Semua barang telah siap dikemas dan dimasukkan ke dalam kotak.seketika dia memandang ruangan bilik kecil yang telah menyimpan ribuan kenangan buatnya.Ditatap lama sekali,kerana ini adalah kali terakhir dia dapat memandang bilik itu .
"Lama termenung tu..sampai Mana dah?" Anis,adik kepada Ain menegur kakaknya yang terlalu lama termenung sedangkan mereka yang lain sudah bersiap untuk bergerak.
Ain yang tersedar dari lamunannya memandang Anis seketika dan berlalu mengikuti adiknya ke kereta.Dia kemudian membuka gallery telefon dan menatap gambar dirinya dan teman-temannya dahulu sambil tersenyum dan tanpa disedari,satu titisan air mata jatuh ke skrin.Terasa begitu berat untuk meninggalkan rakan2 baiknya sejak sekolah rendah itu.
"Terima kasih untuk semua kenangan manis dulu...ketika susah senang...korang ada dengan aku."
Dia mengelap air mata dan memandang ke luar tingkap.perjalanan itu terasa jauh sekali."Ain bangun...sampai dah ni...cepat-cepat masukkan barang, nak hujan ni."Anis mengejutkan Ain yang terlena sambil memeluk handphonenya.Anis kemudiannya bergegas mengangkat barang di bonet kereta dan memasukkannya ke dalam rumah.
Ain keluar dari kereta sambil memandang rumah baharunya. Rumah banglo 2 tingkat sederhana besar dengan halaman yang agak luas dan pokok yang hanya tinggal ranting sahaja . Ala-ala rumah hantu pon ada.Siap dengan background kilat menyambar lagi."Aduh..ni ke rumah baru tu?"desis hati Ain."Aii...buat ape lagi tu?ingat barang-barang ni boleh bergolek masuk sendiri ke? Cepat, tak nampak ke nak hujan tu?"kata puan Haslina yang berang.anaknya ini sorang kenapa lah.keluar je dari kereta buat scene ala-ala drama gitu."ye mak,Ain datang ni.." Ain pun membantu emaknya mengangkat beberapa barangan lagi ke dalam rumah.Siap solat Isyak dan mengemas apa yang patut dia pun bersiap untuk tidur.saki bakinya dia akan kemas esoknya pula. Terasa penat tubuh badan nya kerana perjalanan yang agak jauh.Esok juga dia berniat mahu berjalan2 di kawasan berdekatan.Mungkin dia boleh berkenalan dengan jiran tetangga di sini.Dia menguap beberapa kali sebelum akhirnya tertidur sambil memeluk bantal kesayangannya.Dia tidak tahu hari esok bakal menjadi titik permulaan bencana baginya.
Apa yang bakal terjadi???
Sambungan di episod seterusnya❤️*Assalamualaikum terima kasih sudi baca karya sulung saya ni.maaf sebab sebenarnya lama dh nk publish tapi tak sempat😊.
*Maaf jika ada kekurangan dan sebarang teguran dan tips sangat saya alu-alukan daripada korang😍
*Thanks kepada asyhnzz ntuk cover yang lawa dan sigadispendiam_ sebab sokong sye buat cerita nim😋
YOU ARE READING
Seribu Satu Rahsia
Misterio / SuspensoKisah Anis, seorang gadis berusia 17 tahun yang tabah menjalani kehidupan di sekolah baru di samping merungkai misteri yang sentiasa bermain di mindanya sejak berpindah di rumah baharu. Pertemuanya dengan Ikmal menyebabkan hidupnya jadi tidak keruan...