Bab 27

131 5 0
                                    

          Ketika Perhimpunan sekolah, cikgu memberitahu yang tak lama lagi acara sukan sekolah akan diadakan. Fatin kecewa mendengar kerana tangannya masih sakit. Sejakform 1 lagi Fatin mewakili rumah sukannya untuk sukan, lompat jauh, lompat tinggi dan lari pecut. Fatin tersangatlah mahu menyertai acara itu dan berbohong mengatakan tangannya sudah pulih. Kelab taekwondo juga akan membuat persembahan pembukaan seperti biasanya.

"Fatin, kau dah baik ke? Kalau kau belum baik ada peluang lah aku nak menang lompat tinggi nanti". Kata Nasha.

" Kau boleh menang, tapi dalam mimpi. Aku boleh main lah". Kata Fatin.

Fatin tetap berdegil untuk menyertai sukan sukan itu. Fatin berfikir jika hanya lompat jauh dah lari pecut tiada masalah baginya tetapi lompat tinggi sangat berbahaya untuk Fatin dengan keadaanya yang begitu.

         Habis perhimpunan, semua ahli taekwondo berkumpul di gym untuk persiapan persembahan. Fatin melihat Cikgu shakiram tiada di bilik itu . Fatin terus mengikuti yang lain berlatih. Jika cikgu shakiram tahu Fatin ikut serta acara sukan ini, tentu saja dia akan marah kepada Fatin. Tak lama kemudian cikgu shakiram masuk dan melihat Fatin sedang ikut berlatih bersama. Cikgu shakiram tidak memberhentikan fatin dan hanya melihat berlatih. Nasha mendekati Fatin kerana mereka ada latihan untuk acara sukan. Mereka berdua mendekati cikgu shakiram kerana ingin meminta izin keluar.

"Cikgu, kitaorang ada latihan acara sukan. Kitaorang kene pergi sekarang". Kata Nasha.

" Acara sukan pun amik bahagian?? Fatin jangan bersungguh sangat, buruk padahnya". Kata cikgu shakiram.

"Baik cikgu". Kata Fatin.

Mereka berdua terus pergi ke padang untuk latihan. Sampai di Padang, Fatin mula terfikir akan kata kata cikgu shakiram. Fatin berfikir sejenak dan membuat keputusan untuk tidak mengambil bahagian di acara sukan. Biarlah tahun ini orang lain yang bergelar juara rumah sukan. Fatin memberitahu guru rumah sukannya dan balik ke gym. Cikgu shakiram terus tersenyum melihat Fatin tidak pergi latihan sukan.

        Di rumah, Fatin bersiap siap kerana ingin pergi Shopping. Cikgu shakiram nampak Fatin bersiap siap terus cikgu shakiram mengambil jaket nya dan ingin mengikuti Fatin. Fatin memandang cikgu shakiram dengan muka serius.

" Abang nak apa? ". Tanya Fatin.

" Nak ikut, tak kan sayang nak pergi seorang seorang je bahaya tau". Kata cikgu shakiram.

"Bahaya apa nya dah selalu naik grab pergi Shopping". Kata Fatin.

" Ok, mulai sekarang abang grab sayang ". Kata cikgu shakiram.

Fatin cuba menahan senyum nya. Cikgu shakiram terus menyuruh Fatin untuk terus masuk ke kereta. Sampai di Shopping Mall, Fatin berjalan masuk seperti sudah biasa dengan Mall itu. Cikgu shakiram mengikut rapat dengan Fatin dan memastikan Fatin tidak hilang. Fatin memberikan barang barang kepada cikgu shakiram untuk pegang dengan alasan tangannya sakit. Cikgu shakiram dengan rela memegangkan barang barang Fatin. Tak lama kemudian, Fatin sudah penat berjalan dan kakinya lenguh. Fatin mengerakkan kakinya supaya Rasa lebih baik. Cikgu shakiram ternampak kaki Fatin sudah lenguh dan mencari tempat untuk duduk.

" Jom, kita cari tempat duduk". Kata cikgu shakiram.

"Ha, okey". Kata Fatin.

" Lain kali kalau kaki dah sakit bagitahu. Jangan senyap je". Kata cikgu shakiram.

"Baik tuan shakiram". Kata Fatin.

Mereka terus duduk di kedai makan. Fatin terus mencapai menu dan mengorder makanan. Fatin lupa tujuan mereka kesitu adalah untuk duduk sahaja. Cikgu shakiram memandang Fatin yang sedang mengorder makanan dengan muka marah.

CIKGUKU SUAMIKUWhere stories live. Discover now