Bab 1

36 3 0
                                    

"Yuni, cepat bangun...mama ada sesuatu untuk beritahu kamu ini." ujar Puan Yaya, iaitu mama kepada Yuni. " Ya, mama. Ada apa, mama?" ujar Yuni dalam keadaan yang masih lagi mamai.

     Puan Yaya terus tertawa kecil apabila melihat Yuni yang masih lagi mengantuk itu. Lalu Puan Yaya terus mengatakan,"Mama mahu beritahu kamu bahawa minggu hadapan kamu perlu pindah ke sekolah baharu".

     Apabila Yuni mendengar berita itu, dia terus terkejut malah mengantuknya juga sudah hilang. "Tapi mama, saya sudah seronok belajar dengan kawan-kawan di sekolah saya." ujar Yuni, penuh kecewa.

    "Maaflah, Yuni. Tapi mama mahu masukkan kamu ke sekolah yang lebih bagus dan berprestasi tinggi." kata Puan Yaya. Lalu dia menyambung percakapannya "Harap kamu faham, ya?"

     "Ya, mama." ujar Yuni sambil menundukkan kepalanya. Puan Yaya tahu bahawa anaknya sedang bersedih lalu dia keluar daripada bilik anaknya itu untuk memberikan Yuni sedikit ruang.

      Yuni yang masih kecewa dan sedih itu terus mengambil tuala untuk mandi dan bersiap untuk ke sekolah yang dia sepatutnya belajar di situ selamanya.

      Selepas beberapa ketika, Yuni tiba di sekolah. Dia berasa berat untuk meninggalkan sekolah kesayangannya itu. Sesampainya di kelas, dia terus duduk di kerusinya tanpa sepatah kata.

     "Helo, sahabatku Yuni!" tegur Aina, kawan rapat Yuni. "Eh, mengapa kamu monyok saja hari ini?" tegurnya lagi. Yuni menjawab selamba " Tiada apalah, cuma masalah peribadi."

     "Tak mungkinlah, kamu lebih monyok daripada biasa." kata Aina yang membuatkan Yuni berasa sangat sedih. "Maaf Aina, saya perlu pindah sekolah pada minggu hadapan." jawab Yuni tanpa memandang wajah Aina.

      Aina terdiam. Dia tidak dapat terima mahupun percaya bahawa Yuni, iaitu kawan rapatnya sejak kecil akan meninggalkannya.

Seminggu kemudian....

      Pada pagi ini, paginya tidak seperti sebelumya. Ia sangat berbeza. Perasaan, emosi, kemewahan, semuanya berbeza. Yuni yang selalunya gembira untuk pergi le sekolah, tetapi hari ini dia sangat gugup dan takut.

      Takut akan kawan-kawan, persekitaran yang berbeza dan banyak lagi. Dia bagaikan hidup di dunia lain.

       Yuni tiba di sekolah barunya. Dia melihat sekolah itu penuh dengan kemewahan dan hiasan. Namun begitu, kemewahan-kemewahan itu tidak dapat menghilangkan rasa gugupnya itu.

        Yuni melangkah masuk ke kelasnya lalu memperkenalkan diri kepada gurunya Dan rakan-rakan barunya. Die berasa agak gementar semasa memperkenalkan diri.

        Semasa Yuni mahu ke kerusinya, dia memandang beberapa orang kawan barunya yang memandang sinis padanya. Ada juga yang tertawa kecil. Itu membuatkan Yuni berasa rendah diri.

"Kringg!!!!".

        Kelas pertama Yuni telahpun tamat. Selepas memberikan beberapa nasihat, guru matapelajaran nya itu terus mengambil langkah untuk menuju ke kelas seterusnya.

       Sesudah sahaja gurunya keluar, Yuni terdengar satu suara "Huh, budak baru itu masih belum tahu siapa kita semua. Jangan berkawan dengan dia, lihatlah dia bagaimana."

Bersambung^^

Our First Meet Where stories live. Discover now