𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 41

14.1K 1.5K 305
                                    

"AWAK nak pergi mana?" soalku laju apabila melihat suamiku sedang membutang baju kemeja berwarna biru laut itu di badan tegapnya. Dia berdiri tegak di hadapan cermin, matanya birunya menjeling sekilas aku yang baru bangun dari tidurku melalui pantulan cermin. Melihat daripada gayanya, aku tahu dia mahu keluar pergi ke suatu tempat.

Aku menguap sedikit seraya menutup mulutku. Terasa memberat kelopak mata aku ingin mencelikkan mata seluasnya. Kantuk masih tersisa. Kemudian, aku mengeliat menghasilkan bunyi.

"Awak nak pergi, Adam? Hari ni kan cuti. Duduk aje la rumah." Ulangku buat kali kedua. Soalan aku tadi langsung tidak dijawab, mengundang rasa marah di hatiku. Ish, dia sengaja tak mahu jawab soalan aku.

"Jangan keluar. Duduk rumah," putusku tegas. Aku pula yang keluarkan arahan kepada dia. Aku ke dia yang suami sekarang ni? Argh, tak kisah la! Pokoknya, aku mahu dia ada di depan mata aku setiap masa. Hari ini sahaja. Haha.

Untuk kesekian kali, aku menguap kecil. Mengantuknya la. Jarang betul aku nak tidur waktu tengah hari macam ni. Sejak kebelakangan ini aku mudah rasa mengantuk bila tepat jam 12 tengah hari. Rasa dah macam kena sumpah. Nak membuta aje siang-siang hari ni.

Apabila tengah malam, aku mudah terjaga. Sukar untuk aku tidur memandangkan aku terlalu banyak tidur di siang hari. Mulalah aku buat bising dengan mengacau lena Adam. Aku paksa dia layan karenah aku. Mujurlah dia tidak membantah. Sabar dia melayani setiap karenah aku.

Walau bagaimanapun aku masih lagi marah terhadap Adam. Aku tak dapat nak terima dia lagi setelah apa yang dia lakukan kepada aku. Tetapi, adakalanya aku rindukan kemesraan kami yang dahulu. Sehinggakan anak lelaki aku pun dapat menghidu sesuatu yang tak kena di antara aku dan Adam. Kata Ian...

"Luna kata... Umi dan babah gaduh."

Aku hanya mampu tersengih sahaja masa tu. Aku akui Luna seorang kanak-kanak perempuan yang pintar. Pasti mewarisi dari mamanya. Tak dapat juga disangkal, anak aku banyak dipengaruhi oleh Luna. Hai la... Jawapan yang aku tak boleh nak blah bila Luna jawab macam ni...

"Luna tahu aunty dan uncle gaduh sebab dah lama aunty dan uncle 'tak buat anak' depan kami."

Aku... Aku tak tahu la nak terangkan macam mana lagi. Sungguh budak Luna itu telah mempengaruhi sepenuhnya fikiran Ian. Jangan salah faham dengan ayat 'tak buat anak' tu. Maksud Luna hanyalah peluk. Aku tak tahu la siapa yang mengajar Luna benda ni semua.

Adam terusan membisu. Mengendahkan arahan tegas daripadaku. Dapat kulihat dia sedang merapikan rambut dengan jarinya. Eh, dia ni. Aku cakap jangan keluar, dia nak keluar juga. Aku marah ni!

Dia tak tahu ke yang aku ni sedang cemburu. Aku tak tahu dia mahu berjumpa siapa di luar sana nanti. Kalau lelaki tak apa la juga, macam mana kalau perempuan? Mahu aku cincang perempuan tu sebab berani jumpa lelaki aku. Argh, tak suka!

"Abang...." Meleret. Eh, tersasul pula! Lekas aku menekup mulutku. Aduh, kan aku dah janji tak nak panggil dia abang. Dasar mulut derhaka!

Adam menoleh. Dia memandang aku dengan kening yang terangkat tinggi.

Aku meneguk air liur sekali dengan rasa tak percaya apa yang memenuhi retina mata aku saat ni. Mata aku terkedip-kedip laju. Kenapa dia nampak sungguh seksi sangat di pandangan mata aku sekarang. Aduh, boleh gila cik jantung ni. Pantas, aku menerpa ke arahnya.

Dapat kulihat wajah Adam bertukar cuak. Dia berundur ke belakang secara mendadak. Mahu melindungi dirinya yang bakal menjadi mangsa aku dalam masa beberapa saat.

"Awak nak pergi mana pakai macam ni, hah? Kan saya suruh duduk rumah... Cabut balik baju awak sekarang. Kalau tak... Saya yang cabut baju ni dari badan awak. Pakai smart macam ni. Macam mana kalau ada perempuan lain tergoda tengok suami saya ni?" Aku bercekak pinggang. Memarahinya, lagaknya seperti aku memarahi Ian apabila dia membuat perangai.

Adam tersenyum senget. Dia memegang kemas kedua-dua belah bahuku. Dia menunduk sedikit mahu menyamai ketinggiannya denganku yang hanya paras dadanya sahaja. Cis, terhina sungguh ketinggian aku sekarang!

"Abang tak keluar lama pun, Hawa. Malam nanti abang balik la..." ujar Adam selamba dengan senyuman yang tergantung di bibirnya.

"Cakap dekat saya... Awak nak pergi mana, Adam?"

"Hospital."

"Hospital?" Kening aku berkerut. Buat apa dia nak pergi hospital? Jangan kata yang dia ni... Aku menutup mulutku laju dengan telapak tangan aku. "A... Awak... Sak... Sakit ke, Adam?" Bergetar nada suara aku.

Mata aku mulai berkaca-kaca.

"Penyakit awak kronik ke, Adam? Dah tahap berapa kanser awak ni? Kenapa tak pernah cakap dekat saya pun selama ini?" ujarku diiringi esak tangisan. Aku menyeka pantas air mata aku.

Dan... Aku menangis lagi, berserta dengan raungan yang besar. Adam nak tinggalkan aku. Tanpa malunya, aku menyembamkam wajah aku yang penuh dengan air mata ke dadanya. Aku sertakan sekali dengan pakej hingus aku di kemejanya.

Aku menangis semahunya. Tak memberikan Adam peluang untuk berkata.

"Berapa lama lagi awak boleh hidup Adam?" Aku mendongak, memandang wajah tampan suamiku.

Aku nampak mulut dia bergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu... Tetapi, aku pantas menghalang dengan jari telunjuk aku.

"Tak apa kalau tak nak beritahu saya, Adam. Saya faham."

Aku memeluknya erat. Aku takkan lepaskan dia hari ni. Atau sampai bila-bila.

"Are you pregnant, sayang?"

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now