorat Wana. Tapi, dia tak patut bagi aku fakehope macam tu. Kalaulah masatu hati dia tak remuk macam tu, dah lama Aatiq kena baling masuk longkang besar tepi jalan tu.
Akhirnya setelah dia membebel dan menyesali perkara yang telah terjadi, Qayra berjaya sampai di rumah. Kereta BMW yang dia sangat kenal itu diparkir di hadapan rumah. Dengan perlahan, Qayra mencari tempat yang agak tersorok di tepi tingkap rumah.
Dia dapat lihat dengan jelas mamanya dan Hakeem sedang duduk berhadapan antara satu sama lain di ruang tamu melalui tingkap.
"Khamis ni, Hakeem packing barang ye sayang," Qalisya mengusap lembut pipi Hakeem. Hakeem hanya tersenyum tawar.
"Baik ma."
Selepas itu, Qayra menyorok di belakang rumah apabila sedar yang Qalisya sudah hendak beredar dari situ. Beberapa minit dia menunggu dan akhirnya Qayra masuk ke dalam rumah sambil berlakon seperti dia tidak mendengar apa-apa.
"Balik dah?," soal Hakeem di hadapan pintu.
"Dah," Qayra beri senyuman manis kepada abangnya. "Aku masuk bilik dulu. Nanti aku masak."
Hakeem hanya mengangguk. Qayra masuk ke dalam bilik sambil otaknya masih memikirkan apa yang dia dengar tadi.
Packing Khamis ni? Abang dia nak pergi mana?
YOU ARE READING
MAKE YOU MINE [ discontinued ]
Teen Fiction- sad to say, it's all a lie [ discontinue ] Ini cerita tentang Qayra Amalin, seorang gadis biasa yang dibenci emaknya. Dia hidup berdua di dalam satu rumah bersama abangnya. Hadirnya Aatiq Zafran, si pengawas biasa yang menerima cabaran Qayra untuk...