Bab 31

268 23 0
                                    

Aurora tunduk.Sungguh dia malu.Dia malu berhadapan semua orang.

"Aku tak sangka sia dia dah memalukan batch kita"

"Asyik berkepit dengan Rayyan."

"Selalu marah sebab kita lewat.Sekarang padan muka dia."

Kayra terus menghampiri Aurora di belakang kelas.Dia terus memipin Aurora masuk ke kelas.

Ya, Aurora digantung tugas selama sebulan.Blazer di tangannya diberikan kepada Kayra.

Aurora menarik kerusi miliknya lantas duduk lalu meletakkan kepalanya ke meja.Sungguh dia terlalu penat.

Kayra hanya memandang Aurora di sebelahnya.Terasa simpati tapi apa boleh buat ?

"Aurora ..."

Kayra meletakkan telunjuk di mulutnya tanda tidak mahu Aurora diganggu.

Zafran hanya mengangguk faham.






Aurora menghirup air vitagen miliknya.Dia merenung ke arah padang yang hijau itu.

Dia mengeluh.Ini juga merupakan kesalahannya juga atas kecuaian sendiri.

Tiba-tiba seseorang datang menghulurkan coklat kepadanya.

Dia terus duduk di bangku tersebut bersebelahan Aurora.

"Kau tak pernah disabit kesalahan ke ? Sepanjang 4 tahun.Kau rugi."

Aurora memandang lelaki berambut blonde itu pelik.

"Means ?"

"Kau kena anggap ni kenangan kau duduk kat sekolah.Tak payah sedih sangat.Sebulan kan kau kena gantung tugas ?"

Aurora memerhati nametag milik lelaki itu.

"Felix ?"

Lelaki itu menggangguk.

"Kau mesti penat dengar nama aku.Aku kan jahat dekat sekolah ni." katanya lagi.

"First time lah.Apa yang awak buat ?"

"Heh.Kau tak payah formal sangat.Panggil Felix je.Ikut kau."

Aurora memandang lelaki itu lagi.Kenapa rasa familiar ?

"Kau dah kenapa pandang-pandang aku.Aku tau aku hensem kan ?" katanya sambil mengangkat kening.

"Euw.Tak kuasa.Kau kawan dengan Kak Irene kan ?"

Felix hanya mengangguk.

"Kawan paling bangang.Kadang aku rasa bodoh jugak kawan dengan dia."

Aurora memandang Felix.

"Dia tak pernah hargai effort aku untuk dia." kata Felix lagi.

"Nama panjang kau ?"

"Abraham Felix.Sedap kan nama aku ?"

Aurora tergelak kecil.

"Macam mana Irene kawan dengan kau ? Selalu angkat bakul sendiri."

Mereka berdua tertawa.

Felix memandang Aurora.Dia perlu melindungi Aurora dari sekarang.








Aurora meletakkan kasut di rak lalu memasuki dorm.Keenam-enam mereka membuat bulatan di ruang tengah.

Mereka semua melihat Aurora dengan penuh sayu.Apa yang boleh mereka lakukan ?

"Korang tengah bincang apa ? Kalau pasal pengawas aku tak kacau." kata Aurora lalu ke katilnya.

Mereka berenam hanya mampu berdiam dan merenung ke arah Aurora.

Aurora meletakkan beg sekolahnya lantas membuka tudung lalu baring di katil.

The Prefects ( 2020 )Where stories live. Discover now