1.33 // la fiesta

1.5K 230 62
                                    

Seongsan Ilchulbong

“ Wah! Cantiknya permandangan! ” ujar Jieun sambil menangkap beberapa keping gambar lautan itu.

Mereka sekarang mahu melihat matahari terbenam dan langsung ke festival musim panas yang diadakan. Heeseung yang mencadangkan kerana dia suka melihat warna langit ketika senja.

Tidak cuma Jieun dan Heeseung yang lain juga menangkap beberapa keping gambar. Ada juga yang merakam suasana itu.

“ Sekarang dah pukul 7 dan festival bermula lebih kurang lagi satu jam. Kita berpecah nak? ” soal Sunghoon.

“ Kita jumpa dekat pintu masuk lebih kurang dalam 45 minit lagi? Macam mana? ” soal Jay sambil melirik jam tangannya lalu mendongak memandang satu persatu wajah rakan - rakannya.

Heeseung tiada masalah dengan cadangan itu kerana dia tahu pasti di antara mereka yang mahu meluangkan waktu sendiri.

“ Aku ada nampak benda menarik tadi. ” ujar Jake.

Sunghoon menahan diri dari ketawa. Dia tahu apa maksud sebenar Jake itu. Sebelum mereka bertolak ke sini Jake memberitahu apa yang terjadi di vila.

Siapa lagi kalau bukan isterinya?

“ Jadi jom berpecah! Taeri awak nak ikut— ”

No! Kau ikut aku. Sebagai balasan kau ajak aku datang sini. ” potong Jieun secara tiba - tiba.

Tanpa menunggu jawapan dari Jay dia terus menarik lengan lelaki itu supaya mengikutinya. Jay memandang ke arah Taeri dan mengeluh perlahan. Ah, bukan ini yang dia mahukan.

Tinggallah Heeseung, Jake, Sunghoon, Taeri dam Jia. Sunghoon batuk kecil dan lengan Jia langsung dipegang olehnya. Dia memberikan isyarat mata ke Heeseung.

“ Hyung ikut Sunghoon! Kau dua orang pergilah luangkan masa ya? ” ujar Heeseung bersama senyuman manisnya. Dia dan Sunghoon sudah sedia untuk melarikan dirinya.

“ Saya baru nak ajak Jia. ” balas Taeri sambil memandang ke arah Jia dengan harapan gadis itu mahu mengikutinya.

Heeseung dan Sunghoon menggelengkan kepala mereka. Sunghoon terus menautkan tangannya dengan Jia memberi isyarat kepada gadis itu. Jia hanya senyum nipis.

“ Tak, Jia ikut kami! ”

“ Anggaplah ini honeymoonuhuk! ”

Setelah itu Sunghoon terus menarik tangan Jia dan diikuti dengan Heeseung. Sempat Heeseung melambaikan tangannya ke arah Taeri dan Jake. Hanya Taeri yang membalas lambaian itu.

Jake mencebik perlahan, dia terus menarik tangan Taeri supaya gadis itu mengikutnya. Ah, Taeri sudah tahu apa sebab utama. Siapa lagi kalau bukan Lee Heeseung?

“ Jake? Kita nak pergi mana? ”

“ Pergi tempat yang boleh jauhkan kau dari Heeseung hyung. ”

¦

Jake terus membawa Taeri ke festival. Walaupun belum bermula semua orang yang hadir sudah boleh masuk terlebih dahulu. Selesai membayar tiket mereka berdua terus masuk.

Jake juga memegang tangan Taeri dengan erat kerana takut kehilangan gadis itu.

“ Kita nak buat apa awal - awal ni? ” soal Taeri tepat di sebelah telinga Jake.

“ Aku nak cari bungeoppang. Kau nak apa? ” balas Jake sambil memandang Taeri di sebelahnya itu. Gadis itu sedang berfikir mahu mencari apa di festival itu.

Taeri terlalu sibuk berfikir sehingga tidak sedar yang dirinya diperhatikan oleh Jake. Lelaki itu menahan dirinya dari melepaskan kawalan terhadap Taeri. Mahu sahaja dia memberi ciuman bertalu - talu di pipi Taeri.

Tidak pernah Jake sedar yang wajah Taeri sangat comel jika dipandang dengan jarak dekat.

“ Ermm, rasanya saya nak eomuk dan tteobeokki lah! Boleh? ” Taeri memberikan puppy eyes kepada Jake dan berjaya membuatkan lelaki itu ketawa melihatnya.

“ Ya, jom cari tu dulu. ” balas Jake dan langsung mengeratkan pegangan tangannya.

Mereka berdua pergi mencari makanan yang mereka mahu dan duduk di meja untuk menunggu yang lain. Oleh kerana tteobeokki sangat banyak jadi Taeri berkongsi dengan Jake.

“ Aku dah kenyang. ” ujar Jake sambil bersandar di kerusinya. Dia benar - benar sudah kenyang menelan kek beras itu.

“ Cepatnya awak kenyang! Makanlah lagi! ” balas Taeri tidak puas hati. Dia tidak sedar ada secalit sos di pipinya dan Jake menyedarinya.

Tanpa sedar Jake ketawa dan mendekatkan tubuhnya dengan Taeri. Refleks gadis itu menjauhkan diri tetapi lengannya ditarik oleh Jake. Kemudian jari Jake mengelap kesan sos itu.

“ Kau makan serupa macam Layla waktu kecik dulu. Comot! ” ujar Jake selamba membuatkan Taeri mencebik.

Adakah patut samakan dirinya dengan Layla? Nasib baik Layla comel kalau tidak pasti kepala Jake sudah diketuk.

Taeri segera menghabiskan makanannya dan mahu mengajak Jake menemaninya ke tandas. Tetapi lelaki itu malas dan Taeri pergi sendiri. Jake leka dengan telefonnya kerana Yuna sibuk menghantar mesej.

Heeseung, Sunghoon dan Jia muncul.

“ Jake! Mana Taeri? ” soal Sunghoon mengalihkan perhatian lelaki itu.

“ Dia pergi tandas. Lebih kurang 10 minit. ” balas Jake.

Entah mengapa Heeseung menjadi tidak sedap hati. Sudah sepuluh minit tetapi tandas tidak jauh dari meja yang diduduki Jake itu. Dia memandang ke kiri dan kanan. Firasat hatinya mengatakan Taeri sudah hilang.

“ Kenapa lama sangat dia pergi? Tandas tak jauh pun. ” soal Heeseung dengan nada cemas. Ya, dia cemas kerana gadis itu tidak muncul - muncul.

“ Hyung, sekejap lagi dia sampailah tu. ” balas Jake lagi.

“ Jake, fokus! Tandas tak jauh pun! ”

Heeseung segera merampas telefon dari tangan Jake. Lelaki itu memandang ke arah tandas dan benar ianya tidak jauh. Dan Taeri masih belum muncul sejak tadi. Di manakah Taeri?

Telefon Jake di tangan Heeseung berbunyi tanda ada mesej masuk. Jake segera mengambil telefon dan membaca pesanan itu.

unknown
| missing someone?









+ I'M BACK!!! Meh la baca cerita Heeseung our ramyeonz bro

+ I'M BACK!!! Meh la baca cerita Heeseung our ramyeonz bro

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now