#7 SA

36 11 10
                                    

On call...

"She....haish. Okay just like stalker but not stalker." Orang disana berkata dengan keluhan berat. Fayyadh tersenyum senget.

"Kan senang. Ni tak she sho shu haa semua keluar. Okay, tinggi dia? Muka macam mana?"

"Tu masalahnya. Dia tak nak bercakap. She still trauma."

"Okay...call aku balik malam ni." Panggilan dimatikan apabila menerima kata putus dari orang sana.

End call...

"Haih...Raid, Raid. Macam macam."

"AYAH !!!!" jerit seorang budak perempuan.

"Aimi...berapa kali ayah cakap jangan jerit macam tu."

"Ehehehe...oh ayah siapa dalam bilik tetamu?" Fayyadh memandang anaknya.

Lama dia begitu. Aimi Syuhada inilah tempat dia melepas rindu kepada isterinya. Wajah Aimi mirip sangat dengan wajah isterinya, Nurin Sofia.

Ya, Nurin Sofia. Dia amat merindui wanita itu.

"Dia....." Fayyadh berhenti dan mengusap kepala anaknya yang berlapik tudung itu

"Ibu, sayang. Shhh....jangan nangis. Jangan kacau ibu. Biar ibu datang kepada kita."

"Tapi...Aimi rindu ibu. Ayah, Aimi rindu ibu. Ayah tak rindu ibu? Jomlah ajak ibu keluar. Kenapa ibu tidur dalam bilik tetamu? Kenapa bukan tudur dengan Ayah. Ayah--"

"Shhh....listen Aimi Syuhada. Ibu tak ingat kita. Ibu tak ingat semuanya. Jadi Aimi kena bagi ibu ingat kita balik. Bagi Ibu semangat dan sokong Ibu supaya nanti kita boleh keluar jalan-jalan macam dulu. Ya, sayang."

"Baik ayah!"

"Okay, pergi rest. Mesti penat kan kat kem. Pergi mandi nanti kita makan sama-sama." Aimi mencium tangan ayahnya dan keluar dari bilik itu.

🕶️🧤👒

"Dia......ibu sayang."

Kata-kata itu dia dengar sewaktu melalui bilik pejabat Fayyadh. Barulah dia tahu yang Fayyadh sudah berkahwin. Dah ada anak dah pun. Comel budaknya.

"Hmm, untungnya siapa yang dapat suami macam dia."

"Haa...suami macam siapa tu?" Teguran Faris itu membuatkan Ieren tersentak.

"Ish suka buat orang terkejut. Tak ada siapa pun. Er...Ieren nak keluar boleh ke?"

"Tanya abang."

Ieren mengeluh kemudian dia masuk kedalam biliknya. Dia mengambil telefon di atas meja solek. Ikon Whatsapp ditekan. Nama Fayyadh ditekan.

Fayyadh *---*

Aslm, saya nak keluar kerja.
Is suruh bagitahu awak dulu.Thanx

Tanpa menunggu jawapan Ieren menutup telefonnya dan mengambil beg hitam miliknya. Dia keluar dari bilik selepas membetulkan tudung diatas kepala. *Noted: masih lagi selendang warna hitam dia*

"Ieren...abang bagi keluar ke?"

"Ieren dah bagi tahu."

"Nak pergi mana ni? Tak boleh tunggu abang keluar bilik?"

"Tak. Nak pergi kerja."

"Kerja? O...kay. Is hantar, jom lah."

"Tak --"

"Uncle! Nak ikut!"

"Ish budak kecik ni suka sangat jerit jerit. Jom lah."

Ieren mengikuti langkah Faris dengan berat hati. Baru sahaja dia ingin menutup pintu.

2 | AgentWhere stories live. Discover now