ᴥ3ᴥ

49 7 0
                                    

"Adoi!" Natasya menyapu perlahan wajahnya yang sakit dek terlanggar bahu lelaki di hadapannya itu tanpa sengaja.

"Kau letak mata kat lutut ke?" marah lelaki itu sambil menyapu perlahan bahunya. Muka bengis ditayang tanda protes.

Lutut? Cepat-cepat pandangannya dialihkan ke bawah. Mata kat lutut?

"Sorry tak sengaja.."

"Lain kali, jangan suka berangan. Hmm..tengah jalan pun boleh berangan. Cepat masuk!"

Natasya membulatkan matanya. Bibir diketap perlahan. Ooo kutuk eh. Okey ini kali pertama dan terakhir kau makan dengan mamat sombong ni. Lepas ni, takkan ada dah!

Dan di sepanjang perjalanan, tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Doktor Aiman sombong tu? Lagilah tak. Khusyuk memandang ke depan dengan cermin mata hitamnya. Bajet kacak sangat. Enggan terus memerhati lagak si pemandu, Natasya berdehem perlahan. Sesekali dia buat-buat batuk. Rasa kekok berada dalam keadaan senyap sunyi seperti itu.

"Ermm..kita nak pergi mana ni Doktor?"

"Kahwin lari."

"Erkk..ka..kahwin?" terjegil mata Natasya. Tubuhnya diinjakkan sedikit mendekati pintu kereta sambil memerhati wajah tampan itu dengan pandangan tidak percaya. Baru hari pertama jumpa..dah..

"Kau ni banyak berangan la. Pergi makanlah. Takkan la nak pergi kahwin. Apa la."

Lelaki itu ketawa kecil sambil menampakkan lesung pipit di pipinya yang licin dan putih cerah itu. Natasya mula memuncungkan mulutnya sambil mata terkebil-kebil. Subhanallah.. Indah betul ciptaan Tuhan di hadapannya ini.

Hmmm.. Kalau beginilah jodoh yang sememangnya Allah dah tentukan buatnya, memang sah-sah dia takkan tolak! Tapi bila diambil soal perangai..hmm, itu kene pikir dua tiga kali.

"Okey. Dah sampai!"

Akhirnya kereta BMW 3 Series itu terhenti juga. Sempat juga Natasya menjeling ke arah restoran di sisi tempat mereka berhenti.

Papa Rich? Mai ai..cukup ke duit dia nak bayar nanti? Baru hari pertama praktikal dah makan dekat restoran eksklusif dan mahal sebegini. Kalau ibu tahu, pasti dia mengamuk sakan!

Tapi rungutannya itu dibiarkan sahaja. Selebihnya dia hanya menurut langkah lelaki itu tanpa banyak soal. Risau pula, kalau banyak sangat bertanya, kelak dia akan ditinggalkan dan disuruh balik sendirian dengan berjalan kaki.

Lelaki itu mengambil tempat yang agak tersorok daripada penglihatan orang ramai. Sekali pandang, macam berdating pula. Berbunga-bunga hatinya membayangkan keadaan itu. Dating dengan pegawai kacak, naik kereta besar dan makan di restoran eksklusif pula tu. Walla!

Pelayan restoran datang sambil membawa buku menu sebaik sahaja mereka duduk. Belum sempat dia menyambut buku menu yang dihulurkan, lelaki itu dengan gaya machonya mengangkat tangan..melarang.

"No thanks. Just give us two fresh orange and two set fish with fried rice. Thank you."

Mata Natasya membulat besar ke arah lelaki di hadapannya. Mulutnya dah gatal hendak bercakap tapi ditahannya hingga pelayan itu beredar dari meja mereka.

"Doktor Aiman, saya..saya tak makan."

"Tak makan? atau tak cukup duit nak bayar?" soal Doktor Aiman, sinis.

Natasya mencebik. Ugh!

"Dah tau, buat juga!" bebel Natasya perlahan lantas tunduk dengan mulut yang muncung

"Don't worry, aku bayar."

Wajah Natasya secepat kilat berubah. Dia tersengih. Wajah lelaki itu yang sememangnya segak berkemeja belang-belang biru muda dengan tali leher warna sedondon itu dipandang dengan mata yang bersinar-sinar.

"Doktor Aiman belanja saya? Wah, mulianya hati Doktor.. Terima kasih! Untung siapa dapat dapat jadi student praktikal Doktor Aiman kan? Hari pertama ada welcome party." puji Natasya berserta sengihan.

"Ada aku kata aku belanja? Dapat elaun bayar balik!"

Aik? Natasya terkesima sebentar. Aci tak kalau dia tarik balik segala pujian yang diberikan sebentar tadi?

"Apa? Saya kena bayar balik? Doktor Aiman yang pandai-pandai order untuk saya, tapi saya pula.."

"Syhh..makanan dah sampai."

Natasya terdiam. Rasa menyesal mula terasa. Penyesalan paling besar sebab bersetuju nak mengikuti penyelia yang sombong, macam bagus dan merangkap kedekut ini keluar makan tengah hari.

Hidangan yang terhidang di hadapannya dipandang sepi. Tak ada selera, walaupun baunya..perghh..memang manarik hati!

"Makanlah, apa yang dipandang-pandang lagi tu? Nanti orang sekeliling tengok kita macam kita berdua ni couple yang tengah bergaduh pula."

"Couple? Eee..tak kuasalah.."

"Tak kuasa?"

Gulpp. Kata-kata Natasya mati di situ. Dengan perasaan takut, dia mengangkat muka. Mesti muka Doktor Aiman dah macam Hulk Hogan. Ermm..Bukan, bukan.. Macam Incredible Hulk mungkin? hehehe

"Saya ingat esok nak puasa. Ermm..Saya nak makan dululah ya. Bismillahhirrahmannirrahim..."

Setelah tak ada respon yang diterima, Natasya menarik nafas lega. Sesekali dia mencuri pandang ke arah lelaki di hadapannya. Sopan betul cara lelaki ni makan. Tertib. Badan tegak je. Serius, bukan calang-calang orang, cuma perangai je tak serupa kategori calang-calang orang. Macam bagus! Huh!

Ugh I Love You Mr.HandsomeWhere stories live. Discover now