Work?

89 11 0
                                    

Tangannya masih laju menaip dan menari di atas papan kekunci komputer ribanya. Telefon pejabat berbunyi-bunyi minta diangkat dibiarkan sahaja tanpa jemu mendengar jeritannya. Tak lama kemudian, telefon bimbitnya pula yang berbunyi diiringi bunyi mesej masuk.


Dalam ralit menaip, bibir merahnya masih sempat mengukir senyuman di hujung bibir. Mujur panggilan tidak diangkat, tahu sangat gerangan yang gila-gila memanggilnya tanpa henti.

Fokusnya pada kerja di hadapan bertambah baik sebaik saja keadaan menjadi sunyi daripada gangguan biasa yang dia terima sejak dulu lagi. Tapi tak lama kemudian, telefon bimbitnya berbunyi lagi minta diangkat. Sempat dia menjeling ke arah skrin iPhonenya sebelum tarian jarinya di atas kekunci terhenti. Dahi berkerut tanpa di rancang sebelum telefon di atas meja dicapai.

"Bro? Awatnya?"

"Assalamualaikum Pak Abu.."

"Hmm..waalaikumsalam Pak Jamal. Ada apa ni? Tibe je call."

"Hai, nak call pun kene buat appointment ke?"
Dia tergelak besar.

"Aku tengah busy siapkan laporan ni. Due date petang ni."

"Okey, okey. Aku faham. Kau dah buka e-mel aku belum?"

"Aku belum sempat online dari pagi tadi. Ada apa? Projek besar?"

"Buka e-mel kau sekarang."
Dia mengeluh perlahan.

"Okey, dah. Ceh, setakat resume ni, untuk apa? Kau bukan dah ada kerja ke?"

"Bukan resume aku la!"

"Dah tu, resume siapa lak ni?"

"Bukan ke hari tu kau minta tolong aku untuk carikan calon yang sesuai?"

"Calon?" soalnya lagi. Belakang kepala digaru perlahan. Calon apa pula ni? Tangannya laju menekan butang Download. Tertera gambar dan tulisan panjang di hadapannya.

"Munurut hemat aku, dia ialah calon yang sangat sesuai untuk kau dari semua segi. Tak payah fikir panjanglah. Terima je! Minggu depan dia datang jumpa kau. Dah bubye Assalamualaikum."

"Weh Paan , waalaikumussalam..." balasnya perlahan sambil mata ralit membaca setiap satu perkataan yang tertaip kemas di hadapannya. Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman sebelum tawanya memecah kesunyian dalam bilik itu.

Thank you bro! Memang calon yang sesuai. Aku tak sabar nak jumpa orangnya!

Ugh I Love You Mr.HandsomeWhere stories live. Discover now