INARA mengorak langkah keluar dari balai ketibaan. Udara di hirup segar. Rindunya Malaysia setelah hampir sebulan dia menetap di Korea.
Rambutnya yang berwarna coklat gelap di betulkan lalu telefon bimbit yang berdering dikeluarkan untuk menjawab panggilan sahabatnya, Sarra.
Tanpa salam terus sahaja suara Sarra memetir di hujung talian.
"Kau kat mana? Kau tahu tak Malaysia ni panas tak sama dengan cuaca Korea?"
Inara menjauhkan sedikit telefon yang dipegangnya dari telinga. Boleh pekak dengar suara Sarra yang serupa tertelan microphone itu.
"Waalaikumussalam Cik Sarra. Sabar lah bukan salah aku kalau flight lambat." Inara memerli. Tak ada angin, tak ada ribut.. Kerja asyik nak memekik sahaja si Sarra ni.
"Ah tak wajib pun bagi salam. Sunat! Cepat lah aku dah lapar kau tahu tak aku terpaksa skip lunch aku disebabkan kau and-"
Inara terus memutuskan panggilan. Tidak kuasa rasanya mahu mendengar bebelan Sarra itu. Dia tergelak kecil, pastinga Sarra sedang menyumpah seranah tentang dirinya. Lantaklah! Siapa suruh asyik membebel! Kerja Sarra asyik membebel sahaja tidak ubah seperti Puan Sri Frida.
Bercakap tentang Puan Sri Frida.. Boleh tahan rindu juga dia kepada si ibunya itu.
Tidak jauh dari situ, matanya sudah tertumpu pada sebatang tubuh yang sedang bersandar di sebuah kereta Audi TT berwarna silver. Lihatkan kepada wajah Sarra yang sudah kemerahan dan berkerut di bawah matahari terik itu, yakinlah dia bahawa Sarra sudah lama menuggu kehadiran dirinya.
Inara pun pelik, apa gunanya kereta jika tidak mahu berteduh di dalam? Dia ingat, dia hero novel yang menunggu kehadiran kekasih? Sehingga sanggup berdiri di bawah matahari yang terik?
Langkah dilajukan ke arah Sarra lalu tidak menunggu lama tubuh ramping dan tinggi milik Sarra dipeluk olehnya erat tidak ubah seperti gaya seorang diva.
Sarra tersenyum. Haih! Duduk Korea bukan main lama! Balik sini pun masih single.
"Kau ni cerita la kenapa kau tiba-tiba je pergi Korea, hampir sebulan pula tu! Lama tau!" gesa Sarra sambil matanya masih fokus dihadapan.
Entah apa asbabnya seorang Inara terus ke luar negara. Memang betul, Inara langsung tidak menceritakan dengan terperinci kepada sesiapa pun tentang apa yang berlaku.
Dia hanya meminta izin dari kedua orang tuanya untuk membawa diri ke Korea. Tan Sri Irsyad dan Puan Sri Frida pula hanya bersetuju.
Yalah, Inara memang suka bercuti ke luar negara tetapi kali ini terlalu lama sehingga mengambil masa sehingga hampir sebulan. Sebelum ini kalau dia pergi bercuti sekalipun, paling lama masa percutiannya itu hanya mengambil masa selama minggu.
"Panjang ceritanya.." Inara menjawab persoalan Sarra. Sengaja dia meleretkan suara agar menimbulkan lagi rasa tidak sabar di hati rakannya itu.
"Pendekkan lah!" marah Sarra. Orang tanya ni, boleh pula main-main!
"Panj." Inara tersengih dengan lawak sendiri.
Laju sahaja tangan Sarra naik memukul lengan Inara disebelah. Eh kera lah dia ni.
"Reservation under Mr. Farhan"
"Here, miss" laju sahaja Pelayan itu menunjukkan arah
Inara berjalan menuju ke arah meja yang ditunjukkan namun langkahnya terhenti. Keningnya naik bercantum cuba memastikan keadaan ini.
Apa yang Maya buat kat situ? Di sebelah Farhan pula? Tanpa banyak soal, laju sahaja Inara duduk di hadapan Farhan dan Maya
"Spill." Muka biasa ditayangkan
YOU ARE READING
His Eternal Love
Romansa[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah ciri-ciri seorang Inara. Kawan? Dia tidak mempunyai kawan selain Firdaus dan Sarra. Hari-harin...