ADEENA mengetap bibirnya kuat. Air mata bergelinangan di tubir mata. Kepala wanita itu terdongak ke atas tatkala lehernya di cekik. Tangan kasar yang mengenggam erat lehernya itu dia pegang.
"L-Lepaskan saya Rayyan." Tangan sasa itu dia tepuk dengan kuat untuk beberapa kali.
"Le-paskan saya Rayyan!"
"No." Bisik lelaki itu sambil tersenyum menyeringai. Dia menghentak kuat tubuh Adeena ke katil.
"Aku benci suami kau. Aku benci dia. Hidup dia terlalu sempurna berbanding dengan diri aku." Rayyan mendekatkan wajahnya ke arah leher Adeena.
Bauan tubuh wanita itu dia hidu semahunya. Candu!
"Dia dapat isteri yang cantik. Ikhlas cintakan dia." Jari lelaki itu naik mengusap pipi milik Adeena.
"Aku cemburu. Hidup dia lebih sempurna, sedangkan aku? Aku terseksa Adeena." Rayyan melepaskan cengkaman tangannya dari leher Adeena.
Jelas di pandangan lelaki itu nafas Adeena yang kian lelah. Wanita itu mengandung. Benih bekas abang tirinya. Dan dia bencikan hal itu.
"Adeena sayang. Kau nak dengar satu cerita?" Rayyan tersenyum. Rambut ikal kehitaman milik Adeena dia mainkan dengan jari.
"Waktu aku kecil dulu, aku selalu kena belasah dengan bapa kandung aku sendiri. Aku terpaksa bekerja seawal aku berusia lapan tahun. Aku tak menuntut ilmu macam orang lain."
Adeena hanya mendiamkan diri. Wanita itu masih terbaring lemah di atas katil. Cuba untuk mengatur nafasnya yang hilang seketika tadi.
"Aku dengan adik aku yang tak guna tu diibaratkan hidup di atas satu kepingan cermin yang retak. Silap langkah 'prak' hancur. Berkecai." Rayyan tersengih.
"Sampailah satu hari tu. Aku dapat rasa apa itu kemewahan. Apa itu keluarga. Aku bahagia. Aku terlepas dari cengkaman bapa durjana. Thanks to your father in law. Dia yang jadikan ibu aku sebagai isteri. Aku senang. Tapi hati aku kosong. Aku benci tengok Tengku Aiden. Aku benci bila kau tersenyum bila dekat dengan dia. Aku benci!"
Rayyan mencengkam kembali leher Adeena dengan kuat.
"R-Rayyan." Kaki milik Adeena menggenggam kemas cadar yang membaluti katil.
"Mati. Mati."
Adeena merenung dengan mata yang berkaca-kaca wajah Rayyan yang bengis. Urat di kepala lelaki itu juga kian timbul akibat amarah yang membelenggu diri. Malah urat di tangan sasa milik Rayyan juga timbul menandakan kuatnya cengkaman pada leher Adeena.
"R-Rayyan. S-Sakit."
AIDEN menunduk. Pandangan lelaki itu kosong merenung ke arah lantai yang bermozek. Lelaki itu kelihatan sungguh rapuh.
"Aid." Aiden memejamkan matanya. Tubir mata lelaki itu memanas. Setelah sekian lama menahan akhirnya tangisan lelaki itu pecah buat insan yang dicintai sepenuh hati.
William mendekati Aiden lalu tubuh sasa lelaki itu dia peluk dengan erat.
"Aku gagal lindungi dia." Belakang tubuh William dicengkam kuat oleh Aiden.
Dia perlukan sokongan. Emergency room yang masih berlampukan merah itu membuatkan hatinya runtuh.
"Kau tak pernah gagal Aid. Kau kuat."
Aiden menggeleng. Berkaitan dengan Adeena? Dia tidak mampu untuk mempertahankan jiwanya. Dia gagal menunjukkan dia baik-baik sahaja jika isterinya berada di dalam keadaan sebegitu rupa.
"I will kill that bastard." William menggeleng. Merapu.
"Don't, kau stress Aid. Tenangkan diri kau dulu. Jangan buat perkara yang boleh mendatangkan masalah kemudian hari. Aku tahu kau marah, tapi sekarang isteri kau sedang bertarung nyawa dekat dalam sana. Dia perlukan sokongan kau. Jangan buat kerja gila." Ujar William bersungguh.
Dia bukannya tidak tahu akan perangai gila Aiden yang satu itu. Pernah Aiden membelasah lelaki berumur sekitar awal 30-an akibat lelaki itu merenung isterinya tidak lepas! Hampir mati Aiden mengerjakan sosok tubuh serta wajah lelaki itu
Gila! Lelaki itu pernah dipenjara semalaman akibat tingkahnya.
"Isteri aku bertarung nyawa disebabkan dia Liam! If kau berada di tempat aku, how much you can handle this fucking situation! Isteri aku mengandung! Anak aku! Arghhh!" Aiden menumbuk kasar dinding yang berdekatan dengannya.
Buku lima tangannya yang cedera dia abaikan. Tidak sesakit jiwa dia. Tidak sesakit hati dia. Jiwa dia menangis disebabkan keadaan itu! Sungguh manusia yang berada di sekitarnya tidak faham situasi dia!
"Aid. Pergi solat dulu ya son. Jangan cederakan diri kamu sendiri. Minta pertolongan dari yang esa. Itu lebih baik." Tengku Adriel menggosok belakang tubuh sasa anaknya. Dia juga lelah. Jantungnya melemah sejak semalam.
Perasaan bersalah juga membelenggu dirinya. Sebab dia kah? Keadaan Adeena seperti itu? Salah dia kah? Aiden tidak dapat berada di sisi Adeena ketika wanita itu memerlukannya. Lelaki itu lebih mengutamakan dirinya yang terkena serangan jantung.
Aiden mengangguk patuh. Akalnya meminta agar dia berada di situ sehingga urusan Adeena selesai. Sudah 2 jam berlalu namun dia masih lagi tidak ketahui keadaan Adeena dan juga anaknya. Bagaimana keadaan kedua-dua insan yang dia sayangi?
Baik kah mereka berdua? Atau sebaliknya?
Short chapter! Saya busy sbb dh nk exam semester. Sorry;(