Pada hari sukan sekolah, Fatin bersiap siap untuk pergi ke sekolah dan meletakkan makanan ringan dalam begnya. Cikgu shakiram melihat Fatin dan menyuruhnya untuk masuk ke kereta.
"Sayang Jom masuk kereta cepat". Kata cikgu shakiram
" Ok, ok sabar lah". Kata Fatin.
Fatin masuk ke kereta dan pergi ke sekolah. Dalam perjalanan, fatin membuka lagu dalam kereta dengan kuat. Cikgu shakiram jugak mengikuti Fatin Bernyanyi. Fatin juga puji suara cikgu shakiram walaupun tidak sedap. Sampai di sekolah, mereka melihat suasana sangat meriah dengan hiasan. Fatin terlalu teruja terus keluar dari kereta tanpa begnya. Cikgu shakiram perasan Fatin keluar dari kereta tanpa begnya dan terus mengambil beg Fatin. Cikgu shakiram melihat beg Fatin penuh dengan makanan ringan. Cikgu shakiram terus mengeluarkan semuanya dan memasukkan roti dan susu kedalam beg Fatin. Tanpa cikgu shakiram sedar Sarah datang ke sekolah itu dan masuk ke dalam kereta cikgu shakiram. Cikgu shakiram juga terkejut kerana Sarah tiba tiba ada di sekolah.
"Eh, kau nak apa ni? Sekarang dekat Sekolah tau". Kata cikgu shakiram.
" Saja I datang sebab i nak jumpa you". Kata Sarah.
"Kau cakap betul betul kau nak apa? ". Tanya cikgu shakiram.
" Syarikat papa i ada sponsor dekat sekolah ni. You tahu kan syarikat papa i nak cari atlet baru. So, dia tahu yang sekolah ni banyak atlet ". Kata Sarah.
" Eh, aku tak nak tahu lah semua ni kau ingat aku nak tahu sangat ke? " Kata cikgu shakiram.
"You kene tahu sebab kau bakal mewarisi syarikat tu nanti". Kata Sarah.
Mereka bergaduh di dalam kereta. Sementara itu, Fatin tersedar yang dia tertinggal begnya di dalam kereta dan berpusing balik ke kereta. Fatin ternampak Sarah ada di dalam kereta bersama cikgu shakiram. Sarah ternampak Fatin dan dengan sengaja dia memegang cikgu shakiram. Fatin memandang mereka dengan perasaan yang hancur. Fatin terus membatalkan niatnya ingin mengambil begnya dan menunggu di Dewan bersama yang lain. Cikgu shakiram sama sekali tidak mengetahui tentang itu.
Di gym taekwondo, Fatin sedang bersiap siap mahu membuat persembahan bersama dengan lain. Cikgu shakiram masuk ke gym dengan beg Fatin dengan muka tersenyum. Fatin terus mengambil begnya dan menunggu di luar. Cikgu shakiram terkejut kerana Fatin berubah mood dengan sangat mendadak. Fatin terus mengejar Fatin ke luar.
" Sayang kenapa ni? Abang ada buat salah ke? ". Tanya cikgu shakiram.
" Tak apa apa lah. Pening kepala sikit je". Kata Fatin.
"Macam tu tak payah buat persembahan lah". Kata cikgu shakiram.
" Lantak lah orang nak buat ke tak nak!!" . Jerit Fatin.
Fatin terus pergi ke tempat lain. Cikgu shakiram terkejut kerana tiba tiba begitu. Semasa menunggu giliran untuk membuat persembahan, Fatin memegang tangan kirinya untuk merasa lebih baik. Persembahan itu berjalan dengan lancar walaupun tangan Fatin sakit. Cikgu shakiram memandang Fatin kerana risau tentang tangannya. Habis sahaja persembahan, Fatin terus pergi ke bahagian Medic untuk merawat tangannya. Cikgu shakiram menghampiri Fatin di bahagian Medic.
"Jawab siapa nak tanggungjawab. Jawab Fatin, siapa yang nak tanggungjawab!!". Jerit cikgu shakiram.
" Cikgu kalau nak marah saya , marah je saya tak kisah. Tapi jangan lah jerit". Kata Fatin.
"Boleh tak jangan ego, penat lah macam ni. Bagitahu je boleh tak? ". Kata cikgu shakiram.
" Penat? Penat dengan saya? Okey baik lah cikgu shakiram. Cikgu pun boleh lah bagitahu apa yang jadi dekat dalam kereta tadi". Kata Fatin.
Fatin mengambil pembalut dan terus pergi dari situ. Cikgu shakiram tidak mengerti apa yang Fatin cuba sampaikan. Cikgu shakiram memandang sekeliling dan ternampak Sarah bersama papanya. Cikgu shakiram baru teringat tentang Sarah dan menyesal meninggikan suara kepada Fatin. Fatin marah dan pergi ke tandas. Fatin juga marah kepada budak form 5 yang membuatkan tangannya seperti itu. Fatin membalut tangannya sendiri di tandas. Setelah lama Fatin meghilangkan diri, Fatin muncul kembali dan membantu cikgu khairil MC kan acara. Acara seterusnya ialah acara untuk para guru. Fatin dengan bersemangat mengacarakan acara itu. Cikgu shakiram langsung tidak boleh fokus dengan permainan kerana memandang ke arah Fatin sahaja.
Habis saja semua acara, Fatin menunggu cikgu shakiram di dalam kereta. Cikgu shakiram tidak masuk kereta kerana berpikir bagaimana cara mahu berbaik dengan Fatin. Fatin lama menunggu cikgu shakiram sehingga Fatin terpaksa menekan hon kereta. Cikgu shakiram terus terkejut dan cepat cepat masuk kereta. Dalam perjalanan pulang, mereka sangat senyap dan tidak bercakap dengan. Fatin memejamkan matanya kerana tidak ingin bercakap dengan cikgu shakiram.
"Sayang tak nak cakap dengan abang tak pe, tapi sayang dengar apa yang abang nak cakap. Abang sendiri tak tahu yang Sarah tu datang sekolah. Papa si Sarah tu sponsor budak sukan sekolah kita. Abang tak de hak nak halau dia dari sekolah ni. Sorry okey, jangan marah lagi. Abang tak pernah rasa penat dengan sayang". Kata Cikgu shakiram.
Fatin mendengar tanpa berkata apa apa. Sampai di rumah , Fatin menyuruh abang Aidil untuk tengok kan tangannya. Abang Aidil membetulkan balutan tangan Fatin. Cikgu shakiram memandang Fatin dengan mata sayu. Fatin terus masuk ke bilik dan berehat. Cikgu shakiram mengikuti Fatin dan tidak berhenti henti memandang Fatin. Fatin berasa rimas dan terus menegur cikgu shakiram.
" Okey, abang nak apa? ". Tanya Fatin.
" Nak apa? Apa? ". Jawab cikgu shakiram.
" Daripada dekat bawah tadi cikgu padang orang macam kucing yang mintak kasih sayang tuan dia". Kata Fatin.
"So, bagi lah kucing yang comel ni kasih sayang". Kata cikgu shakiram.
" Okey, boleh". Kata Fatin
Fatin terus mengambil banyak dan selimut dan menolak cikgu shakiram keluar dari bilik. Cikgu shakiram terkejut dan mengetuk pintu bilik Fatin dengan cemas. Abang Aidil dan abang airil terdengar Cikgu Shakiram mengetuk pintu dengan sangat kuat dan mereka terus pergi ke atas. Mereka nampak ada selimut dan bantal di tepi cikgu shakiram. Mereka terus ketawa dan masuk ke bilik mereka.
"Tidur luar ye bang". Kata abang Aidil.
" Nasib baik tak de kandang kuda, kalau ada tidur lah dekat kandang kuda ". Kata abang airil.
Cikgu shakiram memandang ke arah mereka dengan muka malu. Cikgu shakiram terus membawa selimut dan bantal ke sofa.
Keesokannya, Fatin mengikuti abang abangnya ke studio untuk shooting. Fatin perasan yang Cikgu shakiram tidur di sofa. Fatin berasa kesian dan mengambil susu dan roti untuk sarapan cikgu shakiram. Fatin meletakkan makanan itu di depan nya dan meletakkan satu nota. Tak lama selepas Fatin pergi, cikgu shakiram terjaga dan melihat susu dan roti di hadapannya. Cikgu shakiram juga ternampak nota di tepi makanan.
" Lepas bangun, letak balik bantal dengan selimut tu dekat dalam bilik. Sarapan jangan lupa. Dont Mess with Me". Baca cikgu shakiram.
Selepas membaca nota itu, cikgu shakiram dengan senang hati menikmati sarapan yang di sediakan oleh Fatin Walaupun hanya roti dan susu. Selepas sarapan, cikgu shakiram bersiap siap untuk pergi ke pejabat. Cikgu shakiram terpaksa berkerja pada hujung minggu kerana pada hari biasa dia akan sibuk dengan hak sekolah. Belum sempat cikgu shakiram mengundurkan keretanya, Sarah tiba tiba muncul di belakang kereta Cikgu shakiram. Cikgu shakiram nampak sahaj Sarah dia sudah pening kepala mahu melayan sarah.
"Kau nak apa? ". Tanya Cikgu shakiram.
" Tak de, I datang nak bagi sampul ni je". Kata Sarah.
"Ada apa dalam ni? ". Tanya cikgu shakiram.
" Dekat office nak you bukak lah". Kata Sarah.
Sarah terus pergi selepas memberikan sampul itu kepada cikgu shakiram. Cikgu shakiram terus mencampakkan sampul itu di keretanya dan pergi ke syarikat. Di syarikat, cikgu shakiram mencari sampul yang Sarah beri padanya tadi. Dia membuka sampul itu dan isinya ialah gambar cikgu shakiram bersama Sarah. Cikgu shakiram terus terkejut melihat gambar itu kerana itu bukan gambar biasa mereka tetapi itu gambar ketika mereka membuat silap di luar negara dulu. Cikgu shakiram terus memasukkan gambar itu kedalam sampul dan letak di dalam begnya. Cikgu shakiram sangat cuak dan takut jika Sarah memberitahu perkara itu kepada Fatin.