Bab 13

392 60 23
                                    

PAKAIAN serba biasa disarung ke tubuh kecilnya. Dia memilih memakai seluar slack jeans dan baju T-shirt oversize menambahkan keselesaannya. Kasut converse kegemaran menjadi pilihan untuk melangkah masuk ke dalam apartment mewah itu.

'Okey kut baju aku ni, nak jadi pembantu rumah aje pun. Bukan secretary nak melawa sangat.' Fikir Medina sempoi.

Melihat kediaman mewah itu serta merta dia mula melakarkan senyuman. Sungguh dia tidak pernah menyangka dia akan berjaya dalam temu duga pembantu rumah separuh masa itu dengan sekali percubaan. Tetapi semua adalah rezeki untuknya.

Melihat pengawal keselematan yang memandangnya pelik serta merta Medina melangkah menghampiri pondok pengawal dan melakarkan senyuman hormat.

"Ye cik, apa yang cik sedang buat dekat sini?" soal pengawal keselamatan itu apabila wajah gadis muda itu seperti bukan dari kediaman situ.

"Hai, saya Medina. Mula hari ni saya akan memulakan tugas bekerja sebagai pembantu rumah separuh masa di unit 1203." jelas Medina penuh yakin.

"Oh, tuan rumah ada bagi tahu pagi tadi akan ada pembantu rumah melayu akan kerja petang ni. Boleh minta ic?" pinta pengawal keselamatan itu yang mula ramah.

"Boleh," kad pengenalan dari dompet kecil dikeluarkan dan disuakan pada pengawal keselamatan itu.

Kad pengenalan Medina dikenal pasti dan informasi pembantu rumah serba sedikit ditinggalkan di pondok keselamatan dari pemilik rumah. Usai mengenal pasti tangan terus menulis nama pada log book tanda pelawat yang masuk dan keluar.

"Ini kunci rumahnya." sekeping kad dihulurkan pada Medina.

"Thanks..." Medina berfikir sejenak apa yang harus digelarkan pada pengawal keselamatan yang berbangsa india itu.

"Boleh panggil uncle Ram aje," tutur uncle Ram penuh mesra.

"Thanks uncle Ram."

"Kad kunci tu jangan lupa pulang semula sebelum pulang." pesan uncle Ram.

"Baik bos." Medina terus melangkah masuk ke dalam bangunan. Butang lif naik ditekan. Sebaik lif terbuka segera kakinya masuk ke dalam kotak lif tersebut.

Matanya mula meliar ke arah kiri kanan blok itu sebaik pintu lif terbuka. 'Kiri ke kanan? Kanan kut.' Dalam beberapa langkah unit 1203 terlihat pada pintu apartment itu. "Yeah! Ini rumahnya,"

Kad kunci rumah itu disentuh pada sesentuh. 'Wow! Moden betul kunci rumah orang ni. Tak guna kunci, guna nombor pin atau kad. Ala-ala hotel gitew!'

Sebaik sahaja tepat kaki melangkah masuk ke arah ruang tamu mewah milik pemilik rumah itu. Matanya kian meliar segenap ruang. Pertama kali dia memasuki apartment mewah sebegitu. Memandangkan dia dari keluarga biasa. Tak juga kaya tak juga miskin. Cukuplah selesa dengan apa yang dia miliki.

"Wow! Gila cantik." Kedua belah tangan ditepuk sambil menggeleng.

Melihat perabut yang serba sederhana dan moden membuatkan matanya terpegun. "Perabut ni mesti beli dari luar negara. Itali gitew!"

Deringan yang berbunyi membuat Medina kelam kabut mencari di mana datang bunyinya itu. Matanya kembali meliar mencari di mana tuan rumah itu meletakkan telefon rumahnya.

"Aduh! Telefon rumah pun letak dekat depan pintu. Manalah perasan." Omel Medina sambil mencebik geram. Dalam bebelan ganggang telefon segera diangkat laju. "Hello, 1203 residence."

"Baru sampai?" soal pemilik rumah dengan suara garaunya.

'O. M. G! Hotnya suara tuan rumah ni. Agak-agak single lagi tak kalau nak usyar?' Medina tersengih sendirian.

🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔Where stories live. Discover now