Yana : Pergi tanya dia, nak ikut tak?
Iman : Jap. Misyaaaaaa nak ikut tak pergi kedai?
Misya : Takpe lah, Misya duduk rumah je.
Iman : Habistu nanti kau nak makan apa? Kedai makcik sebelah tak buka tau harini.
Misya : Jangan risau, lagipun aku tak lapar.
Iman : Hm okay, kitorang pergi dulu. Jangan lupa kunci pintu."Okayy", aku sahut. Dah seminggu aku luangkan siang malam aku untuk siapkan kerja ofis untuk event "Mahalnya masa" anjuran pihak syarikat aku sendiri. Sebagai penolong penasihat pengarah, aku diminta untuk menyiapkan kertas kerja event ni dengan bantuan team jagaan aku. Jadi makan, tidur, rehat semua tu bukan halangan untuk aku siapkan kerja.
Iman : Dari tadi kau hadap laptop?
Misya : Bagi la salam.....
Iman : Hehehehehe tau terkejut haa tu la fokus sangat sampai tak ingat dunia dah.
Yana : Nah nasi. Makan sikit.
Iman : Kitorang beli jugak nasi untuk kau, tak mahal pun, RM4 je nasi goreng cina tu.
Misya : Ya Allah korang ni... terima kasih..* 2 pagi *
Yana : Tak siap lagi ke kerja kau?
Misya : Belum, kau tak tidur lagi kenapa?
Yana : Tak boleh tidur.
Misya : Okay.Hubungan aku dengan Yana agak dingin. Bukan sebab bergaduh tapi itulah kami. Persamaan tidak banyak bercakap menjadi salah satu faktor berterusan, tetapi dengan kehadiran Iman, dia menambah seri persahabatan kami bertiga. Sebenarnya, aku dengan Yana kenal dulu masa belajar dekat UiTM Bertam, P. Pinang. Cuma masa tu, aku tak berapa rapat dan kenal lagi dengan Yana, sehingga lah..
* Kampus UiTM Bertam, 2014 *
Amirul : Misya, kau dengar sini baik-baik. Aku nak kau dengar apa aku nak cakap ni. Dengar tau, kau dengar tak ni?
Misya : (Ketawa). Aku dengar la Amirul, dari tadi aku tunggu, kau nak cakap apa sebenarnya ni?
Amirul : Kau ingat tak Final Test kau dituduh meniru tu? Sampai kene gantung 2 minggu.
Misya : .... ingat Amirul, kenapa?
Amirul : Batrisya. Budak baru tu.
Misya : Batrisya mana pula ni.. Ohh Nuryana Batrisya budak baru tu? Kenapa kau panggil dia Batrisya (Ketawa), Yana lah.
Amirul : Ahh kau seorang je panggil dia Yana, yang lain semua Batrisya. Ish jangan la lari topik.
Misya : Kenapa dengan dia?
Amirul : Actually, sebab kau kene tudu...Hurul : MISYA! BATRISYA LAH YANG BUAT KAU KENA GANTUNG HARITU. DIA REPORT KAU MENIRU LEPASTU DIA MENGAKU LETAK NOTES DEKAT POCKET KAU. PERGH AKU TAK SANGKA LAH DIA TU DAH LA BARU DATANG, JAHAT BETUL.
Amirul : Hurul...
Misya : Benda ni ke yang kau takut sangat nak bagitahu aku? Hah? Siapa lagi tau?
Hurul : Kau memang tak tau ke atau buat-buat tak tau Misya? Semua orang dah tahu sebab U update dekat dalam system. Baru je pagi tadi update rasanya. By the way, tadi aku nampak Yana dekat bilik Dr Siti, kene marah lah tu (ketawa).Aku terus bangun menuju ke bilik Dr Siti. Sepanjang perjalanan, aku menangis tak berhenti. Bukan menangis sedih tapi sebab aku marah, aku dapat bayangkan bila aku jumpa Yana nanti, perkara pertama yang aku akan buat adalah aku akan lempang dia. Betul, amarah aku sedang membuak-buak bagai air yang mendidih. Tangan aku menggigil teringatkan disaat aku dimaklumkan akan digantung selagi siatan tidak berakhir, FINAL TEST sijil degree untuk tahun terakhir aku. Kalau aku didapati bersalah, secara tak langsung perjalanan degree aku menjadi sia-sia je, lagipun siapa yang mahu hire fresh graduate yang buat plagiarism? Jiwa aku kacau sepanjang 2 minggu tu, tapi nasib menyebelahi aku. Aku didapati tidak bersalah atas sebab tulisan tangan diatas nota, tulisan tangan aku sendiri berbeza dan ramai saksi dari hall exam aku mengatakan bahawa mereka tidak nampak aku membuka sebarang nota selain daripada sewaktu nota tu jatuh dari dalam poket bajuku sebelum pengawas peperiksaan yang kutip. Bagaimana kalau aku didapati bersalah? Maka sia-sia jugaklah usaha aku untuk keluar dari rumah jauh daripada keluarga.
* Bilik Dr Siti *
Yana : Pa, then what should I do Pa? U FORCED ME TO GET SOMETHING THAT I WILL NEVER GET! Full marks huh? But for who, for me or you? Papa nak Yana dapat good grades so that Papa takkan rasa malu bila bergaul dengan kawan Papa, sebab family Papa dulu never get below than 3.5 pointers. Papa malu dapat anak bodoh macam Yana yang pointer 3.0 and below, yang always got second place in primary and secondary school ni kan? Bila Yana tak dapat apa yang papa nak, papa pukul Yana, papa halau Yana dari rumah, Papa layan Yana ibarat Yana ni anak pungut and halimunan dalam rumah. AND THAT IS WHY YANA BUAT, YANA FITNAH CLASSMATE YANA YANG SELALU DAPAT FIRST PLACE SO THAT I CAN STEAL HER PLACE. You are the main reasons why I did that dirty fucking things. You Papa, YOU.
* PANGGGG! * Encik Noah lempang Yana.
Encik Noah : Anak tak guna, menyesal aku dapat keturunan bodoh macam ni, jangan berani jejak kaki dekat rumah harini, Papa ada guests. For these whole weeks, jangan balik. If you dare to go back then I will cut all your expenses, including your credit card. Do you understand?
Yana terus lari meninggalkan ayahnya, aku terkedu. Entah kenapa kemarahan dekat Yana tadi hilang ditiup angin tetapi membuak-buak kepada pakcik tua berusia dalam 50an ini. Selepas Encik yang aku dengar dipanggil Encik Noah ini selesai berurusan dengan Dr Siti, aku terus masuk kedalam bilik Dr.
"Dr, saya nak statement dalam system dipadamkan segera, ibarat tiada apa-apa yang terjadi."
![](https://img.wattpad.com/cover/259113195-288-k515334.jpg)
YOU ARE READING
5 Bulan
Short Story5 tahun aku cuba jauhkan diri daripada semua orang. Siapa sangka, hubungan yang akrab boleh lumpuh dalam sekelip mata. 2020, aku pulang. Masih segar di ingatan mereka yang aku kenali, terasa diri di ramah bak VIP di hotel 5 bintang. Tapi aku tahu, k...